Tuesday, August 3, 2010

Laporan Lewat

Bekas Adun Permatang Yang Mati Kena Tembak

BEBERAPA orang penjenguk blog ini menghubungi saya mahu pengesahan berhubung kematian Abdul Aziz Mohd Noh, 64. Banyak penjenguk yang keliru mengira yang mati ialah Adun Pematang sekarang, Sulaiman Abdul Razak.

Sebenarnya yang mati dalam kejadian itu jam 11:00 pagi tadi ialah bekas Abdul Aziz Mohd Nor, bekas Adun Permatang. Aziz menang kerusi itu dalam pilihan raya 2004.


Seperti mana dijelaskan polis beliau meninggal kerana tembakan di bahagian badanya di dalam sebuah kereta. Turut sama ditemui bersama beliau ialah Siti Rohana Ismail, 43 bekas pembantunya. Siti Rohana juga seorang ibu tunggal beranak tiga. Dua kesan tembakan didapati di kepala Siti Rohana.

Kejadian itu berlaku ketika keduanya dalam perjalanan ke satu majlis di Tanjung Karang. Menurut polis tidak ada orang lain dikesan dalam kejadian itu. Ini menimbulkan keadaan misteri. [wm.kl. 8:30 pm 03/08/10]

No comments: