Monday, March 30, 2009

Lentang Bukit Selambau

Kehadiran Ramai Calon Bebas
Demokrasi Kita Sudah Demam

SEBELUM menganalisa perkembangan pilihan raya di kerusi parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau Kedah serta melihat peluang parti atau calon-calon bertanding saya ingin memberi fokos kepada apa yang berlaku di Bukit Selambau, Kedah. Bukit Selambau nampaknya lebih menarik berbanding dengan Bukit Gantang dan juga Batang Air, Sarawak.

Apa yang menyebabkan Bukit Selambau menarik ialah kerana ramai calon yang bertanding di situ. Ada sebanyak 15 orang calon, 13 calon Bebas dan satu BN dan PKR - Pakatan Rakyat. Dari jumlah itu lapan orang berbangsa India, enam Melayu dan seorang Cina. Sayang tidak ada bangsa Siam!

Mungkin bagi sesetengah orang melihat kehadiran begitu banyak calon-calon pada pilihan raya itu sesuatu yang menyeronokkan, namun dari segi kualiti dan kesihatan demokrasi ianya tidak sihat. Apakah demokrasi kita tidak berapa sihat, sudah pincang? Sudah demam ataupun gila? Digilakan oleh orang-orang yang tidak memahami tujuan dan maksud apa itu demokrasi dan apa itu pilihan raya?

Umum tahun hanya seorang saja yang akan dipilih untuk mewakili rakyat DUN Bukit Selambau yang mempunyai 34,977 pengundi. Kalau mengikut akal sihat sepatutnya hanya tiga orang saja calon yang perlu bertanding, MIC yang mewakili BN dan PKR mewakili Pakatan Rakayat dan seorang sebagai calon bebas. Tetapi kenapa begitu ramai.

Bukit Selambau lebih dikenali kawasan India kerana peratusnya tinggi berbanding di tempat lain iaitu sebanyak 29.53%, walaupun hakikatnya peratus Melayu paling tinggi sebanyak 50.20%. Pengundi Cina 19.25 %. Disebabkan di sinilah antara kawasan peratus tertinggi India maka India merasakan kawasan ini hak mereka mutlak. Sebenarnya jika mengikut kepada peratus orang India tidak berhak bertanding di sini.

India juga merasakan kawasan itu milik mereka kerana sebelum ini ianya diduduki oleh India. Tradisi ini menjadikan Bukit Selambau sebagai bukit India. Pada pilihan raya umum 2004 ia diwakili V Saravanan daripada BN. Manakala dalam pilihan raya umum ke -12 dimenangi V Arumugam yang bertanding atas tikit Bebas dan menyertai PKR.

Kerana kedudukan itu India merasakan keawasan ini hak mereka walaupun peratus Melayu tinggi. Lantara tradisi itu juga baik BN dan Pakatan Rakyat (Pas) tidak berani untuk meletakkan calon Melayu. Inlah implikasi daripada formula perpaduan yang diterima pakai oleh BN dan PR.

Mungkin senario dan tradisi itulah menjadi rangsangan kenapa ramai calon Bebas dari kalangan India. Kejayaan atau nasib baik diterima V Arumugam yang bertanding bebas kemudian dilantik menjadi Exco juga menjadi dorongan. Masing-masing berharap apa yang berlaku ke atas Arumugam akan berulang, manalah tahu kalau tuah badan dapat menjadi Exco.

Dari sudut lain kenapa ramai calon India kali ini menunjukkan berlaku perpecahan di kalangan masyarakat India di situ. Sekruang-kurang masyarakat India berpecah kepada tiga kumpulan, MIC, Hindraf dan yang menyertai PKR. Jadi kerana masing-masing calon yang diletak oleh fraksi itu tidak dipersetujui sebulat suara oleh fraksi itu maka mereka menghantar calon bebas sebagai protes. Mungkin juga penyokong Pas berbangsa India turut sama meletakkan calon mereka?

Apakah untungnya bagi masyarakat India dengan apa yang berlaku di Bukit Selambau itu? Sudah tentu undi India akan berpecah dan ini menyebabkan peluang untuk mereka hantar wakil bangsa mereka sedikit melalui jalan sukar. Cuma nasib baiklah parti PKR dan BN tidak meletakkan Melayu. Sekiranya ada calon Melayu mewakili parti pada pilihan itu mungkin kerusi itu menjadi milik orang Melayu.

Seperkara lagi yang menarik untuk direnung kenapa pula ramai bebas Melayu? Apakah mungkin mereka yang mendaftar diri untuk bertanding itu tidak berpuas hati dengan Umno yang memberi kerusi itu kepada MIC atau tidak puas hati dengan PKR yang meletakkan calon India. Atas fakta peratus pengundi Melayu tinggi mungkin mereka tidak setuju dan penyertaan itu sebagai protes.

Kemungkinan juga calon bebas Melayu itu dari kalangan penyokong ekstram Pas. Disebabkan tidak setuju dengan tindakan Pas menyerahkan kerusi itu kepada PKR maka golongan itu menghantar calon mereka sebagai protes?

Atau pun bukan kerana fakta itu, penyertaan begitu ramai calon bebas itu saja-saja untuk memeriahkan pilihan raya berkenaan atau pun menggambarkan orang Kedah khasnya di Bukit Selambau sudah tidak ada kerja lain untuk dilakukan, jadi mereka jadikan pilihan raya itu sebagai kerja salingan menghilangkan puas atau mengisi masa kosongan sekurang-kurangnya menjelang hari mengundi 7 April.

Pada saya penyerataan beramai-ramai dalam satu pilihan raya itu sesuatu yang tidak praktikal dan merosakkan demokrsi itu sendiri. Kemurnian dan kesucian demokrasi untuk memilih pemimpin nampaknya tidak dihormati dan dipermain-mainkan. Kebajikan calon-calon bebas itu bagi saya tidak lebih daripada satu persendaan kepada demokrasi. Jadi kalau sistem yang diterima pakai sudah ternoda apa lagi yang boleh diharapkan darinya?

Benarlah pandangan saya lebih 20 tahun lalu bahawa demokrsi bukannya satu sistem terbaik untuk memilih pemimpin. Demokrasi boleh dimain-mainkan, boleh dipersendakan begitu rupa sekali oleh sesiapa saja yang cukup umur dan ada sedikit wang atau yang sedia dialatkan. Bukankah pilihan raya itu untuk mencari pemimpin terbaik? Jadi kalau ianya dileluconkan begitu bagaimana ia akan hadir seorang pemimpin yang baik?

Mungkin disebabkan situasi itulah maka pemimpin yang dilahirkan menerusi sistem demokrsi buruk, tidak berkualiti dan gagal untuk menjanakan aspirasi rakyat serta membawa kesejahteraan kepada rakyat. Boleh berbohong dan boleh munafik kepada rakyat. Boleh memutar belitkan kata-kata dan mengeksploitasikan apa saja termasuk tumbuhan dan haiwan.

Demokrasi dan pilihan raya tak ubah seperti papan dam di atas wakaf yang boleh dimainkan oleh sesiapa saja untuk menghalau kepuasan kerana tidak ada kerja lain. [wm.kl 10:00 am 30/03/09]

1 comment:

AlHadi Tok Ayah Su (atas) said...

Teringat saya akan pilhanraya kecil di P036 KT tempoh hari dimana pada mula terdapat 3 orang calon bebas yang ingin menawarkan diri kemudian telah menarik diri pada saat saat akhir.

kemudian dari itu sdr MSO sendiri telah membuat cadangan secara berseloroh (agaknya)supaya calon calon bebas ini menubuhkan satu pertubuhan agar dapat melantik pemimpin sebagai mewakili dikalangan mereka untuk memasuki mana mana pilihan raya.

Berbalik kes dibukit selambau ini, yang pasti sudah menjadi satu sejarah baru untuk dikenang olih generasi akan datang,samada ini satu sejarah terburuk atau tidak maka ianya perlu dilihat dari sudut undang undang dalam sistem pilihanraya berpelembagaan negara kita itu sendiri.

Mengikut kacamata agama setiap orang itu adalah pemimpin,jika tidak dapat memimpin masyarakat, maka dia juga bolih menjadi pemimpin didalam rumahtangga sendiri.Tanggungjawab menjadi ketua keluarga juga adalah satu amanah yang akan disoal diakhirat kelak,sanggupkah kita?

Isu ini bolih juga diibaratkan hanya sekadar ingin mencari populariti diri atau sekadar untuk "test market",kerana kita tahu tidak mungkin sesaorang itu mencari risiko hanya sekadar berserah pada nasib.

Bagi mereka yang pernah belajar ilmu strategi peperangan akan tahu bagaimana hendak 'servey" dan "service" sebagai contoh dimana kelemahan dan sokongan masyarakat terhadap sesuatu perjuangan musuh itu.Kalau setakat hendak menyerang membabi buta begitu sahaja atau sekadar berniat hendak berseronok seronok maka alhasilnya "mati katak" lah jawabnya!.

Apa pun saya bersetuju dengan pendapat sdr MSO supaya sediakan payung sebelum hujan kerana ini bukan lagi dipanggil pilihanraya kecil akan tetapi sebaliknya pilihan raya mini olih kerana melibatkan tiga pilihanraya dijalankan serentak...selamat berkempen !