Wednesday, April 22, 2009

Menjelang Muktamar 6

Mohamad Sabu Tanding Timbalan Presiden

WALAUPUN penyandang jawatan Timbalan Presiden, Nasaruddin Mat Isa dan orang yang dikatakan berbakat besar untuk merebut jawatan itu si Baju Petak-Petak Merah (BPPM) masih belum membuat keputusan sama ada bertahan atau berlawan, namun bagi Mohamad Sabu sudah mengatakan pendiriannya beliau akan turut merebut jawatan berkenaan.

Dalam percakapan dengan Mohamad Sabu sekejap tadi beliau mengesahkan akan bertanding timbalan presiden. "Ya saya akan bertanding jawatan timbalan presiden dan tidak lari ke jawatan lain lagi," kata Mohamad Sabu tegas.

"Marilah bersama abang Mat, membantu kemenangan abang Mat," katanya dengan memesrakan dirinya sebagai abang Mat. Menurut Mohamad beliau bertanding kerana ingin membantu presiden, membawa Pas mendekati pemuda, mendekati orang miskin dan mendekati semua lapisan masyarakat.

Sebelum ini Mohamad dikatakan akan berkompromi dengan BPPM, namun penegasan hari ini menunjukkan Naib Presiden Pas itu ingin berganjak ke atas. Mungkin beliau merasakan ada kekosongan yang boleh diisi menyebabkan beliau ingin bergeser ke atas.

Dengan jaminan itu kini jawatan timbalan presiden mungkin akan menjadi rebutan tiga penjuru. Seorang dikatakan berminat untuk ikut sama ialah Menteri Besar Kedah, Azizah Razak.

Semetara dalam risikan awal menunjukkan Mohamad Sabu kini mendapat pencalonan lebih dari 10 kawasan mengatasi Nasaruddi dan BPPM. Bagaimana pun pencalonan itu masih belum disahkan kerana kebanyakan mesyuarat Pas Kawasan menyerahkan kepada ahli jawatankuasa membuat pencalonan.

Dalam perkembangan lain dakwaan mengatakan Kelantan cenderong untuk mencalonkan BPPM adalah tidak benar. Kenyataan individu yang dipetik oleh sebuah akhbar di Kelantan tidak boleh dipertanggungjawabkan dan ia lebih bersifat pandangan peribadi di mana mungkin individu berkenaan ada motif tersendiri membuat kejutan itu.

Setakat ini daripada lima kawasan yang telah mengadakan mesyuarat hanya dua kawasan sahaja yang telah mencalonkan BPPM. Kawasan Kubang Kerian di mana beliau sendiri sebagai Yang Dipertuanya dan satu lagi kawasan Rantau Panjang.

Kawasan Ketereh, Pasir Mas, Tumpat yang telah mengadakan mesyuarat kawasan bagaimana pun tidak menamakan sesiapa untuk merebut jawatan berkenaan. Mesyuarat menyerahkan kepada jawatankuasa Kawasan membuat keputusan.

Di Kelantan Pas mempunyai 14 kawasan. [wm.kl. 4:30 pm 22/04/09]

8 comments:

blues untuk rakyat said...

bro MSO.....

aku setuju kalau abang mat bertanding Timb. Presiden.....

kalau boleh aku pon nak dia menang jawatan tu....

sebab abang mat ada ruh berjiwa rakyat marhaen dari pada yang lain...

baik husam mau pon nasa.... depa pon berjiwa rakyat.... tapi bukan rakyat marhaen.....

kalau BPPM menang pon aku setuju....


CUMA aku nak tanya sikit kat bro MSO....


bro MSO dengan Baju petak merah ada bermusuhan ke...?

selalu nye penulis blog kalau tak suka orang tertentu, dia akan bagi gelaran pada orang yang dia tak suka....

contoh nye..... BAJU PETAK-PETAK MERAH...

slam....

mohd sayuti omar said...

Kepada blues untuk rakyat; jangan tanya saya tentang BPPM, lebih baik tanya dia tentang saya, baru jawaban memuaskan sdr. Kalau tanya saya jawaban tentu tidak memuaskan hati sebab saya akan membela saya.
Nak kata saya bermusuh, tidak pula berperang, tetapi yang jelasnya ada sebab maka saya tidak berkenaan dengan beliau. Salam.

Haikal Sulaiman said...

abg mat pun bagus .
gerakan islam didunia kenal beliau..

dah lama kerja kat bawah...mungkin dah tiba masa abg mat kerja ngan dato' presiden . Sekurang-kurang pendiriannya tegas berbanding BPPM (ingat tak masa debat dengan khairy, kenapa takut pertahankan hudud !!)

jab sp said...

jawapan saudara pada blues untuk rakyat mengesahkan apa yang saya fikirkan selama ini.
walaupun selama ini saya amat menghurmati tulisan saudara,tetapi stail saudara yang mempunyai tabiat sama seperti mahadir yang sekali benci tetap benci dan sedaya upaya untuk menghidupkan keaiban pada orang yang saudara benci menyebabkan saya merasakan saudara adalah golongan hipokrit politik.kalau selama ini saya mengandaikan apa yang saudara tuliskan bolih dipertimbangkan kewajarannya,tetapi mulai sekarang saya rumuskan tulisan saudara adalah sampah dan balaci upahan pada orang yang sanggup memberi sekupang dua pada saudara.nilai tulisan saudara samalah dengan nilai media perdana yang harga sebenar tak sampai sekupang pun.
Ingat ,saya bukan penyokong Husam dan bukan juga penyokong tetap mana mana pemimpin kecuali Tuan Guru Hadi dan Tuan Guru Nik Aziz(insan ini juga selalu saudara kutuk).
Goodbye Merah Tinta kerana laman ini adalah sama taraf beberapa laman web umno.

mohd sayuti omar said...

Kepada Jabsp.... dalam hitungan saya dengan ini sudah lebih 10 kali sdr mengucapkan selamat tinggal kepada blog saya. Berbagai bahasa yang sdr guna, termasuk bahasa Nippom sanonara, bahasa Perancis dan dan sebagainya. Saya senang kalau sdr tidak lagi menjenguk blog saya setidak-tidaknya ia mengurangkan trafik ke blog ini. Saya cadangkan sdr layar blog si baju petak-petak merah dan orang yang sewaktu dengannya. Seperti biasa jangan sakitkan kepala dengan membaca blog saya. Blog saya hanya untuk orang kuat semangat dan rasional saja. Tanpa salam.

mns said...

Bagi saya lebih baik Abang Mat tak bertanding jawatan Timb. Jawatan ini sesuai buat us. nasha . Seorang yang tidak mudah melatah dan melenting dan dapat berbincang . Beliau juga banyak terlibat dengan perbincangan2 di peringkat antarabangsa bersama ikhwan dan pertubuhan2 Islam lain . Dalam alam maya nie beliau sentiasa diserang dan dijatuhkan namun beliau tidaklah begitu melatah untuk melantik mana2 pelobi beliau bagi berkempen untuk pihaknya .

Beliau sedari dahulu lagi hanya menyerahkan kepada JK untuk menentukan berbanding dengan beberapa figur yang mempunyai penyokong tegar di alam maya ini .

Apapun ini hanya pandangan dari seorang ahli yang tiada kuasa apa2 .. hanya sekadar mengenali beliau .

Unknown said...

salam...
saya kekedang ada yang tak setuju dengan penulisan mso tetapi saya telah menjeguk berpuluh-puluh blog dan saya dapati blog mso lah yang terbaik untuk dijadikan rujukan dan penilaian.soal mso dgn BPPM kurang mesra itu adalah hak peribadi masing2,saya juga akui BPPM adalah antara tersenarai 7 orang yang paling cerdik dalam politik dan mengatasi anwar ibrahim,dulu saya amat kagum dgn BPPM kerana karismanya tetapi sekarang ini beliau menerajui parti tampak seperti umno dengan memberi hadiah yang tidak sepatutnya sebagai contoh beliau membawa masuk orang kuat umno ke dalam pas dengan habuan balak,kambing janapari dan sebagainya tetapi orang ini tidak membawa apa-apa impak besar kepada pas,sebenarnya gaya ini boleh merosakan pas itu sendiri dan mencapai apa-apa objektif parti.saya bersetuju jika mat sabu bertanding jawatan timbalan presiden dan amat berharap beliau menang kerana mat sabu mempunyai jati diri yang kental,sentiasa istiqamah walaupun mengalami kekalahan dan pelbagai dugaan.mat sabu telah melalui pelbagai pahit jerih,menangis dan ketawa dalam parti tidak seperti BPPM yang berada dalam pas ketika parti sudah bernafas dengan selesa.mat sabu adalah pejuang sejati sebaris dengan mahfuz omar,almarhum fadhil noor,TGNA dan TGHA

Bang Aji said...

Salam MSO,
Setiap ahli, cawangan, kawasan atau peringkat negeri PAS mempunyai hak untuk mencadangkan nama calon pilihan mereka malah calon juga boleh mempromosikan diri untuk bertanding sesuatu jawatan dalam PAS jika mendapat sokongan ramai akar umbi. Cuma persoalan yang perlu dijawab oleh setiap calon adalah tentang keikhlasan dalam diri mereka berjuang dalam gerakan Islam dikala dicemuh dan diterima masyarakat sekarang atau samada untuk kepentingan ummah keseluruhannya atau sekadar kepentingan peribadi.
Bagi saya semua yang dicalonkan mempunyai kewibawaan dan sejarah perjuangan masing-masing. Apa yang perlu dinilai oleh perwakilan adalah yang terbaik di antara yang terbaik.