Wednesday, October 21, 2009

Susupan Pagi

Segerakan Rundingan Dapatkan Royalti Petroleum

BUAT pertama kalinya semalam Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra telah berangkat merasmikan persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan. Upacara perasmian semalam merupakan tugas pertama seumpamanya oleh baginda sebagai Pemangku Raja.

Sudah pasti keberangkatan baginda ditunggu oleh semua lapisan rakyat negeri Kelantan. Tengku Faris yang sebelum ini sudah dikagumi kerana sikap prihatin dan kepedulian baginda yang tinggi kepada rakyat.

Baginda tidak segan dan canggung turun sendiri ke bawah menemui rakyat, mengauli rakyat untuk mengetahui masalah rakyat dari dekat. Sudah banyak masalah rakyat yang tidak dapat diselesaikan dapat diselesaikan baginda atau selesai setelah baginda bertitah dan mengambil tahu mengenainya.

Ini menunjukkan suara dan titah baginda dihormati dan didengari oleh semua pihak. Semua itu disokong oleh sifat baginda yang sedarhana, tidak berlagak dan memisahkan kehidupan di istana dengan kehidupan di luar.

Sikap dan pembawaan baginda yang berjiwa rakyat inilah menyebabkan kini baginda disayangi dan budi bagainda disebut-sebut rakyat di mana saja. Kehadirian baginda di tengah masyarakat umpama berlabuhnya kejora di padang hitam.

Semalam semasa bertitah merasmi persidangan DUN, sekali lagi baginda menunjukkan komitmen dan keperihatian baginda kepada pembangunan Kelantan demi untuk kesejahteraan rakyat baginda seluruhnya.

Semalam baginda menyatakan sokongan terhadap usaha kerajaan Kelantan untuk menuntut bayaran royalti Petroleum seperti mana yang termaktub dalam perjanjian antara kerajaan negeri dan Petronas pada tahun 1995.

Sokongan dan restu baginda itu sudah tentu memberi semangat kepada kerajaan pimpinan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, timbalannya Ahmad Yaacob dan Exco lain untuk menuntut hak rakyat Kelantan itu. Sehubungan itu adalah tepat kalau Menteri Besar menyegerakan perkara berkenaan.

Dalam perkara ini, MB hendaklah menggerakkan semula jawatan kuasa bersama – kerajaan Kelantan dan Persekutuan berhubung perkara itu. Tuntutan seperti mana digesa oleh Pemanku Raja itu bukan boleh dibuat bersendirian atau diserahkan untuk diuruskan oleh seorang Exco saja.

Perkara yang berat dan besar hendaklah dipikul bersama dan jangan ada orang yang cuba memandai-mandai dan hendak menunjukkan hebat apa lagi menjual diri untuk kepentingan politik.

Jawatankuasa bersama perlu diaktifkan. Dan jawatan kuasa ini perlu diberikan mandat oleh kerajaan negeri untuk berunding dengan Petronas.

Sebolehnya perkara ini disegerakan. Tuntutan itu mungkin boleh dimulakan dengan ada rundingan rasmi antara kedua pihak. Jawatankuasa berkenaan yang disertai beberapa pegawai tertinggi kerajaan dan Exco boleh membuat temu janji untuk berbincang dengan Perana Menteri, Mohd Najib Razak.

Adalah diyakini kalau tututan itu secara perundingan dan bukannya dengan desakan fizikal, seperti mengadakan tunjuk perasaan, serangan dalam cermah, sengaja tunjuk pandai, insyAllah ia terbuka pintuk hati kerajaan persekutuan untuk melunasi apa yang digesa oleh Pemangku Raja itu.
Dan pihak kerajaan juga tidak perlu merasa gusar berhubung itu kerana tuntutan itu sudah mendapat restu daripada baginda Pemangku Raja. [wm.kl. 10:45 am 21/10/09]

No comments: