Friday, May 15, 2009

Ulasan Isu

Doakan Najib Jumpa Pembangkang


CAKAP-CAKAP berupa hasrat pihak pembangkang - Pakatan Rakyat hendak jumpa Perdana Menteri, Najib Razak bagi menyelesaikan kemelut politik negara khasnya di Perak sepatutnya dipandang senang oleh semua pihak.


Cadangan itu satu pendekatan dan persefahaman politik yang bagus. Sebenarnya tidak ada guna kedua pihak - PR dan UBN bergaduh sepanjang masa tanpa senggang sedangkan kesan buruknya kepada kehidupan rakyat.


Misalnya apa yang berlaku di Perak itu mangsanya ialah rakyat negeri itu. Manakala kesan politiknya kepada negara seluruhnya. Negara menjadi buruk dan huduh dengan berbagai insiden yang berlaku tanpa mengira pihak mana yang memula dan menjadi penyebabnya. Pada saya kalau bertepuk sebelah tangan ia tidak akan berbunyi!

Jadi apabila pembangkang berhajat untuk berjumpa Najib dan Najib pula menyatakan kesediaannya jangan adalah pihak yang cuba menghasut agar pertemuan itu tidak berlaku. Jangan ada fatwa-fatwa yang membawa kerenggangan yang semakin menjauhkan kedua entiti itu.


Sebenarnya ada baiknya kalau pembangkang bertemu dengan kerajaan. Teristimewanya kalau Najib berjumpa secara berdepanan sendiri dengan Anwar Ibrahim.

Perjumpaan di pihak pembangkang memerlukan penglibatan Anwar sendiri. Kalau ianya hanya melibatkan Abdul Hadi Awang atau Lim Kit Siang ia tidak akan mencapai tujuannya. Kerana ketua kepada Pakatan Rakyat ialah Anwar. Perjumpaan tanpa Anwar ia boleh menimbulkan isu-isu lain yang lebih buruk lagi kepada Pakatan Rakyat. Jadi Najib jangan sesekali cuba meminta agar Anwar tidak ada dalam perjumpaan itu.


Pada saya kalau kedua mereka, Najib - Anwar berjumpa ia tidak akan hilang bisa keduanya. Bak ular menyusul akar bisanya tetap tidak akan hilang. Bahkan kalau perjumpaan itu membuahkan hasil yang baik kedua mereka akan disanjung sebagai pemimpin sejati.

Agak malang sedikit sebelum pertemuan itu berlaku sudah ada pihak yang cuba memberi pandangan negatif dengan berbagai andaian bersifat sentimen. Kononnya pertemuan itu akan menguntungkan sebelah pihak saja. Mereka yang membenci pembangkang akan meyifatkan pertemuan itu menguntungkan Najib dan sebaliknya yang membencikan kerajaan akan mengandaikannya ia menguntungkan Anwar.


Dalam hal ini ada yang membuat kesimpulan pertemuan itu sangat diingini Najib kerana Najib kini dalam keadaan terjempit dan pertemuan itu akan membawanya keluar dari belenggu itu. Sebenarnya persoalan ini tidak perlu ditimbulkan. Soal terjempit atau tidak perlu diketepikan yang penting. Pakatan Rakyat juga dalam situasi yang sama. Yang penting orang ramai perlu buka ruang agar kedua pihak duduk sekali. Penilaian yang tepat nanti ialah selepas pertemuan itu berlaku.

Najib menyatakan beliau boleh bertemua tanpa apa-apa syarat. Maksud beliau pihak Pakatan Rakyat jangan mengenakan apa-apa syarat. Apa yang boleh difahamkan kemungkinan Najib tidak mahu kalau dalam pertemuan itu Pakatan meminta sesuatu yang sukar dilaksanakannya apa lagi permintaan yang boleh menjejaskan maruah parti UBN.


Rasanya ini tidak timbul lagi. Sebab apabila Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali menjelaskan pihaknya tidak pernah mengadakan apa-apa syarat dan boleh bertemua bila-bila masa pada masa sesuai. Kenyataan ini sudah cukup untuk menakinkan Najib bahawa hasrat itu suci untuk kebaikan bersama.


Biarlah jangan fikirkan dulu apakah maksud kepada pertemuan itu bagi kedua pihak. Yang perlu dipastikan kini doakan pertemuan itu berlaku dulu selepas itu sama-sama kita nilai dan ulas. Saya pasti sekali jika pertemuan berlaku sesuatu natijah yang baik akan diperolehi. Jadi sama-samalah kita doakan biar ada pertemuan yang dimaksudkan itu. [wmk.kl. 11:15 am 16/05/09]

1 comment:

matinza said...

BN sudah dapat agak, sekiranya DUN Perak dibubarkan, BN akan kalah teruk disebabkan kesilapan mengambilalih kuasa tanpa "permit" yang sah.

Untuk mnegelak daripada diaibkan sebegitu sekali oleh rakyat Negeri Perak, BN lebih rela "berkongsi" kuasa untuk sementara waktu dapat idea dan keadaan dah tenang untuk tikam PKR dari belakang.