Tuesday, August 24, 2010

Sebelum Berbuka 4

Perkembangan Mengenai Seorang Ketua Bahagian Umno Terima Rasuah Sex

POSTING mengenai berita yang masih dalam penyiasatan, Umno Kelantan Bakal Terkejut Besar, ekoran seorang Ketua Umno Bahagian di Kelantan dikatakan menerima rasuah sex nampaknya menjadi berita hangat. Jumlah pelawat dan penjenguk ke blog Merah Tinta dan lain-lain blog yang link berita berkenaan juga meningkat ketara.

Saya sendiri jadi tidak senang duduk. Sehingga kini lima ketua bahagia Umno Kelantan atau wakil mereka menghubungi saya inginkan kepastian siapakah ketua bahagian berkenaan. Itu tidak termasuk penjenguk dan ahli politik termasuk ternama menghubungi menerusi SMS ingin mengetahui isi lanjut mengenai berita itu.

Ada yang merayu-rayu minta saya menyebut namanya. Berita itu nampaknya menganggu kepala banyak orang dan mengurangkan dosa pahala Ramadhan. Jelas dari ketua bahagia atau wakil mereka yang menghubungi saya kelihatan cemas dan bimbang. Kenapa? Hanya mungkin Mat Maslan yang tahu!

Dijelaskan setakat ini blog ini belum bersedia mendedahkan nama ketua bahagian berkenaan. Tunggulah siasatan selesai dijalankan. Walaupun gambar wajah ketua bahagian itu sudah ada dalam simpanan saya, tetapi belum 'tergamak' untuk mendedahkannya.

Yang agak lucunya dalam teka teki berbagai andaian dibuat. Paling melucukan ada orang tertentu menuduh ianya Mustapa Mohamed, ketua Umno Kelantan sendiri.

Di sebuah kedai kopi di Bachok berlaku bercakapan dan telahan berkenaan selepas terawih malam tadi. Seorang telah berseloroh mengatakan ia mungkin Mustapa Mohamed. Manakala seorang lain menolak keras. Bagaimana pun seorang pengujung kedai kopi membalas mengatakan, dalam politik tidak ada yang mustahil. Begitulah lapor sumber di Bachok.

Tambah beliau ada orang nampak warak tetapi perangai macam syaitan, ada pula yang perangai brutal tetapi beriman.

Selain itu ada juga panggilan memberi tahu kononnya mereka juga ada beberapa kes lagi membabitkan ketua bahagian Umno di Kelantan. Kes itu juga membabitkan skandal dengan isteri orang, ajak pramugari bercuti di Langkawi selepas kalah pilihan raya, memilik rumah besar di KL dan sebagainya.

Diingatkan apa-apa andaian mengenai berita yang dipostingkan itu bukan di bawah tanggungjawab saya. Saya hanya akan mendedah berdasarkan fakta dan maklumat yang jelas. Pendedahan mengenai keburukan orang politik ini bukan saja terbatas kepada ketua bahagian Umno saja tetapi ketua kawasan Pas juga tidak akan dibiarkan.

Sabarlah menunggu kerana tidak akan lari gunung dikejar! [wm.kl. 6:40 pm 24/08/10]

3 comments:

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum tuan. Cerita ini memang best. Politik Malaysia memang kaya dengan cerita macam ni. Hakikatnya cerita inilah yang bernar-benar mewarnai politik Malaysia khususnya orang Melayu berbanding dengan kerja-kerja yang dibuat oleh politik Perkasa yang hampas tu.

Maknanya, majeriti rakyat Malaysia khususnya memang masih bencikan kehancuran akhlak pemimpin mereka. Biar jahat macam mana pun seseorang individu itu, mereka tetap tidak mahu pemimpin mereka jahat macam mereka. Ia tak kira sama ada dalam UMNO mahu PAS sama saja. Jadi kalau ada orang PAS yang macam tu patut dibelasah dengan cara yang mungkin lebih kasar lagi sebagai paengajaran untuk umaat Islam dan orang yang mengatakan mereka berjuang Islam.

Kesimpulannya, di hati orang melayu islam masih ada sifat paling lemah sebagai orang beriman. Alhamdulillah. Oleh itu mari kita pertingkatkan iman masing-masing.

ANAFAKIR said...

Tuan MSO makin berteka teki tetapi dlm sedar atau tidak Tuan MSO sebenarnya telah mendedahkan sikit demi sedikit siapa Ketua Bahagian berkenaan."Dalam tawa ada seriusnya,dalam gurau ada maknanya." Cuma antara sedar atau tidak,antara perasan atau tidak,antara bijak atau tidak...hebat Tuan MSO ni.Apa pun,mmg isu ini menjadi perhatian ramai terutama Ketua2 UMNO Bahagian di Kelantan. Mungkin yg sudah menelefon itu pun salah seorg yg terlibat cuma buat2 tidak tahu...hehehehee.mana tau kan?.

Ryzal72 said...

Assalamualaikum Tuan,
Agak lama saya tidak mengunjungi blog ini lantaran kesibukann saya tertarik dengan isu ini...bukan apa kerana hipotesis saya sebelum ini ternyata sentiasa benar iaitu orang politik tak kira kerajaan/pembangkang akan tidak boleh lari daripada skandal yg membabitkan wanita...tak kiralah skandal seks ke...skandal wang ke, skandal penyelewengan ke hatta skandal penjualan rahsia kerajaan US kpd agen KGB juga oleh kerana wanita. Ianya cukup menarik untuk dianalisa. Btw, bagi saya plot cerita oleh tuan adalah sama n biasa dalam kes mana2 skandal so saya tak teruja sangat, yg saya teruja n tergelak ialah bila tuan memasukkan nama mat maslan, Ia cukup mengelikan saya....tak tahulah MENGAPA. Apakah dia seorang yg ada cukup Macho sehingga menarik perhatian tuan hahahhaha! Maaf kerana tergelak2 dalam bulan yg mulia ini.