Tuesday, January 26, 2010

Membuka Galeri

Hassan Ali – Khalid Berbaiklah

PENENTUAN terhadap dua orang pemimpin Pas Selangor, Mohd Hasaan Ali dan Abdul Khalid Samad yang disiasat oleh jawatankuasa disiplin Pas akan diketahui hujung bulan ini. Kedua mereka telah pun diberi tahu oleh jawatankuasa berkenaan, agar hadir ke pejabat Pas di Jalan Raja Laut pada 29 Januari jam 3:00 petang. Mungkin untuk menerima hukuman masing-masing!

Kedua-dua mereka menjadi perhatian umum apabila telah dihadap ke jawatan kuasa disiplin sejak sebulan lalu. Seperti mana dijelaskan oleh salah seorang ahli jawatankuasuasa berkenaan, Wan Mutalib Embong, keduanya didapati bersalah.

Adul Kahlid didapati bersalah melakukan dua kesalahan. Manakala Hassan satu kesalahan. Kesalahan Khalid ini mengenai kenyataan terbuka beliau mengkritik Pesuruhjaya Pas Selangor (Hassan Ali) itu yang menegur Selcat.

Kesalahan satu lagi dilakukan Khalid ialah apabila mendedahkan minit mesyuarat Pas Selangor di dalam blognya. Kesalahan Hassan Ali pula ialah kerana mengkritik secara terbuka terhadap Selcat. Kalau dilihat kesalahan Khalid itu ada kaitan dengan kesalahan dilakukan Hassan Ali. Ia berurutan. Hakim tidak bertauliah boleh menjatuhkan hukum kedua-duanya bersalah dan harus menerima hukuman serupa.

Kedua mereka ini dikenal pasti berlaga angin sejak lama dulu. Pemecatan Khalid sebagai timbalan pesuruhjaya Pas Selangor dilihat punca perbalahan peribadi dan membawa kepada kemelut Pas Selangor. Khalid semacam tidak puas hati dengan tindakan itu walaupun beliau redha.

Mereka dilihat tidak sekata dalam beberapa hal berhubung keputusan Pas Selangor dan juga kerajaan. Khalid berfikir ke Timur, Hassan ke Barat! Walaupun mereka menuju ke kiblat yang sama tetapi jalan yang diambil berbeza menyebabkan ahli yang cetek politik merasakan masing-masing mempunyai kiblat terasing dan terpisah.

Saya tidak tahu apakah ada usaha untuk medamaikan mereka di sepanjang masa berlaku pertikaikan itu? Sepatutnya ada. Kalau ada bomoh tentu ia tidak akan memborak ke lembah yang lebih buruk. Pertentangan keduanya berterusan menjelang muktamar Pas. Khalid dilihat menyokong kumpulan yang tidak disokong Hassan dan begitulah sebaliknya.

Adalah menjadi harapan penyokong dan ahli Pas Selangor saya kira, perbalahan antara kedua mereka itu akan selesai selepas ini. Apabila jawatankuasa menjatuhkan hukuman ke atas keduanya, hendak mereka terima sebagai pengajaran. Hukuman itu tentu sekali bukan menzalimi mereka melainkan untuk mendamaikan keadaan demi keampuhan Pas.

Semua pihak harus letak kepercayaan kepada pengerusi jawatakuasa berkenaan Tuan Ibrahim Tuan Man. Tuan Ibrahim akan memerhati segenap sudut dan mengambil pandangan dari semua pihak serta memikirkan natijahnya sebelum membuat keputusan.

Keputusan kini mungkin sudah ada ditangan Tuan Ibrahim. Sesiapa pun tidak mengetahuinya. Cuma di sini sekiranya keputusan itu menganiaya satu pihak dan memeri ruang kepada pihak lain perlulah diubah. Biarlahlah ia menjadi keputusan yang saksama dan adil dan tidak menimbulkan pertikaian baru.

Sebaik-baik keputusan dan hukuman elok kalau keduanya dikenakan amaran keras bersyarat di mana selepas ini mereka tidak lagi dibenarkan membuat kenyataan sembarangan baik secara lisan dalam blog mengkritik antara satu sama lain. Dan sekiranya keduanya melanggar syarat secara ketara kedua-duanya hendaklah dibuang dari hirerki kepimpinan Pas Selangor. [wm. kl. 11:20 am 26/01/10]

No comments: