Monday, August 23, 2010

Susupan Tengahari

MPM - Zaman Membunuh Orang Dengan Keris Sudah Berlalu

MAJLIS Perundingan Melayu (MPM) yang disertai oleh lebih 100 NGO Melayu telah mengadakan persidangan meja bulat kelmarin. Persidangan itu dipanggil ekoran MCA membuat 12 resolusi menuntut hak mereka. Serentak itu dikeluarkan kenyataan - mendedahkan ada segelintir orang Melayu berusaha untuk menghapuskan institusi raja.

(Itu sajalah yang termampu dibuat oleh MPM, bersidang, buat kenyataan ataupun bersorak di tepi jalan tirus idea Anwar Ibrahim berdemonstrasi).

MPM dakwa mereka yang terlibat adalah mereka yang bodoh dan boleh diperalatkan oleh golongan tertentu. Golongan tertentu itulah ialah Cina. Hujah MPM ialah ekoran empat kejadian yang membabit raja. Antaranya mengenai penggunaan gambar sultan Johor atas banner PKR dan terbaru penguguran nama sutlan dalam khutbah dan diganti dengan nama Guan Eng.

Saya tidak tahu apakah pemimpin MPM ini kalangan mereka yang profesional dari berbagai bidang ataupun terdiri dari mereka yang kuat Melayu, bernama Andak, Damak, Lelak ataupun Alang yang benci kepada orang Cina? Adalah malang kalau NGO dipimpin oleh orang berkenaan. Apakah tindakan begitu tidak menentang konsep 1 Malaysia diwar-warkan Najib?

Ke manakah arah perjuangan dan politik mereka. Hampir 100% pemimpjn mereka terdiri dari ahli, bekas pemimpin Umno. Jadi orang nampak apakah motif dan tujuan mereka. Jadi bila mereka menentang Cina mempertahankan Melayu secara penuh emosi apakah ia menguntungkan Umno?

Tindakan MPM itu mencelarukan Umno sendiri. Bersama BN Umno melaungkan perpaduan dan kerja sama menerusi BN, di luar Umno bersikap anti Cina. Inilah dikatakan Umno sudah hlang arah dan hilang kompas dalam usaha mempertahankan parti berkenaan. Dolak dalih pendirian ini disedari dan difahami oleh orang bukan Melayu.

Seperkara lagi kononnya kalau mereka benar-benar pembela sutlan dan raja-raja Melayu, mereka boleh pertahankan institusi itu sampai ke akhir hayat. Hanya segelintir saja yang berusaha untuk menghapuskan institusi itu seperti mana dakwa mereka. Jadi saya rasa MPM terutamanya NGO Perkasa yang perkasa itu boleh tangkap seorang demi seorang golongan segelintir itu dan tambat dipokok kayu kemudian sula mereka. Tiru apa yang dibuat dalam filem-filem Melayu klasi.

Kenapa nak risaukan mereka yang segelintir itu? Ataupun MPM hanya kuat cakap dan berani bersuara atas akhbar saja. Saya tenguk MPM hanya tahu bercakap tetapi tidak tahu berbuat. Dongengan orang Melayu masih ketat dalam kepala MPM. Sepatutnya MPM sudah sedar bahawa kerja mereka sia-sia saja dan tidak mencerminkan situasi politik yang profesional.

Usaha yang pratikal untuk memperkasa Melayu tidak pula dibuat. Misalnya kalau MPM mengambil berat terhadap nasib Melayu mengapa mereka tidak jadi orang tengah membawa Pas, PKR dan Umno di meja perundingan. Ataupun mengemukakan formula untuk mensejahterakan politik negara ini. Itu baru boleh dikatakan NGO yang profesional dan disegani ramai.

Saya melihat cara MPM memeprtahankan hak dengan menggunakan semutar, lembing atau tombak sudah tidak relevan lagi. Cara kuno itu sudahpun berakhir. Hari ini orang sudah tidak takut lagi kepada semangat Hang Tuah, Hang Jebat itu. Sekarang orang takut kepada kepintaran dan kebijaksana orang mengolah diri. Zaman orang membunuh orang dengan keris susah pun berlalu! Tenguklah bekas Adun Umno yang mati baru ini pun membunuh diri dengan pistolnya sendiri. [wm.kl. 1:00 t/hari 23/08/10]

No comments: