Saturday, May 31, 2008

Pemakluman

Buku Baru Saya Sudah Mula Beredar Hari ini

SYUKUR Alhamdulilah buku baru saya; Jalan Pintas Ke Putrajaya: Anwar Perdana Menteri Dalam Pernantian hari ini sudah mulai beredar di pasaran. Bagi mereka yang membuat pesanan menerusi internet akan menerima buku masing-masing selewat-lewat Selasa hadapan. Proses pengeposan sudah pun dilakukan sejak selalam.

Terima kasih kepada 100 pemesan awal yang mendapat harga pra cetakan, RM15.00. Saya memohon maaf kerana tidak dapat memenuhi kehendak ramai pemesan kerana ia terhad kepada 100 pemesan awal sahaja.

Harga di pasaran ialah RM19.90. Bagi mereka yang tinggal di Lembah Kelang boleh dapati di kedai-kedai buku terpilih di Kuala Lumpur, Shah Alam dan Klang.

Terima kasih di atas perhatian dan sokongan anda dengan membaca buku tulisan saya. Untuk pengetahuan buku ini adalah buku saya yang ke 50 dan yang pertama untuk tahun ini. Selamat membaca! - MSO. [wm.kl 3:20 pm 31/05/08]

No comments: