Wednesday, December 22, 2010

Pemakluman Senja

Siasah Baru Sudah Selamat Dicetak

HARI ini sehari suntuk berada di kilang percetakan untuk menunggu kelahiran pertama Siasah di bawah pengurusan baru. Penat tidak usah ceritalah. Menanti kelahiran Siasah sulung lebih perit daripada menanti anak sulung. Bukan saja debaran, tetapi cemas. Kalau anak pertama hanya akan dilihat oleh keluarga terdekat saja, tetapi Siasah akan dibelek dan dinilai oleh pembaca seluruhnya.

Berlainan dengan kehaliran seorang bayi akan dipuji dan diucapkan tahniah. Siasah pula akan dinilai dan ditilik dari setiap jerung dan sudut. Apa lagi Siasah pernah berada dipasaran sebelum ini selama lima tahun. Tentu ia akan dibanding dan dinilai.

Saya tidak akan berkecil hati apakah bentuk kritikan yang bakal datang. Yang penting Siasah keluar juga dengan seadanya. Kritikan akan diterima dengan penuh hormati dan dijadikan penawar buat saya dan juga karyawan lainnya. Kritikan adalah cabaran bukan satu pelemah semangat.

Atas kelahiran hari ini diucapkan terima kasih banyak kepada semua pihak yang memberi semangat. Sebagai sesuatu yang baru tentulah banyak cacat celanya. Saya sendiri tidak berpuas hati dengan apa yang ada, tetapi cukup bersyukur kerana apa yang ada itulah kurniaan dan keizinan Allah.

Kepada pembaca dan mereka yang senantiasa menunggu kehadirannya, juga yang ragu-ragu mengenai status Siasah selamat membaca dan menilai dengan mata terbuka dan penuh keikhlasan. Mungkin buat awal waktu ini pengedaran Siasah tidak menyeluruh kerana sebab-sebab teknikal dan juga pertukaran pengedar.

Manakala kepada seluruh karyawan Siasah diucapkan terima kasih dan tahniah atas serba kedaifan kita akhirnya Siasah lahir juga.

Kepada pengedar yang sukar mendapat Siasah bolehlah menghubungi bahagian pemasaran di nombor telefon: 03-7724 1649.

Dan kepada penjenguk blong Merah Tinta maaflah kerana sehari dua ini tidak kerap membuat posting kerana kesibukan untuk menanti kelahiran Siasah ini. [wm.kl.6:40 pm 22/12/10]

2 comments:

Ustaz Haji Fikri Awang Al-Kelantani said...

Salam Tuan Haji MSO dan peminat SIASAH. Kemunculan SIASAH kembali tepat pada masanya. Kekurangan dan kelemahan adalah suatu kemanisan perjuangan kerana perjuangan adalah kerja dan 'amal. Mana lebih afdhal antara kekurangan dan kelemahan untuk dibaik pulih berbanding dengan yang langsung tak buat kerja dan 'amal kerana takut salah dan silap ?. Bagi saya, kalau bekerja memang terdedah dengan kesilapan tapi ingat, dengan kerja juga kita punya peluang untuk baiki kesilapan yang lebih baik dari tak buat kerja langsung yang mungkin terdedah dengan '5 P' iaitu: Penakut, Pondan, Pengecut atau jadi Pengampu dan Penghancur perjuangan. SIASAH ada siasahnya yang tersendiri. Peminat SIASAH ada siasahnya yang tersendiri. Penentang SIASAH pun ada siasahnya yang tersendiri. Yang mendakwa tak mahu SIASAH pun adalah siasah jua. Lebih baik berSIASAH untuk menambah cerdik. Selamat berSIASAH dan mari kita bersama SIASAH. Tahniah dengan kelahiran SIASAH....dengan harapan SIASAH akan menjadi wadah penggerak ummah untuk iltizam dengan kekeramatan ISLAM. InsyaAllah. Mohon dari Tuan Haji MSO mengemukakan comment yang terawal dari peminat setia SIASAH. SIASAH, bekalan kemindaan dan kerohanian.

Unknown said...

Tahniah atas kejayaan penerbitan siasah dibawah pengurusan baru. Semoga ianya sukses dan memberi manfaat kepada setiap pembacanya. Cuma, sebagai seorang guru yang mengajar Bahasa Melayu saya agak agak kurang setuju apa bila perkataan siasah itu dieja SIaSaH. Mungkin perkara ini boleh dipertimbangkan semula.