Thursday, January 14, 2010

Sokongan Malam

Langkah SPRM Kuatkuasakan Seksyen 29(4) Dialu-alukan

ADA benarnya juga langkah SPRM untuk mendakwa sesiapa yang membuat laporan rasuah kemudian mendedahkan kepada umum kerana perbuatan itu bukan saja menganggu siasatan SPRM tetapi ia juga boleh mengaibkan dan menjatuhkan maruah suspek yang dituduh.

Bila sesutau laporan itu didedahkan kepada umum menyebabkan suspek itu akan dilihat serong oleh orang ramai dan mengaibkan mereka walhal mereka belum tentu bersalah dan belum pun didakwa lagi.

Perbuatan mendedah laporan yang dibuat kepada SPRM ini sebenarnya sudah lama berlaku. Ia juga menjadi berita yang dicari oleh media massa tanpa memikirkan soal moral dan etika profesyen berkenaan. Sesetengah palapor rasuah bukan saja memaklumkan kepada agensi berita tetapi sedia membawa wartawan bersama mereka. Dan wartawan ini pula akan dijamu selepas membuat liputan mengenai pendedahan itu.

Dalam keadaan seperti ini nampak jelas niat jahat si pelapor itu terhadap orang yang dilapornya. Biasanya kejadian ini berlaku di kalangan ahli politik. Sesetengah ahli politik menjadi laporan rasuah terhadap seseorang sebagai modal untuk menjatuhkan seseorang yang lain demi kepentingan politiknya - si pelapor.

Kes-kes melibatkan orang politik boleh dirujuk. Semacam ada perancangan bersama pula antara SPRM dengan individu politik tertentu. Keadaan ini selalunya berlaku bila mana menjelang pilihan raya ataupun tatkala sesebuah parti itu sedang menghadapi pemilihan kepimpinan dalam parti mereka.

Kes-kes yang menimpa orang politik sebelum ini boleh dirujuk dan dijadikan contoh bagaimana ia semacam ada persepakatan antara si palor dengan pihak SPRM. Macam mana SPRM akan bertindak secepat kilat ke atas laporan yang dibuat dan tindakan menyerbu dan menyita pejabat dan rampas dokumen akan disiar meluas dalam media massa. Apakah tujuan semua itu kalau tidak untuk memburukan suspek?

Kita juga sering melihat bagaimana kertas laporan kepada SPRM dipaparkan di kaca tv atau surat khabar dengan ditutup bahagian-bahagian tertentu tetapi mesejnya jelas. Begitu juga salinan mengenai bukti berhubung kesalahan yang dilakukan suspek juga kadang-kadang difotokopikan untuk wartawan dan disiarkan meluas dalam internet.

Saya menyokong tindakan SPRM untuk mengenakan tindakan keras ke atas sesiapa yang mendedahkan laporan yang mereka kemukakan kepada SPRM ini menerusi Seksyen 29(4), Akta Pencegahan Rasuah 1997 itu. Di mana merusi seksyen ini sesiapa yang diapati mendedahkan kes rasuah boleh didenda RM100,000 atau penjara.

Begitu juga cadangan untuk dikenakan tindakan sama kepada wartawan juga wajar. Kerana ada sesetengah tindakan wartawan melampau dan lebih daripada had. Tengoklah apa yang dilakukan oleh tv dan jurugambar akhbar mereka akan mengejar seseorang tertuduh untuk merakam gambarnya. Tertuduh dihurung macam serigala mengejar musang saja lagaknya. Ketidak adilan dalam hal ini jelas sangat.

Sesuai dengan tindakan keras SPRM itu selepas ini kita tidak mahu lagi SPRM akan memberi alasan kegagalan dan kelambatan siasatan ke atas sesuatu kes itu disebabkan mereka diganggu ataupun dihalang oleh mana-mana pihak. Dengan adanya kawalan ke atas fenomena ini SPRM akan lebih mampan dan cekap serta pantas menyelesiakan segala kes yang dilaporkan kepadanya.

Begitu juga dengan adanya Jawatankuasa Penal Penilai Operasi diharap SPRM tidak akan melindungi kes-kes tertentu untuk kepentingan mana-mana pihak. Jawatankuasa ini pula juga diharap telus, berani dan tidak bersedia untuk menjadi hamba dan kuda tunggangan mana-mana pihak. Kata-kata Pengerusi SPRM Abu Kassim Mohamad bahawa beliau tidak akan melindungi sesiapa dan akan bertindak tanpa mengira parti politik sangat dialu-alukan dinantikan. Janganlah hendaknya kata-kata Abu Kassim itu hanya setakat menanam tebu di bibir mulut.

Kalau selepas ini, setelah berkuatkuasanya Seksyen 29 (4) Akta BPR 1997 ini SPRM masih lagi ditakuk lama dan menggunakan alasan-lasan yang sudah basi dan lapok sebagai alasan melindungi kelemahan dan kelembaban mereka maka benarlah tuduhan sesetengah pihak mengatakan SPRM adalah sebagai daripada komponen Barisan Nasional. Kata-kata Abu Kassim itu tidak lebih daripada mengajuk cakap-cakap Pengarah BPR sebelum ini yang hanya tahu berjanji tetapi liat menunaikannya. [wm.kl. 9:40 pm 12/01/10]

No comments: