Thursday, February 5, 2009

Politik Tempoyak 6

Berjaya Tumbangkan Kerajaan Pakatan
Najib Ulangi Sejarah Bapa

SEKIRANYA... diulangi sekiranya BN berjaya menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak seperti mana diperkatakan sejak semalam dan hari ini ia memberi signifiken tersendiri kepada pengarah perancangan untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan itu, iaitu Mohd Najib Razak. Kejayaan ini memberi makna dan erti besar kepada Najib dan wajarlah kalau beliau bergembira, bertepuk tangan dan ketawa besar.

Banyak signifiken-signifikennya. Pertama kejayaan itu cukup manis dan bererti kerana Najib baru saja mengambil alih Pengerusi Perhubungan Umno Perak daripada Tajol Mohd Rosli Ghazali. Kejayaan dalam masa singkat itu menunjukkan ‘kebolehan’ dan kebijaksanaan Najib sebagai pemimpin Umno.

Kejayaan itu memberi dalil bahawa Najib berkemampuan untuk memulihkan Umno. Kejayaan itu juga orang akan menganggap Najib sebagai bisa, bijak berketrampilan dalam politik.

Signifiken lain ia memberi kekuatan dan keyakinan kepada Najib apabila beliau mengambil alih kepimpinan Umno daripada Abdullah Badawi pada Mac kelak. Apa yang diharap kejayaan Najib menawan kerajaan Pakatan tanpa pilihan raya itu permulaan menarik pada era kepimpinannya nanti.

Apabila merenung mengenai apa yang berlaku semalam, Najib yang mengumumkan bahawa BN Perak sudah ada majoriti untuk menubuhkan kerajaan apabila empat Adun, Jamaluddin Mohd Radzi, Othman Jailu, Hee Yit Fong dan Nasaruddin Hisham menyertai BN meyebabkan saya teringat kepada apa yang berlaku 48 tahun lalu di Terengganu.

Hampir lima dekad lalu satu kejadian yang hampir sama tetapi tidak serupa telah berlaku dalam arena politik negara ini, iaitu mengenai kejatuhan atau tumbangnya kerajaan Pas di Terengganu. Senario dan kronologi kejatuhan kerajaan Terengganu itu sama dengan apa yang berlaku di Perak kini.

Kerajaan Pas Terengganu jatuh apabila berlakunya lompat melompat parti. Peristiwa lompat melompat di Terengganu itu hampir sama kelakuan dan tabiat dengan lompat melompat di Perak kini. Ia bermula dengan seorang Adun dari Parti Negara, melompat menyertai Pas kemudian dilantik menjadi Exco.

Rentetan itu ia diikuti dengan kejadian melompat parti daripada tiga Adun Pas ke dalam Perikatan termasuk speaker yang berlaku secara penuh trajis dan tektikal sifatnya. Lompatan itu bukan berlaku di luar tetapi di dalam Dewan persidangan apabila Adun Pas menyokong undi tidak percaya yang dikemukakan Perikatan.

Kerana berlaku lompat melompoat itulah akhirnya menyebabkan kerajaan Pas Terengganu hanya bertahan selama satu tahun setengah sahaja.

Begitu jugalah apa yang berlaku di Perak. Kejatuhannya kerana berlaku lompat melompat. Ia dimulakan dengan Adun Bota, Nasaruddin Hisham yang melompat menyertai PKR. Dari tindakan itulah menyebabkan dua ahli PKR bermasalah (berhadapan dengan tuduhan rasuah) mengambil sikap dingin kepada parti yang mana akhirnya menyebabkan parti hilang
kepercayaan kepada keduanya.
Apa yang dilakukan oleh Nasaruddin itu ialah sebagai permulaan kepada perisitwa lompat melompat yang membawa kajatuhan sebuah kerajaan.
Ini sama dengan apa dilakukan oleh Adun parti negara itu. Apabila itu berlaku ia menyebabkan pihak lawan kerajaan iaitu Perikatan atau BN akan berusaha untuk menawan hati Adun lain.

Lompatan itu memberi ilham untuk mereka melakukan sesuatu atas dasar tundak balas.
Kejadian lompatan itu juga mencetuskan semangat dan mencabar pihaknya untuk berusaha sedaya mungkin bagi menarik mana-mana Adun kerajaan menyokongnya. Sekiranya tidak ada perisitwa lompat melompat itu ia tidak akan mengusik keadaan yang tenang sebelum itu.

Walaupun BN atau Perikatan ada niat tetapi ia tidak mudah untuk mencetuskan apa-apa tindakan ataupun tidak terjadi sedrastik itu.

Berbalik kepada apa yang hendak diperkatakan tadi, apabila mengenangkan apa yang berlaku di Terengganu itu saya teringat kepada Tun Razak Hussein (foto). Tun Razaklah yang menjadi pengarah kepada projek menjatuhkan kerajaan Pas Terengganu itu. Andaian ini berpandukan kepada kedudukan dan jawatan yang dipegangnya. Siapakah Tun Razak, dia ialah bapak kepada Najib.

Sekali lagi ada persamaan dalam kedua peristiwa itu dari segi watak – terserah untuk dikatakan protoganis atau antoganis, mereka adalah anak beranak. Waktu berlaku kejatuhan kerajaan Terengganu itu, Tun Razak ialah timbalan perdana menteri dan juga menteri pertahanan. Jawatan itu sama dengan disandang Najib ketika ini. Najib adalah timbalan perdana menteri dan bekas menteri pertahanan.

Saya tidak mengatakan Tun Razak menjadi pengarah dalam rampasan kuasa di Terengganu tetapi semasa kejadian itu berlaku tahun 1961 Tun Razak adalah penjawat jawatan itu. Apakah dengan kedudukan dan jawatan itu memungkinkan mereka mudah mencapai apa-apa yang disasarkan? Seorang yang menjadi menteri pertahanan sudah tentu arif dengan strategi pertahanan dan serangan. Sukar untuk dijelaskan tetapi sejarah telah melakarinya dan itu realitinya.

Cuma dalam beberapa persamaan dan signifiken itu pada saya apa yang berlaku ada tahun 1961 di Terengganuu itu lebih bermaruah dengan apa yang berlaku di Perak kini. Kejatuhan kerajaan Terengganu dirasakan lebih gentleman kerana ia dibuat di sidang Dewan Undangan Negeri menerusi satu usul undi tidak percaya, tetapi pengumuman kejatuhan kerajaan Perak dibuat di pejabat Timbalan Perdana Menteri Putrajaya yang kelihatan arrogent dan begitu berkuasa!
Perbezaan lain antara tindakan Najib dengan bapaknya, proses menjatuhkan kerajaan Pakatan di Perak ini dengan satu konspirasi memujuk dan menculit beberapa orang Adun. Manakala masanya juga dilakukan disaat atau suasana rakyat sedang meluat kepada BN kerana sikap dan berbagai masalah pencemaran sistem pentadbiran yang berlaku dalam kerajaannya.
Kesimpulannya bapa borek anak pastilah rintik! [wm.kl 9:00 am 05/02/09]

6 comments:

Pusat Khidmat Masyarkat - N39 DUN BOTA said...

Bekas 2 Exco/ADUN PKR Derhaka kepada Sultan Perak.

Semasa majlis angkat sumpah kali pertama MB Perak, hak menamakan Menteri besar Perak mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak adalah kuasa mutlak Sultan. Apabila Adun Behrang yang ketika itu dipanggil mengadap oleh Tuanku Raja Muda untuk bertanyakan persetujuan tentang pilihan bakal MB oleh Sultan iaitu Datuk Seri Mohd Nizar Jamalludin, beliau telah membantah keputusan Tuanku. Semasa itu semua pembesar-pembesar istana dan Ketua-Ketua Jabatan di negeri Perak telah berada di Istana untuk melangsungkan upacara berkenaan. Malangnya upacara itu terpaksa dibatalkan kerana tindakan Adun Behrang yang tidak bersetuju . Ini merupakan suatu pembaziran duit rakyat disebabkan pembatalan upacara tersebut. Oleh yang demikian pihak istana telah mengarahkan semua wakil rakyat Pakatan Rakyat untuk membuat akur janji menyatakan persetujuan secara pribadi untuk menyokong bakal MB yang dicalonkan (Mohd Nizar). Hal ini merupakan suatu penderhakaan wakil rakyat tersebut kepada Sultan Perak. Kemungkinan tindakan tidak menyokong itu kerana hasrat Adun Behrang tersebut untuk manjadi MB Perak terbantut. .. Oleh itu sangat layaklah dihadiahkan sebuah ‘cermin’ kepada beliau.
Difahamkan selepas itu beliau sering kali tidak sebulu dan bercanggah dengan MB Nizar termasuklah dengan pimpinan parti negeri. Apakah tidak cukup dengan alaun sebagai exco belasan ribu sebulan dan peruntukan DUN RM200 000 serta peruntukan khas exco RM100 000 untuk membantu rakyat di kawasan. Disamping itu beliau mendapat beberapa kompartmen kawasan balak dari kerajaan negeri. Yang pasti tiba adalah ‘bala’ dan mengkhianati perjuangan parti serta harapan pengundi dan rakyat negeri Perak.
Dalam keadaan menghadapi kemelut kemelesetan ekonomi rakyat dan pembelian kereta rasmi kerajaan negeri Camry, beliau masih tegar untuk tukar kereta Mercedes baru. Sebagai Exco, tanggungjawab beliau sepatutnya membantu MB, tetapi ianya tidak dilaksanakan dan gagal merancang sebarang aktiviti di bawah bidang Exco yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Umpan BN dimakan mungkin jutaan ringgit....
Rakyat Marhaen dan Kecewa.

Anonymous said...

renung2kanlah..kita dengar apa ulasan pakatan rakyat mengenai drama ini.ada yang nk kata pengkhianatan?atau satu proses ke arah politik yang lebih matang?kita tengok siapa yang hipokrit..

Allah itu adil dan maha mengetahui.Sesuatu yang berlaku mesti ade sebab..kehendak dari Allah
ALLAHUAKBAR!!

Anonymous said...

Salam Tuan MSO,

Najib sekarang bukan lagi menteri pertahanan, beliau tekah bertukar sebagai menteri kewangan.

Anonymous said...

Peristiwa yang berlaku di perak dalam sehari dua ni cukup-cukup mencemaskan.

Ya betul BN sudah mendapat majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan BN Perak yang baru. Tetapi semuanya bergantung kepada perancangan Allah sw.t.

Ramai orang termasuk Media cuba menjatuhkan MB Dato’ Seri Ir. Nizar kerana gopoh mengisytiharkan pembubaran DUN sebelum mendapat perkenan Kebawah Duli Tuanku Azlan. Pada mereka tidakan Nizar tidak cerdik tetapi pada pandangan saya, tindakan Nizar adalah satu tindakan yang tepat.

Nizar cuba perangkap Najib dan BN, Nizar tahu Najib akan buat sidang akhbar kemasukan 4 katak ini pada jam 5 petang. Justeru itu Nizar telah buat pengumuman pembubaran DUN dan terus ke Istana Jam 4 petang. Dia berada di Istana awal satu jam daripada masa najib buat sidang akhbar iaitu jam 5 petang.

Dengan tindakan Nizar itu membuatkan BN masih tidak boleh buat apa2 selagi Tuanku tidak membuat keputusan tentang permohoan Nizar untuk membubarkan DUN, dan mengikut undang-undang Nizar masih lagi MB yang sah di perak. Nizar akan jatuh hanya melalui undi tidak percaya di Sidang DUN sahaja seperti apa yang diulaskan oleh MSO mengenai sejarah kejatuhan Kerajaan PAS Terengganu 48 tahun yang lalu di era Tun Abdul Razak.

Justeru itu, tindakan Najib yang memaksa Nizar letak jawatan bersama ADUNnya semasa sidang Akhbar beliau semalam menampakkan kebodohan Najib yang gelojoh dan tidak tahu undang2. Najib seolah – olah meletakkan Institusi Raja Perak dibawah telunjuknya..

Saya yakin dengan Kuasa Allah, sesuatu itu tidak akan terjadi tanpa Izinya. Sekarang semuanya terletak di tangan Kebawah Duli Tuanku Sultan Perak Sultan Azlan Shah. Sultan Azlan pakar Undang2 dan beliau adalah Bekas Ketua Hakim Negara. Tuanku tahu apa yang beliau patut lakukan. Kata-kata Tuanku “ Bersabar dan Allah bersama dengan orang-orang yang sabar” kepada Nizar semasa beliau mengadap semalam cukup meyakinkan kita akan keadilan yang bakal diperolehi oleh Kerajaan Perak Pimpinan YAB Dato’ Seri Ir. Mohd Nizar.

Sama-sama kita tengok siapa yang akan berputih mata.

-NH Shah Alam-

add said...

salam NH shah Alam, amboi hangpa semua yang nizar buat semuanya betui, hangpa ni ,,,, kalau najib buat semua salah,membelakang raja lah, apa-apa lah, habis yang nizar pergi umumkan dun bubar sebelum mempersembahkan kepada sultan apa ke hel nye. tak membelakangkan raja ke? nizar memang baguih jadi mb tetapi tindaktanduk dia mentadbir je yang dipertikaikan,dan cara menjawab soalan press memang bukan menunjukkan ciri-ciri seorang islamik. tengok cara pemimpin bn menjawab soalan tak pernah ada yang angin serta bongkak walaupun ada segeintir tetapi pemimpin pembangkang menjawab dengan intonasi yang bongkak.

Anonymous said...

Tuan MSO,
Dulu masa Dr M nak lepas jawatan kat Pak Lah, saya sendiri rasa sedikit teruja nak tengok Pak Lah nak perintah camna. Kemudian bila Pak Lah jadi Pm barulah tau perangai dia.
Tapi Najib ni lain sikit lah... Tak dan Pak Lah letak jawatan PM dah tau dah perangai Najib lagu mana... Najib dah tunjuk perangai dia...