Thursday, June 11, 2009

Kabinet Baru Pas

Mustafa Ali Setiausaha Agung

PAS hari ini melengkapkan kabinetnya dengan mengumumkan perlantikan beberapa orang pegawai penting yang akan menjadi nadi menggerakan kepimpinan barunya. Seperti mana dijangka Pengarah Pilihanraya Jabatan Pilihan Raya (JPP) Pas, Mustafa Ali dilantik menjadi Setiausaha Agung menggantikan Kamaruddin Jaafar.

Tempat Mustafa Ali, diambil alih oleh Abdul Halim Abdul Rahman.

Jawatan Bendahari pula dikekalkan kepada Dr Hatta Ramli manakala Ketua Penerangan yang disandang Mahfuz Omar sebelum ini diserahkan kepada Idris Ahmad.

Dalam satu kenyataan ringkas di pejabat Pas sekajap tadi, Abdul Hadi Awang mengumumkan perlantikan lima orang ahli jawatan kuasa tambahan. Mereka termasuklah melantik dua calon Naib Presiden yang kalah Mohamad Sabu dan Husam Musa.

Tiga ialah Dr Mariah Muahmad, Ubaidah Omar dan Annuar Tahir.

Dalam sudang akhbar tadi Abdul Hadi mengumumkan pertukaran dua Pesuruhjaya negeri iaitu di Perak sebagai mengganti Ahmad Awang yang tidak dilantik semula. Tempat Ahmad diganti oleh Ustaz Abu Bakar seorang lulusan Mesir. Manakala di Terengganu Harun Taib mengganti Mustafa Ali.

Pesuruhjaya negeri-negeri lain tidak mengalami perubahan.

Jelas dengan perlantikan mereka yang kalah itu Pas tidak mengenepikan tenaga dan pemikiran mereka untuk terus memberi sumbangan kepada Pas. wm.kl. 4:00 pm 11/06/09]

No comments: