Friday, August 6, 2010

Susupan Petang

Kalau Musa Hassan Berhenti Pembangkang Tetap Juga Tak Untung?

KETUA Polis Negara, Musa Hassan (foto) kata dia tidak ada maklumat apakah kontraknya akan disambung setahun lagi selepas tempoh kontrak yang sudah disambung sebanyak dua kali berakhir 21 September depan. Begitu juga Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Mahmood Adam tidak ada apa-apa maklumat mengenai hal itu.

Kenapa perkara ini timbul? Semacam ada pihak yang tidak suka kalau Musa Hassan tidak disambung perkhidmatnnya sebagai ketua polis negara. Dan semacam pihak tertentu akan mendapat keuntungan kalau ketua polis negara bukan orang bernama Musa Hassan.

Dalam hal ini pihak pembangkanglah yang seronok kalau Musa Hassan tidak jadi Ketua Polis Negara. Sebabnya tentulah kerana Musa Hassan turut terlibat dalam beberapa kes membabitkan pihak pembangkang terutamanya Anwar Ibrahim. Penglibatan itu selamanya menyebabkan ketulusan Musa Hassan menjadi persoalan.

Pembabitan Musa Hassan itu menjadi persoalan dan timbul rasa kurang senang. Kalau kontrak Musa diteruskan tentulah pihak pembangkang tidak senang. Pembangkang meletakkan harapan besar kepada jawatan KPN untuk mendapat keadilan.

Malang bagi pembangkang kerana khabarnya Musa akan terus jadi KP kerana tiada calon untuk jawatan itu. Perdana Menteri, Najib Razak juga katanya senang dengan pencapaian Musa Hassan.

Sebenarnya kalau tak ada calon bohong. Tetapi alasan kalau Musa disambung ialah kerana Perdana Menteri senang dan suka kepada Musa Hassan. Semuanya terletak kepada Perdana Menteri. Kalau seribu kali pembangkang tidak suka, tetapi kalau PM suka ia akan diteruskan. Musa Hassan akan disambung kontraknya setahun lagi.

Mungkin pandangan saya berlain dengan pembangkang dalam hal ini. Saya tidak nampak pembangkang akan mendapat manfaat jika Musa Hassan tidak jadi KPN. Sesiapa saja yang jadi KPN selagi PMnya dari UBN, maka ia tidak akan menguntung atau memberi kelebihan kepada pembangkang, Ketua Polis tetap akan berpihak kepada kerajaan dan PM. Ketua polis akan dengar PM daripada ketua pembangkang.

Jadi kalau pembangkang berharap mereka akan mendapat untung dan sedikit ruang kalau bukan Musa Hassan jadi KPN itu hanya angan-angan saja. Itu hanya ilusi saja. KPN akan berubah dan memberi sokongan kepada pembangkang bila PM nanti dari kalangan pembangkang. Jawaban mudahnya kalau pembangkang mahukan KPN menyokong atau bias kepada mereka, mereka perlu jadi kerajaan, pemerintah.

Bergaduh dengan Musa Hassan tidak ada gunanya. Selagi UBN memerintah Musa Hassan akan terus menjadi KPN, selepas Musa Hassan hari ini akan ada beberapa "Musa Hassan" lain lagi. Musa Hassan seumpama itu tidak akan dapat dibuang atau diharap membantu pembangkang. Dan tentunya UBN atau Najib akan mencari seorang yang "Musa Hassan".

Sekali lagi dikatakan, jika pembangkang mahu melihat KPN yang berpihak kepadanya, pembangkang hendaklah jadi PM. Begitu juga rakyat yang tidak senang hati dengan Musa Hassan maka berusahalah biar pembangkang menjadi PM. Jadi janganlah marah kepada Musa Hassan kerana sebagai KPN yang dilantik maka beliau akan bersujud syukur kepada orang yang melantiknya.

Begitulah juga nanti KPN pada masa kerajaan pembangkang tidak pula akan disuka oleh UBN yang menjadi pembangkang pada masa itu. Pembangkang juga tidak dapat lari akan mempunyai Musa Hassannya sendiri.

Tak percaya tanya Mat Maslan kenapa Felda bankrup?
[wm.kl.5:00 pm 06/08/10]

No comments: