Saturday, January 10, 2009

Hilir Mudik

Lagi Ahli Umno Selangor Sertai Pas

PETANG ini bertempat di Dewan Hotel 3K Subang Jaya jam 3:00 akan berlangsung penyerahan borang keahlian Pas dari ahli-ahli Umno bahagian Kelana Jaya Selangor.

Seramai lebih 100 orang ahli Umno dikatakan akan berbuat demikian kerana mereka sudah tidak yakin lagi dengan perjuangan Umno.

Borang-borang itu akan diterima oleh Pesuruhjaya Pas Selangor, Hassan Mohd Ali, demikian menurut sumber Pas Selangor.

Keadaan ini nampaknya satu perkembangan menarik dan diluar kebiasaan. Biasanya menjelang pilihan raya umum atau bila berlaku pilihan raya kecil ahli-ahli Pas dilaporan meninggalkan parti dan menyertai Umno. Kebiasaanya tidak berlaku pada pilihan raya kecil parlimen Kuala Terengganu.

Sebaliknya kali ini ahli Umno menyertai Pas. Apakah perkembangan di Selangor ini memberi petanda baik kepada Pas. Ahli Umno yang sudah serik dan insaf perjuangan Umno akhir-akhir ini hilang arah dan punca menjadikan mereka bertindak meninggalkan parti itu. Apakah ahli Umno di luar Kuala Terengganu ini menghantar mesej supaya ramai-ramai tinggal Umno!

Disember lalu ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan, Zahar Hashim bersama 13 ahlijawatankuasa bahagian an 28 ketua cawangan Umno bahagian itu telah bertindak meninggalkan Umno untuk menyertai Pas.

Kata Zahar kenapa beliau memilih Pas kerana Pas bukan saja menjadi parti alternatif kepada orang Melayu tetapi Pas sebagai parti yang lebih baik. Ekoran penyertaan Zahar itu menyebabkan Umno bahagian itu lumpuh dan kehilangan pejabat kerana bangunan yang dijadikan pejabat Umno itu diserahkan Zahar kepada Pas. [d' kota kl 9:30 am 10/01/09]

No comments: