Saturday, March 28, 2009

Dari PWTC Akhir

Akhirnya Mahathir Masuk Juga Dalam Majlis Rasuah

AKHIRNYA Mahathir Mohamad tidak dapat berpuasa dan menahan dirinya untuk sama-sama bercepuah dengan selut dosa rasuah apabila beliau hadir ke perhimpunan agung tengah hari ini.

Mahathir bersama isterinya, Siti Hasmah Mohd Ali tiba sewaktu ucapan penangghan disampaikan oleh Timbalan Presiden baru, Muhyiddin Yassin kira-kira jam 12:30 tengah hari. Beliau duduk di pemerhatian khas tingkat atas Dewan Merdeka.

Sebelum ini Mahathir mengatakan dirinya akan tercemar kalau dia berada dalam majlis disertai oleh orang mendukung rasuah. Mahathir marah apabila anaknya kalah dalam pertandingan ketua pemuda dan menyalahkan kekalahan itu kerana Khairy dibenarkan bertanding walaupun menantu Abdullah itu didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin.

"Saya rasa diri saya akan tercemar jika saya berada dalam majlis yang disertai oleh orang yang mendukung amalan rasuah." begitulah ujar Mahathir.

Kata-kata itu menunjukkan Mahathir begitu kudus dan bersih sehingga tidak layak untuk berada dalam majlis parti yang dianggotainya lebih 60 tahun. Seolah-olah selama 22 tahun kepimpinannya sedikit pun tidak tercemar dan terlibat dengan rasuah.

Apakah beliau sudah merasakan majlis itu sudah suci atau disamak dari noda dan selut rasuah apabila menyedari Abdullah akan mengumumkan persaraanya sebagai perdana menteri petang ini?

Ataupun kekotoran itu terus hilang apabila beliau telah mendapat tahu yang anaknya Mukhriz akan dipertimbangkan untuk dibawa masuk dalam Kabinet baru Najib kelak. [pwtc.kl 12:30 t/hari 28/03/09]

3 comments:

AlHadi Tok Ayah Su (atas) said...

Samak? ia memerlukan tanah selut liat dan 7 kali dibasuh dengan air bersih musta"mal supaya hilang bau, rasa dan warna.....malah menjadi farhu ain bagi setiap orang yang mengaku dirinya muslim, persoalannya bolihkah kita basuh tong najis dengan cara kita berada didalamnya? fikir fikir kan !

Syah Dunia said...

Mahathir mudah lupa...

jab sp said...

Tuan MSO,
Kemasukkan semula Dr Mahadir kedalam UMNO disebabkan perinsip Dr Mahadir amat mudah.
MELAYU MUDAH LUPA.Dalam UMNO terlalu banyak dalam golongan ini,dan tidak kurang juga ,berdasar rumusan dan ulasan ceramah ada kalangan pemimpin PAS juga tergulung dalam kumpulan ini.