Saturday, March 21, 2009

Makluman

Tok Guru Lancar Buku Zaid

Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat akan melancar buku tulisan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim lusa, 23 Mac jam 2:30 petang bertempat di Grang Ballroom, Main Wing, Tropicana Golf and Country Resort Petaling Jaya.

Buku itu berjudul Aku Pun Melayu ditulis Zaid sebaik saja beliau meninggalkan Kabinet dan dipecat dari Umno akhir tahun lepas.

Zaid yang dikenali seorang ahli politik yang bersikap tegas dan berterus terang sering menjadi kontroversi dan memeningkan kepala khalayak politik.
Disebabkan buku ini ditulis selepas beliau dipecat, kemungkinan ada yang didedahkan oleh Zaid dalam buku berkenaan. Buku ini akan mula dipasarkan menjelang perhimpunan agung Umno pada minggu depan. [wm.kl. 2:00 pm 21/03/09]



No comments: