Tuesday, June 24, 2008

Enekdot Politik

Kerajaan Jangan Merasa Selesa

KEMENANGAN kerajaan mendapat keputusan majoriti terhadap usul yang dibentangkan berhubung isu kenaikan harga minyak dan penstrukturan semula subsidi boleh disifatkan kemenangan ketiga bagi kerajaan dalam siri pengudian dilakukan di Parlimen.

Kedudukan kini ialah 3 kerajaan 0 pembangkang.

Sebelum ini pihak kerjajaan menang dalam pengundian untuk memilih jawatan timbalan speaker Dewan Rakyat dan juga pemgundi meluluskan Rang Undang-Undang Pembekalan 2008 dalam sidang sebelum ini.

Dalam pengundi itu kerajaan mendapat 92 undi manakala pembangkang 60 undi.

Semalam dalam pengundian secara belah bahagi berhubung usul mengenai kenaikan harga minyak kerajaan menang lagi dengan mendapat 129 undi berbanding 78 undi bagi pembangkang. Kesemua ahli Parlimen kerajaan termasuk Perdana Menteri turut mengundi.

Empat orang pihak pembangkang tidak hadir dan begitu juga dengan dua ahli Parlimen SAPP dari Sabah tidak mengambil bahagian. Pembangkang seakan tidak bersedia untuk bersingsing lengan dalam pengundi kali ini sebablah itu empat ahli Parlimennya tidak hadir.

Wakil Bebas, Ibrahim Ali turut mengundi membantah usul berkenaan.

Pihak kerajaan boleh bergembira dengan kemenangan itu. Bagaimana pun perlawanan masih belum selesai. Masih banyak siri-siri penngudian yang akan dilakukan di sepanjang Parlimen kali ini ke-12 ini.

Diprcayai selepas ini akan ada beberapa siri pengundi lagi yang menjadi perhatian umum dan mencemaskan pihak kerajaan.

Apa yang ditunggu dan menjadi kemuncak kepada siri pengundi seumpama itu ialah terhadap usul undi tiak percaya kepada Perdana Menteri. Pembangkang yang sudah berkira untuk berbuat demikian akan melakukan suatu hari kelak.

Sudah pasti usul itu tidak akan dikemukakan dalam minggu pertama persidangan ini. Pembangkang mungkin masih belum bersedia sepenuhnya dan masih membuat perkiraan. Kita yakin apabila semuanya sudah selesai dan beres usul itu akan dibentangkan dan saat inilah kemucak kepada siri-siri pengundian belah bagi itu akan berlaku.

Bila? Sama-sama kita ke rumah Pak Belalang bertanyakannya! [wm.kl 10:00 am 24/06/08]

1 comment:

CUCU TOK KEDU said...

Sdr MSO dihurmati.

Wisel penamat belum ditiup lagi. Ada masa 4-5 tahun lagi! Pemimpin Umno/Bn jangan takbur! PAKATAN RAKYAT sedang mengumpulkan kekuatan parti dengan penambahan ahli-ahli baru yang terdiri dari ahli Umno/Bn yang keluar.

InsyaAllah PAKATAN RAKYAT akan menggantikan BN memerintah kalau tidak berjaya undi tak percaya. Undi PRU ke 13 nanti menumbangkan gergasi yang semakin ego itu.

http://rp-semantan.blogspot.com

CUCU TOK KEDU