Thursday, September 4, 2008

Berita Terkini

Lagi Laporan Rasuah Membabitkan Abdullah Ahmad Badawi

SATU laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung salahlaku Presiden Umno, Abdullah Ahmad Badawi yang didakwa melakukan rasuah dibuat di ibu pejabat BPR Wilayah Persekutuan, di Bangunan Persekutuan Kuala Lumpur pagi ini.

Laporan itu dibuat oleh Mazlan Harun bekas Exco Pemuda Umno Malaysia bersama Ketua Umno Cawangan Bandar Muar, Kadar Shah Sulaiman Ninam Shah.

Laporan berkenaan dibuat ekoran sikap BPR dikatakan tidak membuat apa-apa tindakan ke atas laporan yang dibuat sebelum ini berhubung rasuah yang didakwa dilakukan Abdullah.

Presiden Umno itu dikatakan telah melakukan rasuah menerusi Jasa dengan memberi wang dan peralatan sembahyang seperti sejadah kepada ketua-ketua cawangan Umno bagi tujuan mempengaruhi mereka agar terus menyokongnya.

Perbuatan Abdullah itu bertentangan dengan etika pemilihan Umno (Buku Merah) yang ditetapkan.

Bersama laporan terbaru pagi ini bukti-bukti jelas termasuk tarikh dan orang yang menerima rasuah itu berserta gambar-gambar turut diserahkan kepada BPR. Berita lanjut akan menyusul. [wm.kl 2:00 pm 04/09/08]

No comments: