Monday, August 2, 2010

Selepas Subuh

Peruntukan RM15 Juta Untuk Media
Boleh Juga Dihulur Kepada Reformis


SEMALAM saya 'terpergi' ke dialog refomis dengan Anwar Ibrahim yang diadakan di rumah bapa Anwar, Pak Yim di Country Height, Kuala Lumpur. Saya terpergi kerana diajak oleh seorang kawan kenalan rapat Rosli Ibrahim, adik Anwar. Saya tidak diajak secara rasmi kerana saya bukan tergolong dalam kumpulan reformis?

Ahli yang ikhtiraf sebagai reformis ialah mereka yang merancang untuk mengadakan tunjuk-tunjuk perasaan tahun-tahun 1998 hingga 2004, selepas Anwar dipecat dari Umno dan ditahan dalam penjara. Saya juga tidak tahu 'keahlian' reformis ini didasarkan kepada apa. Mungkin tidak cukup dengan menyumbangkan berbagai perkakas reformasi termasuk buku, risalah, poster atau air mineral dalam tempoh itu untuk memperjuangkan pembaharuan yang diilham Anwar bagi dianggap sebagai ahli.

Saya terpergi kerana ingin berjumpa sahabat lama yang sama-sama berarak dan mengangkat sepanduk. Bertempik, lari kemudian disembur water cannon. Tentu ada ramai kawan pada majlis itu, itu fikir saya. Kehadiran di majlis itu tidak seberapa. Tidak sampai suku daripada kelompok reformis. Refomis sudah pun berkurangan. Ada muka-muka yang baru muncul selepas PKR menang menjadi kerajaan di Selangor khasnya. Mungkin juga kerana majlis itu diadakan secara tergesa-gesa dan kurang publisiti maka ramai reformis yang jauh tidak mampir.

Tetapi mereka yang hadir semalam adalah hard core. Mereka yang gigih dan juga degil. Berjiwa Bugis. Majlis itu dipengerusikan oleh Zunar Kartun dengan diapit oleh Saari Sungip alias Pak Abu. Adun Hulu Klang. Mungkin mereka dianggap sebagai ketua dan timbalannya.

Saya tidak perhati sangat kepada butiran dialog. Tetapi memerhati kepada wajah-wajah yang hadir. Masih ada dan ada yang tidak ada. Beberapa orang yang ingat dan kenal saya bersalaman dengan saya. Mereka ini cukup saya camkan sebagai refomis yang gigih dan berani serta kuat berkorban untuk pembebasan Anwar.

Apa yang mengejutkan saya seorang refomis wanita, Azah diberitakan sudah meninggal. Katanya Azah meninggal sewaktu pilihan raya kecil Bukit Selambau, Kedah. Saya mengenali Azah kerana dia pernah ke rumah bersama Mek (orang Kelantan) untuk ambil buku untuk dijual di Masjid India atau pada setiap Sabtu hari demonstrasi di Jalan Tuanku Abduk Rahman. Mek seorang refomis juga tidak ada, jejaknya tidak dapat dikesan. Begitulah menurut seorang reformis dari Temerloh yang lupa namanya tetapi sangat familiar wajahnya.

Nora, Azah, Mek, Yues dan beberapa wanita lain adalah antara refomis yang keras dan degil. Beberapa kali diheret ke dalam black Maria atau pun dihadap ke mahkamah. Nora misalnya sampai dipaksa telanjang oleh polis dalam lokap, tidak juga serik.

Mereka ini tidak pernah serik. Orang seperti Nora lebih 10 kali ditahan polis tidak pernah gentar dan insaf. Kadang kadang saya tidak tahu apa yang beliau sendiri perjuangkan. Anak ramai, kerja tetap tidak ada. PKR pula tidak membantunya. Pernah saya terjumpa dia memanjat tangga untuk berjumpa seseorang di suatu majlis di Putrajaya kerana ingin meminta bantuan untuk persekolahan anak-anaknya.

Saya tahu orang seperti Nora dan lain-lain datang kerana bernostalgia. Mereka seronok kerana perjuangan mereka untuk membebaskan Anwar sudah berjaya. Lebih dari itu mereka mengharap PKR parti dokongan Anwar akan menjadi kerajaan yang adil dan saksama bagi mengganti kerajaan BN yang pada mereka huduh. Matlamatnya mereka mahu melihat kerajaan BN runtuh. Itu saja.

Mereka tidak mengharap apa-apa lebih berharga dari itu. Dalam kepala refomis, bukan seperti apa yang tertungging dalam kepala ahli politik yang mahukan kuasa, kedudukan dan menghimpun harta benda. Mereka berjuang kerana semangat dan keyakinan mereka. Mereka bangkit dan bangun sendiri tanpa dipujuk-pujuk atau dijanjikan kebendaan. Berbeza dengan ahli politik yang munafik sepanjang masa, datang hanya sesudah nasi dan gulai sudah masak. Selepas kenyang 'mentankedarah' mereka akan berlalu meninggalkan kawah dan periuk tidak berbasuh... membawa perut busuk.

Justeru apa yang mereka dialogkan semalam adalah perlu diberi perhatian. Mereka menyuarakan kebenaran untuk semua dan bukan bersifat peribadi. Adalah wajar kalau Anwar ataupun PKR atau Pakatan Rakyat mengambil kira pandangan mereka. Laksana dan bukan saja catat.

Sehubungan dengan itu bila mengenangkan nasib para reformis terutamanya yang bertanggungjawab dalam membantu penerbitan bahan-bahan menyokong reformasi seperti buku, blog ataupun akhabar ... perlu diberi perhatian sama. Paling penting ialah kepada bloger atau mereka yang membangun web sendiri semata-mata membantu perjuangan reformasi. Mereka ini patut juga dibantu dan bukan saja diperahkan tenaga dan idea mereka.

Misalnya salah satu laman web atau blog yang saya kira cukup istiqamah membantu reformasi ialah Laman Marhean. Laman ini adalah paling lama dan paling tua. Pembangunnya melambangkan kegigihan sebagai seorang pejuang tulen. Namun tidak diketahu siapa pembangun dan tuan punyanya.

Itu boleh dicari. Pembangun lama ini perlu dibantu walaupun tuan punya tidak pernah meminta. Kegigihan, kesungguhan pengendalinya mengendalikan laman ini bukan saja perlu dipuji tetapi dibantu dengan sewajarnya termasuk wang ringgit. Biarlah dia tidak meminta tetapi kerajaan yang baik harus menghulur. Kerja yang dilakukan bukan mudah, ia membuntuhkan kemahiran serta kerajinan yang giler. Sejauh manakah Pakatan yang didokongnya memerhati kepada nasib laman ini? Tidak diketahui.

Baru-baru ini kerajaan Selangor memperuntukan RM15 juta untuk membantu penyebaran maklumat bagi menangkis fintah dan adu dombak gila-gila oleh UBN. Peruntukan itu walaupun tidak sebesar mana dalam konteks untuk melawan UBN tetapi cukup sebagai permulaan. Wang itu hanya disalurkan sebaik mungkin. Saya bimbang wang itu hanya mengalir kepada media tertentu sahaja tanpa melihat sama media kecil seperti bloger, ataupun penerbitan lain yang selama ini sudah lama bertungkus lumus mempertahankan reformasi (Pakatan Rakyat) seperti Laman Marhaen itu.

Adalah malang dan menyedihkan kalau wang itu hanya diberikan kepada media rasmi sahaja yang kewujudannya kita tahu kerana proposal selah wujudnya kerajaan, selepas Anwar keluar penjara tetapi bukan yang berjuang dari bawah yang bertolak dari ihsan dan rasa sukarela. Mungkin tidak salah kalau kerajaan Selangor mengenal pasti pejuang refomasi yang menggunakan media atau blog untuk dibantu sama.

Akhirnya al Fatihah kepada Azah, Muhayat Kuala Selangor, Umar Khattab dan lain-lain reformis yang sudah pergi mendahului yang lain. Al Fatihan. [wm.kl.7:00 am 02/08/10]

2 comments:

MKA said...

Assalmualaikum,
AlFatihah buat reformis Azah dan selamat berjuang untuk reformis Nora dan terus berjuang. Persoalannya disini, ditakdirkan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri satu hari nanti apa akan terjadi kepada reformis-reformis seperti Nora dan yang laini-lain.Orang yang berjuang dengan jujur dan iklas seperti Nora ini hanya akan jadi Lagenda apabila mereka telah meninggalkan kita. Perjuangan dan pengorbanan mereka akan dijadikan sejarah sahaja.
Seperti yang tuan katakan terjumpa dengan Nora di Putra Jaya sudah tentu beliau cuba mendapatkan bantuan dari kerajaan untuk anak-anak beliau.
Adakah selepas beliau tidak ada lagi didunia ini barulah Pakatan Rakyat akan menghulurkan bantuan.
Inilah persoalannya..
Jadi kepada semua reformis sila reformiskan Pari keadilan sebelum anda reformiskan negara kita wassalam.

Kedahlanie said...

Bila tuan sebut sahaja Laman M@rhaen kami terasa sungguh tersentuh hati dimana sekarang ini tuan empunya sedang merintih merayu untuk bagi menghidupkan lagi web tersebut... tetapi bila dilihat kini ianya sudah koma hampir mencecah 2 bulan... dan setelah kami bertanya khabar mengapa laman kendalian beliau sudah tak ber update maka didapati PC beliau telah 'kong' untuk kali yg ke tiga... dan beliau seperti sudah ingin menarik diri dari dunia online atas apa yg berlaku...

namun selepas berbincang secara online kata putus telah diperolehi dan SATU GERAKAN KUTIPAN KILAT TELAH DILAKUKAN UNTUK MEMBOLEHKAN BELIAU MEMPEROLEHI PC BARU...

Setelah seminggu kutipan tersebut digerakan skrg ini kutipan baru mencecah RM500 sahaja...dan sudah 2 hari tiada sebarang sumbangan masuk.....

Jika dilihat dengan keadaan sokongan skrg seandainya seorang sekadar menyumbang RM10 shj kami rasakan segalanya akan menjadi kenyataan..namun beginilah nasib sebuah laman yg berjaya marak dipersada negara untuk menangkis serangan UMNO/BN namun kini begutulah nasibnya....

kami juga tidak tahu apa akn berlaku dgn KedahLanie di kemudian hari.....

ini petikan dari fb beliau :
Assalamualaikum. Jumlah sehingga t/hari kelmarin: RM477.50. Saya dimaklumkan, tiada sumbangan tambahan hingga pg ini. Infak /Sumbangan boleh dibuat melalui PayPal (button di Laman M@RHAEN http://www.marhaen.info/v2 atau ke akaun pemegang amanah, di MayBank a/c No: 152068773478. Wassalam