Wednesday, October 20, 2010

Berita Dari Galas

Pas Lancar Jentera Pilihan Raya Galas

PAS telah mendahului Umno telah melancarkan jentera pilihan raya kecil Galas malam tadi. Pada pelancaran majlis itu ada petanda awal Pas akan berdepan dengan Umno secara selesa dalam pilihan raya kecil Galas 4 November depan.

Gambaran ini ternampak pada sambutan majlis berkenaan yang dihadiri lebih 5,000 demikian menurut sumber yang hadir. Katanya orang Cina juga hadir dan berada di hadapan menandakan mereka menyokong Pas. Perlancaran itu dilakukan Mursyidul Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat bertempat perkarangan pejabat Pas Gua Musang.

Ikut serta dalam majlis itu ialah Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa, Penolong Setiausaha Agung, Takiyuddin Hassan, serta semua pemimpin di semua peringkat di Kelanan, Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan lain-lain.

Apa juga menyeangkan persediaan Pas menghadapi pilihan raya kecil Galas tidak sama dengan Manik Urai. Tiada soksek soksek yang tidak sedap didengar berdaung. Begitu juga sepanduk yang menghalang orang luar datang ke Galas tidak kelihatan seperti mana di Manik Urai dulu.

Semangat dan kesungguhan jentera yang hadir menjelaskan mereka sedikit pun tidak gerun dan teralat dengan tindakan Umno memilih Tengku Razaleigh Hamzah mengepalai ketumbukan BN.

Mereka akan hadapi apa saja. Seperti mana kata Nik Aziz, Pas bukan berdepan dengan personaliti Tengku Razaleigh tetapi berdepan dengan perjuangan Umno yang berideologi sekular. Jadi kesediaan Tengku Razaleigh untuk mengubat sakitnya tidak menjadi masalah bahkan dari sisi lain menambahkan lagi daya juang Pas.

Selama ini pun Pas tidak memperjuangkan personaliti tetapi memperjuangan ideolgi sebab itu soal-soal personaliti yang peribadi Pas tidak mengambil kira.

Kerana itu Pas tidak perlu malu alah untuk berjuang memastikan kerusi Galas kekal di tangan Pas.

Sempena majlis itu Nik Aziz telah menyerahkan bendera Pas kepada 13 ketua-ketua peti undi yang bertindak menjadi ketua jentera mengikut peti undi. Apa yang merujakan daripada 13 ketua peti undi yang menerima bendera itu seorang daripadanya ialah orang Cina. Katanya Nik Aziz sengaja menyerahkan peti undi itu untuk diuruskan oleh oang Cina.

Beliau mengepalai peti undi di bandar Gua Muang yang didominasi orang Cina. Kepercayaan Pas dan kesediaan orang Cina untuk menggerak peti undi itu memberi petanda baik bahawa pengundi Cina akan berpihak kepada Pas. Adalah dipercayai tindakan ini adalah pertama kali berlaku.

Dalam kawasan Galas pengundi Cina mewakili kira-kira 20% iaini sekitar 2,000 orang pengundi.

Sementara itu Pas akan mengumumkan calonnya pada malam 21 Oktober di Gua Musang. Dijangka bandar Gua Musang akan dibanjiri para penyokong dan ahli Pas. Turut sama mendamping Pas dalam pengumuman itu ialah Penasihat PKR, Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang. [wm.kl. 8:00 am 21/10/10]

2 comments:

Drebar Lori said...

Bang....kalu 21November depan baru PAS nak umumkan calonnya...dah lepas pilihanraya lah tu maknanya..hahahaha...

mohd sayuti omar said...

Terima kasih Drebar lori atas kepekaan mengenai tarikh umum calon. Baca lori bbaik sikit jangan sampai jatuh ke dalam cerung. Salam.