Thursday, July 3, 2008

Maklumat Terkini

Najib Didakwa Adakan Hubungan Seks Dengan Altantuya?

MENURUT sdr Amin Iskandar@Black yang dihubungi sekejap tadi, Anwar Ibrahim kira-kira dua jam tadi telah membuat kenyataan mendedahkan bahawa Mohd Najib Razak memang mengenali Altantuya.

Maklumat ini terkandung dalam akuan bersumpah yang dibuat oleh pegawai penyiasatan persendiri bernama Bala yang menyiasat Abdul Razak Baginda.

Menurut akuan bersumpah Bala itu, menyebut bahawa orang bertanggungjawab memperkenalkan Altantuya dengan Abdul Razak Baginda ialah Najib. Peristiwa ini berlaku di Singapura.

Di dalam akuan bersumpah itu Bala menyebut Najib pernah mengadakan hubungan seks dengan Altantuya.

Berpandukan kepada pendedahan Bala itu menjelaskan Najib memang mengenali Altantuya! Salinan surat bersumpah berkenaan akan diusahakan untuk disiarkan dalam blog ini. [wm.kl 1:15 pm 03/07/08]

No comments: