Tuesday, January 6, 2009

Langusng Dari Kuala Teremngganu

Proses Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil K Terengganu Selesai

[kemaskini] SAH kerusi Parlimen Kuala Terengganu menjadi rebutan tiga calon, Pas (Wahid Endut), BN (Wan Farid) dan Bebas, Azharuddin Momahad. Proses penamaan calon pilihan raya kecil untuk kerusi P036 Kuala Terengganu telah selesai jam 10:00 pagi tadi dan kini menunggu pengistyharan rasmi oleh Pengurus Pilihan Raya itu Mohd Razali Kassim. Tiga calon yang menyerahkan borang pencalonan.

Ia dimulai oleh Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang menyerahkan calon pada jam 9:13 pagi diikuti oleh calon Pas, Mohd Abdul Wahid Endut jam 9:18 pagi manakala calon Bebas, Asharuddin Mohamad.

Calon parti Akim dan seorang penjual sekerap getah yang beriya untuk bertanding bagaimana pun tidak menyerahkan borang pencalonan.

Kedua calon Pas dan BN diiringi oleh ribuan para penyokong masing-masing menuju ke pusat penamaan calon. Tidak ada kekecauan ataupun kejadian diingini berlaku setakat ini.

Turut mengiringi dan berada di tempat penamaan calon ialah tiga Menteri Besar Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat (MB Kelantan), Azizan Razak (Kedah) dan Muhammad Nizar Jamaluddin (MB Perak). ***

No comments: