Friday, August 14, 2009

Angin Permatang Pasir

Salleh Man Berdepan Dengan Rohaizat

Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang Ustaz Salleh Man dijangka akan berhadapan dengan Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir yang bakal diadakan pada 25 Ogos depan. Hari penamaan calon 17 Ogos.

Nama Rohaizat diumumkan oleh Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yassin hari ini. Beliau merupakan seorang peguam muda lulusan Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Sehingga ini Pas belum membuat pengumuman rasmi mengenai calonnya. Tetapi dipercayai Salleh Man dijangka akan dipilih oleh Pas.

Sebelum ini nama Muhammad Sabu disebut sekali lagi akan diletakkan bertanding di situ tetapi cakap-cakap itu tidak lebih daripada berita untuk mengimikkan pilihan raya berkenaan saja.

Pas dijangka akan mengumumkan calon mereka malam ini atau esok. [wm.kl. 8:00 pm 14/08/09]

No comments: