Tuesday, September 16, 2008

Ulasan Peristiwa

Zaid Lebih Bermaruah Daripada Ibrahim Ali

BARANGKALI ada yang beranggapan tindakan Zaid Ibrahim (foto) melepaskan jawatan menteri kabinet selaku Menteri Di Jabatan Perdana Menteri kerana beliau kecewa. Bukan sangat kerana pandangan beliau disanggah oleh Syed Hamid Albar dan beberapa menteri ekoran sikapnya mengenai tidak setuju dengan tindakan kerajaan menggunakan akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menahan individu tertentu di bawah ISA, tetapi kerana hal lain.

Mungkin ada beranggapan beliau kecewa dan hilang kepercayaan kepada Umno apabila beliau tidak cukup pencalonan untuk mengekalkan ketua bahagian Umno Kota Bharu yang pernah dimenanginya.
Apapun tanggapan dan apa hakikat sebenar disebalik tindakan beliau itu kita ucapkan syabas dan tahniah kepada Zaid. Kerana ternyata beliau lebih baik dan bermaruah berbanding Ibrahim Ali.

Beliau berjaya menunjukkan rasa tanggungjawabnya. Dalam sidang akhbar yang diadakan di pejabatnya di Putrajaya pagi ini Zaid kekal dengan keputusannya, melepaskan jawatan yang menjadi kegilaan ahli politik itu.
Maknanya beliau tidak menghiraukan kepada rayuan dan permintaan Abdulah Ahmad Badawi agar beliau berfikir. Tikit percutian dua minggu tidak diambil dan dilayan oleh Zaid.

Keputusan itu dibuat mungkin setelah rayuan dan permintaannya kepada Abdullah ketika berjumpa semalam tidak dilayan.
Mungkin Zaid mendesak agar Abdullah membebaskan Teresa Kok dan Raja Peutra Kamaruddin. Ataupun juga beliau meluahkan apa yang berlaku dan sedang dilakukan oleh seseorang di Kota Bharu yang menyebabkan beliau tidak cukup pencalonan.

Apabila desakan dan rayuan atau rintihan itu tidak didengar oleh Abdullah, jadi untuk apa beliau tunggu lagi. Jelas beliau sudah tidak sehaluan dan sejalan dengan Abdullah. Maka jalan baru perlu diambil.

Keputusan dan tindakan Zaid itu lebih bermaruah dan bertanggunjawab daripada Muhyiddin Yaasin yang berani mengkritik Abdullah tetapi masih kekal berada di bawah dagu perdana menteri.

Mungkin juga beliau berbuat begitu ingin menguji sejauh mana moral dan maruah politik Muhyiddin. Muhyiddin tidak boleh menerima Abdullah sebagai ketua lagi apabila beliau meminta peralihan kuasa disegerakan. Sepatutnya Muhyiddin lebih awal berundur dari kabinet Abdullah berbanding dengan Zaid.

Keputusan Zaid itu menyusahkan Abdullah yang dalam susah dan pening kini. Tetapi sebagai rakyat marhaen yang merindui keadilan, kerajaan bermaruah kita angkat tabik 44 kali kepada Zaid atas keputusan itu. Dan tabik itu boleh ditambah sebanyak 44 kali lagi sekiranya beliau mengambil jalan benar dengan menyertai Pakatan Rakyat.

Sebelum pilihan raya umum 8 Mac lalu ketika beliau berdelima dengan masalahnya samada diberi kerusi untuk bertanding atau tidak di Kota Bharu saya sudah mencadangkan kepadanya agar menyertai PKR dan bertanding di Kota Bharu. Ketika itu beliau masih berat untuk berbuat demikian kerana masih ada hati kepada Umno.

Apakah setelah apa yang berlaku sudah berlaku hati beliau yang sebelum ini memiliki sisa Umno atau sudah jadi kering garing?

Pada saya tidak mengapa kalau pun beliau tidak menyertai PKR, apa yang beliau lakukan itu sudah membantu PKR yang kini dalam bersiap sedia untuk membentuk kerajaan. Seburuk-buruk Zaid Ibrahim dari kaca mata Pas Kelantan, lebih buruk lagi Ibrahim Ali yang kini sedang hanyut dalam lautan tidak berombak dan beralun. [wm.kl 12:00 t/hari 16/09/09]

5 comments:

Anonymous said...

ambo sngt bersetuju dgn artikel ni

Anonymous said...

Muhyiddin memang tak sedar diri. Awak tu duduk bawah pentadbiran Pak Lah tapi beriya suruh Pak Lah percepatkan Peralihan Kuasa yang sepatutnya pada tahun 2010. Apa agenda beliau sebenarnya?

Anonymous said...

Saya juga bersetuju dengan pendapat Saudara MSO. Walaupun Zaid pernah melukakan PAS KELANTAN dan ISLAM amnya berkenaan saman Hudud tetapi sebagai manusia Zaid kelihatan jauh lebih beretika berbanding Ibrahim Ali. Dan saya percaya Ibrahim Ali adalah orang yang disebut2kan untuk menyertai UMNO. Malas saya nak ungkit tentang Ibrahim Ali dibulan Ramadhan yang mulia ini. Cukuplah sekadar mengatakan bahawa beliau bukan seorang yang beretika.

Anonymous said...

Salam,
Secara umumnya saya bersetuju dengan pendapat sdr MSO, Zaid jauh lebih berprinsip daripada Ibrahim Ali.Saya pernah mendengar pidatonya menghentam DRM semasa berada di dalam Semangat 46.Beliau pernah menyatakan 'biliau akan jilat punggung Mahathir jika beliau masuk semula UMNO'Tetapi beberapa tahun kemudian dia kembali kepada UMNO,mungkin dia kotakan apa yang dia kata hanya dia dan DRM yang tahu?
Secara peribadi saya lebih hormati Zaid berbanding Ibrahim..Saya lebih percaya kata-kata zaid daripada Ibrahim Ali.
afja02

Emas Intan said...

jika ibrahim ali masuk umno dia la isan yg tidak kenal d untung.sia sia saja org pas beri undi dlm pru lepas