Wednesday, August 13, 2008

Berita Pagi

Zulkifli Nordin Masih Belum Dapat Dikesan

SUDAH lebih 72 jam Ahli Parlimen Kulim - Bandar Baru, Zulkifli Noridn menghilangkan diri dan tidak dapat dikesan ke mana dan apa terjadi kepadanya. Banyak orang pening dengan kehilangan Zulkifli yang tidak tahu apa sebabnya itu.

Peguamnya yang mengendalikan kes petisyen ke atasnya Md Radzi Mustafa, 50 juga turut sama mula bimbang dan merasai ajaib atas apa yang berlaku. Beliau kini yang berada di Terengganu kerana mengendalikan petisyen kerusi DUN Ladang, bimbang akan berlaku sesuatu yang tidak baik ke atas anak guamannya itu.

"Saya juga dihubungi banyak pihak bertanyakan perihal Zul ini. Saya dah minta kawan-kawan menghubungi mak mertuanya di Melaka dan ibunya di Baling, tatapi tak ada," ujarnya yang berjanji akan memberi tahu maklumat dari masa ke semasa mengenai kehilangan misteri Zulkefli.

Kata Md Razdi yang juga kawan seprofesyennya sekiranya Zulkifli tidak muncul hari ini beliau akan membuat laporan polis esok di Kuala Lumpur.

"Ada beberapa perkara yang perlu saya bincangkan dengannya memandangkan kesnya akan dibiacarakan pada 19 Ogos kelak. Kalau beliau tidak muncul susah juga," kata Md Radzi.

Dalam pada itu apa yang dibimbangkan beliau akan jadi seperti Balasubramanaim yang menghilang diri selepas membuat akuan berkanun. "Kita harap beliau tidak seperti Bala dan meniru tektik itu," tambah Md Radzi.

Zulkifli mula tidak dapat dikesan selepas sehari beliau muncul di perkarangan bangunan Majlis Peguam, sama-sama membantah forum anjuran majlis itu pada Sabtu lepas bersama ribuan umat Islam.

Telefon bimbitnya ditutup sehingga ke saat ini! Mudah-mudahan beliau selamat dan tidak ada apa-apa yang tidak baik menimpa dirinya. [wm.kl 8:00 am 13/08/08]

3 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum MSO.

Sekiranya MSO ingin mengetahui keadaan Y.B. ZUl, MSO sepatutnya menghubungi DATUK SERI ANWAR IBRAHIM, kerana bos Y.B. ZUL ini mengetahuinya tapi ianya perlulah dirahsiakan.

Untuk pengetahuan MSO, Y.B. Zul merupakan AHLI PARLIMEN PAKATAN RAKYAT yang PALING BERANI semasa berdemonstrasi. Beliau sebenarnya diganggu oleh Y.B.2 daripada kalangan non-Muslim dengan kata cacian dan makian dan tidak kurang ada yang bersifat mengugut dan sampai malam semalam, BLOG y.B. Zul telah dikunci, saya dapat rasakan ianya dikunci oleh beliau atau pekerjanya.

Namun begitu, MSO tak perlu bimbang dan tak perlu mengulas dengan kata tohmahan kerana ORANG ISLAM akan SELAMATKAN ORANG ISLAM YANG BERJUANG KERANA ISLAM.

Kes ini sebenarnya rumit bagi Y.B. Zul sekiranya beliau menampilkan diri kerana UGUTAN dan TOHMAHAN daripada gangster2 daripada non-muslim menyebabkan beliau dinasihatkan untuk menghilangkan diri demi keselamatan keluarganya.

Berlainan pula dengan kes BALASUBRAMANIAM dan Dr OSMAN PUSRAWI yang terpaksa menghilangkan diri atau dihilangkan kerana UNDANG2 KERAJAAN MALAYSIA.


- Y.B. Zul masih selamat dan DOAKAN KESELAMATAN KEPADA Y.B. ZUL daripada BALA BENCANA DARIPADA MUSUH ISLAM.

Anonymous said...

Zulkifli Nordin masih belum ditemui atau tidak mahu ditemui?

samada dia ingin bersendirian ataupun dia malu dengan tindakan beliau semasa di dalam Majlis Peguam baru-baru.wallahuallam.

apappun,kita doakan dia dalam keadaan yangs selamat.

mrf said...

malu dengan tindakkannya lalu menyebunyikan diri?? cik nur saya nak tanya adakah anda malu sekiranya berjuang demi islam lalu sanggup ketepikan perti??s sekiranya anda malu anda telah mencemar maruah agama..
tindakkan zulkifli wajar kerana agama yang patut dijadikan pegangan dan di patuhi, bukan anwar..