Wednesday, March 25, 2009

Berita Embargo

Pertemuan Lapan Biji Mata Di Kota Bharu

KETIKA para pemimpin Umno sedang menumpukan perhatian ke Dewan Merdeka PWTC, empat pemimpin tertinggi parti pembangkang negara ini bertemu secara eksklusif di Kota Bharu Kelantan.

Pertemuan yang berlangsung dari jam 8:30 pagi hingga 11:00 pagi itu dikatakan penting bagi membincang satu idea berhubung perkembangan politik semasa. Pertemuan itu juga diasakan dalam keadaan tergesa-gesa.

Tidak ada kenyataan akhbar dikeluarkan selepas pertemuan berkenaan. Media massa juga tidak dimaklumkan pertemuan berkenaan.

Sementara itu blog ini difahamkan pertemuan selama kira-kira 2 jam itu dalam semangat kekeluargaan dan ukhwah. Disebabkan sumber meminta agar butiran itu disembunyikan menyebabkan blog ini tidak bercadang untuk mendedahkannya sebelum tiba masanya. [wm.kl. 8:00 pm 25/03/09]

No comments: