Sunday, March 21, 2010

Renungan Ahad

Terkenang Ibrahim Bila Bersama Zaid

MALAM tadi saya ke Borga dekat Lenggeng Negeri Sembilan untuk mengikuti ceramah Zaid Ibrahim. Zaid sudah mula turun ke bawah putar seluruh Malaysia. Dia sudah jadi macam Ibrahim Ali mula-mula kena buang dari Umno dulu. Orang Pas sana sini jemput Ibrahim untuk berceramah. Apa lagi bagi Ibrahim macam orang mengantuk disorong bantallah, pelawaan itu diterima dengan kecil telapak tangan nyiru ditadahkan.

Ke pelusuk mana Ibrahim tidak masuk. Asal jemput saja, dia akan hadir. Jemputan itu memberi kekuatan dan mengubati hatinya yang terluka. Pernah di Johor dalam kawasan Felda kehadiran ceramah Ibrahim Ali hanya 23 orang saja. Tetapi Ibrahim dengan caranya, dia tidak peduli 23 orang ataupun 23,000 nada ceramahnya sama. Bak ni semua orang kena salute kepadanya.

Ibrahim gunakan pentas Pas untuk lanyak Najib Razak, Rosmah Mansor dan juga Abdullah Badawi. Saya masih ingat maki hamun Ibrahim kepada Abdullah; katanya Pak Lah lembek, tak berapa 'hidup'. Bahasanya sungguh kesat. Manakala rambut Rosmah pula disamakan dengan 'kerabu sarel', sejenis rumpai laut yang diawet dan boleh dimakan. Banyak dijual atas pasar Siti Khadijah di Kota Bharu. Apa yang Ibrahim nak cerita Rosmah tidak tutup aurat dan suka bergaya tidak kira tempat.

Najib pula dihamun sebagai orang yang mengada-ngada. Semasa pilihan raya kecil Pengkalan Pasir, Najib digambar seorang warak sampai sembahyang Subuh dua tiga kali sehari kerana nak menggoda pengundi Pengkalan Pasir. Pendeknya pentas Pas yang digunakan Ibrahim dua tiga tahun lepas untuk mencincang lumat Najib, Rosmah, Mustapa Mohamad, Awang Adek dan juga Abdullah Badawi. Awang Adek digambarkan sebagai Awan 'agah' perut buncit hisap corok besar betis!

Bagi Ibrahim, Dr Mahathir Mohamad maksum, tidak pernah beliau tegur dan mengkritik walaupun sejuring. Sebab apa, kerana Mahathir berbudi kepadanya. Mudah saja kalau untuk selamatkan dari dilezer mulut Ibrahim hulur duit dua tiga guni maka akan senyaplah dia. Dalam konsep politik Ibrahim duit akan melenyapkkan kebatilan dan kebenaran!

Saya berkesempatan mengikuti hampir seluruh ceramah Ibrahim atas platform Pas. Jadi apabila malam tadi saya mendengar ceramah Zaid di tempat yang sama, regu yang sama iaitu Idris Ahmad, Ketua Penerangan Pas, Ibrahim cermaah menyebabkan saya teringat kepada Ibrahim Ali dua tiga tahun lepas. Begitulah Ibrahim bermula, mencari ruang dalam Pas membina semuala maruah politiknya yang diinjak-injak oleh Umno. Beliau sanggup turun ke ceruk kampung mana sekalipun.

Sambil mendengar ucapan Zaid saya berdoa semoga Zaid tidak akan jadi seperti Ibrahim Ali. Semoga Zaid terus istiqamah dengan perjuangan baru untuk membela rakyat bersama Pakatan Rakyat. Perbezaan paling ketara ialah Zaid berprinsip berbanding Ibrahim. Dia berdiri malam tadi juga atas parti PKR yang disertainya. Dia bukan berdiri tanpa ada pacang dan alang-alang yang jelas macam Ibrahim dulu. Jadi orang ramai tidak perlu guaru kepada Zaid.

Perbenzaan ini menyebabkan saya yakin Zaid lebih iklas dan jujur berbanding dengan Ibrahim. Zaid tidak mengharapkan lebih daripada apa yang beliau ingin perjuangkan. Tentunya dia tidak mengharap kedudukan, baksis atau wang ringgit seperti mana Ibrahim yang senantiasa pelahap dengan wang ringgit.

Alasannya mudah sahaja, keadaan Zaid tidak sama dengan Ibrahim. Zaid dipecat dari Umno selepas beliau menentang beberapa dasar dan polisi Umno atau selepas cadangannya untuk mewujudkan kerajaan yang telus ditolak. Dia menentang itu pun dalam kedudukan dia sebagai menteri. Berbeza dengan Ibrahim. Dia dipecat kerana Umno benci dan tidak percaya kepada pendektan dan fiil perangainya. Saya berani 'bertaruh' kalau Ibrahim dalam kedudukan seperti Zaid, menjadi anggota kabinet beliau tidak akan letak jawatan dan akan menjadi pak pandir, pak kadok, hatta pak ka kepada Umno kerana nak jaga kedudukannya.

Hari ini pun Ibrahim menginding untuk menyertai Umno semula dengan berbagai cara dan sandiwara adalah kerana mengharapkan jawatan menteri. Cuba Umno tawarkan satu kerusi menteri, tak kisah menteri apa hatta menteri jaga katak, burung dan cicak pun dia akan terima dan bangga.

Perbezaan Zaid dengan Ibrahim, Zaid cuba membawa perubahan kepada Umno dan sanggup mengorbankan kedudukannya. Zaid berhasrat membaiki Umno dari kekotorannya manakala Ibrahim rela berada dalam kekotoran Umno asalkan ada sedikit jawatan dan dia oleh suvive. Ibrahim pula sedia ikut arus Umno asalkan kedudukannya kekal. Sayangnya kerana Umno benci kepadanya, tidak suka kepada karektor politiknya Umno memecatnya dengan didahului tidak dilantik menjadi Ketua Penaja Umno Pasir Mas. Itu bezanya.

Apabila pertama kali ke ceramah Zaid semalam timbul kebimbangan kepada saya apakah beliau akan jadi seperti Ibrahim juga nanti? Namun setelah mengukur, melihat sekeliling, ternyata antara Zaid dengan Ibrahim jauh berbeza. Sebelum ini pun saya pernah menyatakan Zaid lebih berprinsip dan bermaruah daripada Ibrahim. Beza mereka berdua sejauh langit dengan bumi.

Dalam konteks Kelantan pula Zaid adalah orang yang berjuang untuk mendapatkan royalti minyak, Ibrahim pula orang yang berjuang untuk mengagalkan Kelantan mendapat royalti minyak. Walaupun orang Pas, PKR yang sebelum ini begitu terhibur dengan Ibrahim yang direcycle untuk kegunaan sementara tetapi terpaksa menerima keadaan pahit bila Ibrahim mengkhianti Pas dan Pakatan Rakyat, namun kehadiran dan kesediaan Zaid untuk turun ke bawah seperti dihantar Tuhan untuk mengubati hati orang Pas dengan ketiadaan Ibrahim.

Kepada Zaid dan juga Ibrahim selamat berjuang! [wm.kl. 8:40 am 21/03/10]

1 comment:

Unknown said...

salam tuan MSO

terima kasih kerana membantu saya menilai saudara Zaid. sudah lama saya cuba mengikuti perkembangan saudara Zaid tapi tiada keputusan untuk saya mempercayai dia.

saya sudah serik kerana ramai orang kuat umno menyeberang parti tapi tidak kemana kerana kepentingan yang tidak tercapai.

mudah melatah dengan pergolakan dalaman dan cepat mengambil tindakan. tindakan pula hanya bertujuan mennghancur individu yang mereka dendam. menghentam selumat lumatnya.

puas hati mungkin dengan tindakan yang dibuat. tak sedar diri seolah mengisytihar pejuang peribadi bukan pejuang parti yang di dokong sebelum ini.

berharap sangat saudara Zaid tidak seperti individu ini. berjuang untuk parti. dahului parti walau apa terjadi. parti adalah lambang perjuangan tetapi kita hanya insan kerdil sama-sama menumpang perjuangan.

dianta umat yang hanya sekelumit menabur bakti. tak perlulah membesar diri. umat menilai kia

sekian