Tuesday, June 9, 2009

Susupan Petang

Idea Kerajaan Perpaduan Menyengat Pas

WALAUPUN isu Unity Goverment atau kerajaan perpaduan telah dijelaskan berkali-kali ianya bukan bermakna penggabungan Pas dengan Umno nampaknya ia bukan mudah untuk menyakinkan sesetengah ahli Pas. Cakap-cakap dan pentafsiran idea itu sebagai usaha untuk Pas bergabung dengan Umno masih diperkatakan.

Bukan saja ahli bawahan yang mudah dikeliru dengan isu berkenaan tetapi Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri masih menyebut isu berkenaan. Semasa ceramah umum sempena muktamar Pas beberapa hari lalu Nik Aziz masih menyebut dan mengulas mengenai isu berkenaan. Seolah-olah Nik Aziz sengaja tidak mahu memahami hakikat di sebalik isu itu.

Kalaulah orang seperti Nik Aziz yang sudah lama dan usang dalam politik masih kabur dan sukar untuk memahaminya apalah lagi ahli di bawah, makinlah payah untuk menerima apa juga penjelasan berhubung isu itu. Apa lagi dalam masa sama isu itu terus dihangat dan dihidupkan oleh orang-orang tertentu dengan tujuan yang tertentu pula.

Nampaknya isu ini pemimpin Pas bukan sepakat untuk menyelesaikannya sebaliknya lebih suka untuk bertegang leher sesama sendiri.

Abdul Hadi baik, Nasharudin Mat Isa baik serta pemimpin lain telah memperakui bahawa tidak ada niat untuk membawa Pas bergabung dengan Umno. Sebenarnya isu unity government sama sekali tidak pun disebut dalam ucapan dasar Abdul Hadi yang mempunyai 131 perkara dan memakan masa 1 jam 20 minit. Malahan Nik Aziz telah diberi taklimat khas berkenana isu itu oleh Abdul Hadi, Dr Haron Din dan juga Anwar Ibrahim yang mengunjungi MB Kelantan itu di Kota Bharu tidak lama dulu.

Jadi sepatutnya isu itu tidak perlu disebut-sebut dan dikenang lagi. Namun kerana orang merasakan dengan terus memainkan isu akan mendapat manfaat baginya, maka isu itu terus ditiupkan ke dalam sukmaa ahli-ahli Pas walaupun ianya bahawa kepada Pas. Manakala ahli Pas yang 'tohor angin' mudah menerimanya dan mungkin sedia untuk mengamuk bila diajak berbuat demikian.

Mungkin menyedari isu Unity Gorvenment ini masih hidup dan sukar dimatikan, pagi tadi Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas (JPP), Mustapa Ali telah memanggil satu sidang akhbar di pejabat agung Pas merayu agar isu itu tidak ditimbulkan lagi.

"Atas kapasiti saya selaku Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas saya merayu mana-mana pemimpin Pas dan pemimpin parti Pakatan Rakyat supaya tidak menyebut atau membangkitkan lagi soal kerajaan perpaduan ini," ujarnya.

Katanya buat masa ini isu berkenaan tidak relevan, dan apa yang penting kini semua pemimpiin Pas khasnya dan pemimpin gabungan Pakatan Rakyat sama-sama berpadu tenaga untuk menghadapi pilihan raya kecil Manik Urai yang akan berlangsung pada 6 Julai hadapan.

Memahami kata-kata Mustapa itu isu kerajaan perpaduan mungkin ia boleh memberi kesan kepada Pas dalam piihan raya berkenaan. Justeru beliau merayu sesungguh hati supaya cakap-cakap mengenai dihentikan segera.

"Saya minta kepada media massa kalau pun tidak mahu menyiarkan rayuan saya ini tetapi janganlah cuba mengelirukan kenyataan ini. Saya minta sungguh-sungguh," katanya.

Rayuan Mustapa itu dilihat satu permintaan yang tulis dari hatinya semata-mata ingin melihat pilihan raya kecil Manik Urai dimenangi oleh Pas. "Sekarang ialah masa kita memikirkan pilihan raya kecil Manik Urai, kita perlu berfikir macam mana hendak membenamkan UBN di Manik Urai dan bukannya mempersoalkan isu kerajaan perpaduan," tegasnya lagi.

Mungkin bagi ahli yang tulis dan ikhlas akan menerima seruan Mustafa itu demi melihat pilihan raya kecil Manik Urai itu dimenangi oleh Pas. Mustapa yakin ahli Pas dalam soal ini akan mengenepikan isu-isu sampingan lain dan akan menumpukan kepada pilihan raya berkenaan. Pilihan raya kecil Manik Urai sangat penting bagi Pas untuk menunjukkan kekuatannya apa lagi setelah Umno Kelantan kini sudah dipimpinan semula oleh Mustafa Mohamed. [wm.kl. 6:45 pm 09/06/09]

6 comments:

Anonymous said...

Presiden Pas dah berbuih-buih mulut menerangkan yang Pas cuma membuka ruang perbincangan kepada semua pihak tak kira ia NGO atau parti lawan. berbincang tak bermakna bergabung. idea kerajaan perpaduan satu idea yang menarik tapi mustahil untuk direalisasikan pada masa terdekat sebab Umno masih angkuh dan tidak ikhlas. perbincangan Umno-Pas dibuat secara tertutup dan rahsia namun rahsianya dipecahkan oleh pemimpin Umno bertujuan untuk memecahbelahkan PR. Umno melalui media massa tunggangan mereka akan terus memainkan isu ini seolah2 pimpinan Pas begitu kemaruk untuk berkongsi kuasa dengan BN. jalan terbaik adalah pimpinan Pas perlu akur dengan rayuan Mustapa Ali dan tidak perlu melayan sebarang permainan Umno yang memerangkap mangsa yang alpa dan terpedaya.

Pr0fiL t3M4n5 said...

"Kerajaan perpaduan" adalah konsep yang didokong oleh saf pimpinan baru. Ini merupakan satu konsep yang 'mungkin' membawa bencana dalam masa terdekat. Teman kata konsep bukannya gagasan adalah kerana kempen tersebut hanya membawa keretakan dan kekeliruan kepada pakatan PR. Jika konsep itu mahu dijual kepada semua parti politik, Ahli PAS dan Pakatan Rakyat perlu dibawa berbincang dan diberi penjelasan terlebih dahulu. PAS seolah-olah mahu menjadi hero dan merasakan kemenangan yang diraut adalah kerana kekuatan PAS sendiri. Jangan jadi parti yang merayap seperti biawak di waktu malam. Dan ingat pesanan nabi jangan masuk lubang biawak 2 kali.

Sri said...

Masalahnya knapa perlu timbulnya idea kerajaan perpaduan ni?mmg diakui yg misi & visi pas sudah pasti tidak boleh lari dr pegangan Al-Qur'an & As-Sunnah,dan Islam mengajar utk tidak terus berpecah belah,dan jelaslah tugas pas adalah untuk mdamaikan suasana yg tegang.. Mungkin idea yg dilontarkan TGHH ini dianggap sgt bernas & harus diimplementasikan, tetapi bukankah lebih baik andainya ia harus diperbincangkan dengan lebih terperinci di kalangan pemimpin pakatan rakyat terlebih dahulu sblm didengari oleh penyokong PR.. sepatutnya klu benar ingin mbuat suatu perubahan haruslah ada kata sepakat dr kesemua pemimpin PR.. kerana secara tidak langsung membuatkan penyokong2 PR seolah2 tidak mempercayai kewibawaan pas lagi.. pas harus akui bahawa pas hanya memenangi 24 daripada 82 parlimen pd PRU12,oleh itu jgn terlalu berbangga menganggap bahawa ia adalah 'abg',tetapi kesepakatan haruslah diutamakan,kerana misi pas kini bukan hanya utk org melayu, but for ALL..

Anonymous said...

Salam MSO,

Benar ada pihak dari UMNO, yang cuba menggunakan isu ini untuk memecahbelahkan PR. Yang ajaibnya ada juga pimpinan PAS yang buat-buat tak tahu apa makna berbincang. Seolah-olah berbincang itu bermakna membuat satu pakatan politik.

Kalau pakatan politik diperlukan untuk menyelesaikan masalah 'murtad',masalah saudara baru, masalah orang Melayu (30 peratus kuota yang baru-baru ini dimansuhkan), pembatalan PPSMI, pengharaman SIS dan seumpamanya apa masalahnya.

Yang saya lihat media-media alternatif yang dikuasai oleh puak-puak liberal cuba mengelak membicarakan isu yang sudah tentunya mendapat sokongan padu pimpinan PAS seperti yang dibahaskan di muktamar mengenai nasib Melayu/Islam iaitu mengenai penarikan balik kuota Bumiputera dan pengharaman SIS. Mereka lebih suka menghukum PAS sebagai jumud dsb, tanpa memahami hasrat ahli-ahli PAS tersebut.

Itu pengamatan saya. Saya harap orang PAS memahami sekarang iklim makhluk dua alam berpolitik. Susah nak mengenal yang ikhlas dengan perjuangan!

2kali5 said...

cakap memang mudah. nak buat tu yang susah.

jika kita satu bangsa dan satu agama sekalipun susah utk bersatu, adakah layak kita dikatakan sebagai pejuang Islam dan bangsa melayu???(saya ajukan soalan ini kepada kedua-dua pihak.)

bersangka baik antara satu sama lain. Jika pas pernah ditipu oleh ubn, tapi ingatlah masa dan pemimpin telah berubah. jadi untuk bebaikan melayu + Islam, carilah jalan tengah yang baik kepada hal ini.

semoga Allah merahmati kita

MAWE said...

Bila Presiden sebut Kerajaan Perpaduan, jgn sempitkan maksudnya dgn menuduh Pas mahu bergabung dgn UmnoBn. Itulah melulu namanya... Sudah berkali2 Presiden dan Timbalannya menegaskan bahawa tidak akan bergabung dgn Umno. Tidakkah Mantan Salahuddin Ayub dlm ucaptamanya menekankan bhw kita perlu tukar dari politik bangkangan kpd politik engagement dll. Ini termasuklah menghindarkan dari merasakan diri kita akan jadi pembangkang selama2nya. Bukankah sudah ramai merasakan bhw PR akan ke Putrajaya tak lama lagi? Mungkin PRU13 nanti. Oleh itu, Kerajaan Perpaduan ketika itu adalah Pakatan Rakyat. UmnoBn pula tak payah jadi pembangkang...Kan elok tu...

Apa2 pun, bentuknya belum dibincangkan lagi. Cuma lontaran idea awal Presiden agar beberapa tahun mendatang, ramai yg sudah faham apa itu Kerajaan Perpaduan.