Monday, November 3, 2008

Tahniah

Tahniah Najib Anda Bakal Perdana Menteri

SEPERTI mana yang dijangka kehendak akar umbi, kelemahan Abdullah Ahmad Badawi, sistem kouta dan Mahathir Mohamad, telah membantu Mohd Najib Razak untuk menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden Umno 2008. Keempat-empat unsur berkenaan merupakan kombinasi menjadikan Najib menang mudah.

Sekiranya Abdullah tidak lemah dan mengaku kalah awal, belum tentu Najib dapat meraih kemenangan begitu cepat dan mudah. Pengunduran Abdullah disebabkan kerana bimbang takut menanggung malu seperti dialami Ghafar Baba yang dikerjakan Anwar Ibrahim memberi laluan mudah kepada Najib.

Sistem kouta yang diperkenalkan juga turut membantu Najib. Kerana ingin meraih pencalonan sampai 58 bahagian menyebabkan Tengku Razaleigh tersengih gosi dan menjilat jari untuk beradu kekuatan bagi merebut jawatan itu.

Tengku Razaleigh hanya mendapat satu pencalonan saja dari bahagianya sendiri, Gua Musang.

Selebihnya yang turut membantu Najib menang dan berjaya ialah bekas PM, Mahathir Mohamad. Dalam diam Mahathir memainkan peranan dan menanam jarum susuk untuk melihat Najib jadi PM. Bagi Mahathir beliau ada motif tersendiri kenapa Najib perlu ke atas.

Bukan saja untuk membalas budibaik bapak Najib, Tun Razak yang menerimanya kembali ke dalam Umno selepas dipecat oleh Tunku Abdul Rahman selepas beliau menimbulkan kekaluatan kepada Tunku Abdul Rahman sampai PM itu melepas jawatan, tetapi Mahathir juga berharap Najib selepas ini akan mengenang budinya dan membalas dengan melantik Mukhriz menjadi Menteri dan seterusnya mengilap Mukhriz untuk menjadi PM pula selepas ini.

Kemenangan Najib disahkan malam tadi apabila beliau mendapat 141 pencalonan. Adalah dijangka Najib akan memperolehi kesemua pencalonan dari 191 bahagian kecuali Gua Musang.

Kemenangan mudah dicapai Najib itu adalah penerusan kepada kejayaaan demi kejayaan yang dicatatnya sebelum ini. Dalam sejarah politiknya Najib mendapat jawatan dan kedudukan dalam keadaan tanpa susah atau perlu berpeluh berpelai seperti kebanyakan ahli politik. Jawatan dan kedudukan seolah dihulurkan dalam dulang emas kepadanya.

Banyak sejarah yang dicatat dan bakal dicatat oleh beliau. Dalam usia 25 tahun beliau telah dilantik menjadi Timbalan Menteri. Dalam usia 29 tahun dilantik menjadi MB Pahang, dari tahun 1982 hingga 1986. Perlantikan menjadi MB Pahang itu adalah menteri besar paling muda.

Pada usia itu juga beliau menang jawatan Naib Ketua Pemuda Umno. Tahun 1987 apabila Anwar Ibrahim yang ketika itu menjadi Ketua Pemuda memperbaiki kedudukannya dengan bertanding jawatan Naib Presiden, jawatan itu diisi oleh Najib selaku pemangkunya. Dengan tertubuhnya Umno baru ciptaan Mahathir, 1987 beliau dilantik menjadi Ketua Pemuda.

Tahun 1987 beliau menajak setangga lagi sebagai Naib Presiden Umno. Jawatan dan kedudukan itu kekal sehingga tahun 2000.

Ekoran pemecatan Anwar Ibrahim oleh Mahathir Mohamad memberi peluang keemasan kepada Najib untuk menunju puncak dengan selamat. Apabila Abdullah Ahmad Badawi dilantik menjadi Perdana Menteri 2004, Abdullah melantik beliau menjadi timbalan perdana menteri.

Dengan penglibatan dirinya dalam politik sejak dari remaja lagi, Najib memang mempunyai pengalaman yang luas dalam dunia politik. Beberapa jawatan yang pernah dipegang atau diserahkan kepadanya menjadikan Najib kaya dengan pengalaman itu.

Jawatan politik dalam kerajaan yang dipegang ialah, Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos, Timbalan Menteri Pendidikan, Timbalan Menteri Kewangan, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Menteri Pertahanan dan Menteri Pendidikan.

Kesimpulannya Najib seorang bernasib baik dan bintangnya bersinar banar. Sebelum ini segala cita-cita dan kehendaknya tercapai. Beliau juga berjaya membina empayar dalam politik. Kalau satu yang boleh disifatkan kegagalan bagi Najib dalam hidupnya ialah apabila rumah tangga pertamanya dengan Tengku Puteri Zainah (Ku Yie) yang terpaksa diruntuhkan untuk membina rumahtangga baru bersama Rosmah.

Pun begitu jika dibandingkan rumahtanga mana yang membawa kejayaan dan memberi rezeki banyak kepada Najib ialah rumah tangga dengan Tengku Puteri, kerana dengan Ku Yie Najib mendapat tiga orang anak; Puteri Norlisa, Nizar dan Nazifuddin. Manakala dengan Rosmah beliau dianugerahkan hanya dua orang anak saja; Norashman dan Nooryana di samping beberapa anak tiri. [wm.kl. 7:30 am 03/11/08]

4 comments:

Anonymous said...

Najib memang bernasib baik kerana dia senang naik dan tak perlu berhempas pulas.ini semua kerana jasa baik bapanya kepada negara.jika keadaan Najib seperti Ku Li,memang susah lah.

tapi apabila Najib menjadi PM nanti,adakah dia akan menjadi "puppet" kepada Mahathir dan memberi jalan kepada Mukhriz untuk naik dengan mudah?

sama-sama kita tunggu dan lihat.

Anonymous said...

Perasaan risau dah melanda jiwaku apabila Najib confirm akan menerajui negara nanti.. melainkan... Najib cepat-cepat bertaubat atas dosa-dosa yang lalu, kemudian memohon restu dan hidayah dari Allah SWT supaya dapat memimpin negara dalam keadaan politik sihat dan tanpa ada gejala rasuah dan makan duit... Dan yang penting ajak anak bini sama bertaubat... Mana tau Malaysia boleh bertambah maju selepas ini....

Shaharuddin Othman. said...

Peralihan kuasa antara Pak Lah n Najib belum berlaku lagi.macam2 blh jadi sebelum bulan mac.Silap2 Najib pun tunggang langgang sebab kes Altantuya.Helikopter.Kapalselam belum selesai lagi....Ingat Najib...kita merancang tapi Tuhan yang menentukan.

suparjo@blogspot.com said...

Pak Sayuti, waktu Tun Razak wafat tahun 1976 saya yg di darjah enam mendengar suara kebimbangan ayah. Kata ayah: Tun Razak berasal daripada orang susah, maka mudah dia memahami kehidupan rakyat susah. Anak2nya kelak akan menjadi menteri2 dan mereka bukan lahir daripada kesusahan seperti ayahnya, maka apakah kelak mereka akan dapat merasai jerit payah rakyat orang susah?