Monday, August 23, 2010

Laporan Lewat

Wakil Rakyat Umno, PKR dan Pas
Berpakat Usung Jenazah


SAYANG gambarnya tidak ada. Kalau ada ia mungkin boleh dijadikan teladan dan iktibar yang cukup baik. Ia juga boleh dijadikan bukti bahawa orang Melayu masih bersatu dan dapat bekerjasama dalam hal-hal keagamaan dan kemanusiaan. Mereka boleh bergaduh dalam hal lain tetapi boleh sepakat dalam hal lain.

Seorang kawan yang menghadiri solat jenazah abang Daud Kedai Piah, Kota Bharu Kelantan Sabtu lalu telah memberi tahu yang tiga orang wakil rakyat sama-sama mengusung jenazah abang Daud turun dari rumah sebelum disambung orang lain ke tanah perkuburan.

Mereka ialah ahli parlimen Ketereh, Abdul Aziz Kadir, Adun Umno Kok Lanas, Alwi Che Amat dan Adun Pas, kadok, Azami Mohd Nor. Kejadian ini adalah satu sejarah bagi penduduk di Parlimen Ketereh khasnya dan Adun Kadok amnya.

Kehadiran mereka tidak dirancang dan masing-masing hadir atas tanggungjawab sebagai seorang Islam dan juga selaku peranan wakil rakyat yang senantiasa mempedulikan rakyat.

Bagi Alwi walaupun kawasan di luar kawasan abang Daud tetapi beliau hadir atas hubungan waris antara beliau dengan cikgu Daud. Manakala Abdul Aziz pula selaku ahli Parlimen. Kedai Piah berada dalam kawasan parlimen diwakili Aziz.

Begitu juga kedatangan Azami atas kapasititnya sebagai wakil rakyat kawasan Kadok di mana abang Daud merupakan pengundi di dalam kawasannya. Sikap kepedulian Azami tanpa mengira warna parti anutan cikgu Daud boleh dibangga dan diberi pujian.

Abang Daud seorang tokoh politik yang terkenal di era 70-an dan 80-an. Beliau dikenali ramai serta diugeruni kerana ketegasannya. Allahyarham juga seorang ahli politik tempatan yang dimalui ramai.

Kerjasama sepontan antara tiga wakil rakyat itu sungguh istimewa dan tentu menyentuh hati mereka yang memandangnya. Ia mungkin boleh dijadikan ilham untuk membentuk kerjasama antara Melayu dari tiga fraksi politik berbeza, PKR, Umno dan Pas. Kalau dalam soal-soal keagamaan dan kemanusiaan boleh bekerja sama, saya tidak fikir dalam politik perkara yang lebih penting untuk survival Melayu kalau mereka tidak boleh bergabung.

Sejahat mana atau sebenci orang Melayu kepada Melayu lain tetapi orang Melayu tetap berhak untuk solat jenazah dan mengusung jenazah ikhwannya, tanpa ada yang tergamak mencegahnya. Bagaimana pun sebaik dan seakrab mana seseorang Melayu dengan bukan Melayu - bukan Islam kawan itu tidak berhak (boleh) untuk solat dan tidak manis untuk mengusung jenazah ke tanah perkuburan.

Apakah sehinggakan orang Melayu berdepan dengan tradegi seperti kematian itu baru hendak bersatu? Al fatihan atas kematian abang Daud. [wm.kl. 7:50 pm 23/08/10]

3 comments:

Cikgu Di said...

Amat menarik catatan anda MSO kali ini bila penyatuan kepala ahli politik datang bersama mengusung mayat terjadi di Ketereh. Tapi kalau tempat lain jangan harap berlaku demikian. Anda juga tahu bukan, kalau sudah taksub mana mungkin ianya terjadi....itu hanya akan berlaku bila neraca fikir dapat mengimbangi fitrah dan tuntutan Islam sejati tapi bukan menjadi parti berlebel Islam.

Ibni Ismail said...

Mungkinkah akan terjadi 134 (60%) ahli parlimen beragama islam (UMNO,PBB, PAS, PKR,Bebas) menubuhkan kerajaan Islam untuk kali pertama dalam sejarah? Antara hikmah PRU 2008 adalah islam utk kali pertama menjadi majoriti tertinggi. 60% itu satu peratusan yg tertinggi (jika saya tersilap, sila betulkan). Jika mereka ini (yg 60% Ahli parlimen islam) gagal jalankan amanah sebagai khalifah maka jawablah nanti di hari kemudian.
Berkaitan dgn tuntutan MCA tempohari, ianya hanyalah strategi utk pastikan PM tunduk kalau tak semua tapi sebahagian tuntutan mereka. Almaklumlah, PM sedang termenung kerisauan memikirkan bagaimana bajet 2011 hendak diluluskan hujung tahun ini tanpa sokongan bukan islam di dalam BN. Islam dalam BN hanyalah lingkungan 40% sahaja. Harapan saya agar PAS main peranan utk menekan Najib agar tunduk pd tuntutan PAS sebagai syarat menyokong luluskan bajet 2011. Inilah peluang terbaik utk PAS pastikan bajet kali ini ikut acuan Islam PAS. Ayuh Ulamak ulamak dalam PAS, guna kuasa yg ada sewajarnya. Inilah peluang yg tak selalu akan Islam perolehi. Buktikan bahawa Islam adalah keutamaan kalian.

Ku ingat Taqwa said...

setuju ibni ismail