Monday, January 18, 2010

Susupan Tengahari

Tabik Kepada Soberi
Kadang Pandangan Rakyat Lebih Bernas Dari PM

SAYA angkat tangan kepada kawan saya Mohd Soberi Shafii, yang sudah lebih sebulan ‘dipenjara’ dihospital. Dua minggu di Tawakal, Jalan Pahang dan dua minggu di hospital Selayang. Kalau ikut katanya, dia akan dibenarkan pulang hari ini dan terus menerima rawatan lanjutan semingguan sekali. Penyakit yang dialaminya sungguh mengazabkan baginya dan menginsafkan bagi yang berjiwa halus.

Beliau mengidapi sejenis penyakit yang jarang berlaku, tetapi telah menimpa dirinya. Penyakit 'necroting fratics' yang disebabkan pembekuan darah dan menanah. Sebahagian isi di kaki dan paha kirinya dibuang. Alhamudlilah dengan kesabaran, kecanggihan dunia perubatan beliau hampir sembuh. Proses peladangan kulit penumbuhan daging yang ‘disepak’ buang di kaki kirinya berjalan lancar.

Kos rawatan yang dterpaksa ditanggung bukan sedikit. Dunia hari ini mana ada lagi gratis dari Kerajaan lagi. Slogan rakyat didahulukan.. hanya slogan semata-mata, natijah sebenarnya rakyat didahulukan untuk membayar cukai bukan memperolehi hasil dari cukai yang dibayar. Pelbagai cukai baru dipekenalkan, tidak lama lagi cukai GST pula.

Kerajaan yang miskin menjadi makin kreatif untuk mencari ruang dan lompong buat duit. Jangan kisah rakyat terseksa atau tidak, rasuah asalkan kantong penuh dan boleh bergaya.

Kenapa saya salute kapda Soberi kerana dia rajin dan besemangat tinggi. Sebahagian dari penyakit ditanggungnya penawarnya adalah kekebalan semangatnya sendiri di samping mempunyai seorang jururawat yang special isterinya sendiri Hajah Mahani. Selebihnya yang menjadi ubat kepada si sakit ialah kunjungan rakan dan sahabat.

Terharu saya melihat kesetiaan dan kerajiann isterinya menyebabkan saya merasakan antara Soberi dan isterinya sama-sama sakit!

Nampaknya Soberi tidak keseorangan ada-ada saja sahabat yang menjenguknya. Ini termasuklah dari wakil rakyat Pas, PKR. Malangya orang-orang sekampung dengannya seperti Annuar Musa, Alwi Che Amat masih belum mengetahui yang Soberi terbaring dikatil hospital. Kalau ada pun aktivis parti yang boleh disebut menziarhi Soberi ialah Dr Wan Suhaimi dari To Uban Pasri Mas.

Saya kata saya tabik kepadanya, kerana dalam wad dia masih boleh berfikir dan memberi pandangan kepada kerajaan. Masih mampu membelia nasib insan yang teraniaya dan sebagainya. Masih memantau masalah negara dan mengikut isu-isu politik kontemporari.

Kadang bila membaca catatannya, seakan dia lupa yang beliau hari ini tidak gagah dan berjalan menggunakan tongkat. Inilah semangat seorang pejuang, sakit pedih, luka dan hiba diri sendiri terlupa apabila melihat nasib orang lain lagi terseksa.

Hari ini Soberi mengalunkan jiwa dukalaranya berhubung dengan nasib pekerja asing ke negara. Beliau merasakan pelik dengan tindak kerajaan untuk mengatasi masalah lambakan pekerja asing. Katanya sudah silih berganti menteri bertanggungjawab bertukar ganti tetapi masalah lambakan buruh asing dan PATI masih terus berlalu.

Beliau tidak menghurai lanjut kenapa berlaku masalah lambakan ini. Tetapi saya ada rahsianya. Jawabnya mudah saja kerana orang tertentu yang mempunyai kuasa dalam kerajaan dan politik Umno telah menjadikan pendatang asing sebagai sumber rezeki untuk memelihara anak isteri.

Perdagangan manusia susah lama berlaku di negara ini. Kalau sebelum ini kita hanya mendengar perdagangan orang menerusi pelacuran, GRO tetapi ia juga berlaku dalam soal boroh asing.

Malahan perdagangan orang (buruh asing) lebih terhormat, mulia dan mudah mendapatkan keuntungan. Seperti mana didedahkan Soberi belum pun buruh itu mendarat di negara ini para “Husin Lempoyang”, ini sudah menerima wang yang dibayar atas nama levi pekerja asing.

Sehinggakan hari ini sebanyak 50,000 pedatang asing yang diambil wang levi tetapi malanya calling visa dibatalkan. Ekoran pembatalan itu menyebabkan pendatang asing berkenaan tidak dibenarkan masuk. Sadisnya wang bekerkenaan sudahpun masih ke dalam perbendaharaan negara.

Soberi bersetuju dan kita semua bersetuju kalau kerajaan menghadkan, malahan menutup terus pintu kepada pekerjaan asing sebab mereka mendatangkan masalah sosial. Tetapi untuk tidak membenarkan yang 50,000 buruh yang wang mereka sudah diambil satu penganiyaan dan zalim.

Harapan untuk pekerja ini mendapatkan semula wangnya amat tipis sekali. Wang itu sudah masuk ke dalam poket pedagang dan setengahnya sudah jadi tahi, yang kemudian tahinya di makan ayam (kalau di kampung) dan ayam itu dimakan pula oleh pedagang itu sendiri, diberak dimakan ayam lagi dan dimakan oleh pedagang itu lagi. Ringkasnya wang itu sudah lebur.
Disini di manakah intergriti kita sebagai sebuah negara Islam dan sebagai seorang penghadap Kiblat, begitulah soal Soberi?

Saya akui apa yang Soberi tulis mengenai betapa susahnya seseorang pekerja asing baik dari Bangladesh, India, Nepal atau Myamar untuk datang berkerja di sini. Mereka bukan datang dari keluarga mewah dan dari bandar-bandar besar. Kebanyakan mereka nun jauh di pedalaman.

Saya pernah bertanya kepada seorang pekerja asing dari Nepal. Menurutnya kampungnya beratus batu dari Katmadu. Untuk sampai ke Katmadu terpaksa naik bas dua hari dua malam. Untuk keluar ke jalan besar mendapatkan bas kena berjalan setengah hari.

Mereka juga terpaksa membayar wang (levi) di mana untuk mendapatkan wang ini sesuatu yang menyeksakan. Ada yang terpaksa menggadai tanah, jual lembu atau pun bergadai barang kemas isteri atau ibu. Setiap seorang dari mereka memerlukan antara RM3,000 hingga RM5,000 untuk datang ke Malaysia.
Bayangkan betapa teseksanya mereka kalau datang sini tidak ada kerja apa lagi kalau wang mereka diambil tetapi tidak akan dipulangkan?

Adalah baik juga kalau Muhyiddin Yassin, Hishamuddin Hussein, Mustapa Mohamad, hatta Najib Razak sendiri melihat pemasalahan ini. Kan Soberi ada jalan penyelesaiannya, dia ada kertas penyelesaian, apa kata kalau kerajaan memanggilnya untuk melihat apakah cadangan beliau itu. Ada kalanya cadangan rakyat marhen lebih bernas dari pandangan seorang Perdana Menteri sendiri. [wm.kl. 1:55 pm 17/01/10]

1 comment:

firdaus said...

seperti mencurah air ke daun keladi

apa yang nak diharapkan kepada menteri-menteri kini

zaman penswastan bermaharajalela kini apa benda yang boleh dianggap sebagai free ???

nak masuk tandas pun kena caj....

tuan mso sendiri nukilkan jangan percaya lagi kepada ahli politik, tetapi apakah pilihan yang sebetulnya kita ada

kerajaan yang dibentuk mestilah melalui PRU dan akhirnya orang politiklah yang kena lakukan segalanya..

akhirnya tahulah kita bukan soal pilihan yang ada tapi apakah yang wajar kita kena buat !

saya tak bermaksud nak biadab, tetapi cadangan dari tuan Soberi itu hanyalah kepada sekian banyak cadangan yang takkan didengar oleh kerajaan dan hanya dipura-pura dengar oleh Najib...