Friday, October 21, 2011

Susupan Petang

Mahasiswa UIA Desak Tarik Balik Penggantungan Terhadap Aziz

DESAKAN supaya tindakan ke atas Abdul Aziz Bazi oleh pentadbiran UIA supaya ditarik balik terus menggema di seluruh negara dari pelbagai pihak. Semua pihak menganggap tindakan itu zalim dan cuba merogol kebebasan bersuara dan juga sebagai satu jenayah akademik.

Bantahan dan rasa terkilan atas tindakan UIA yang tidak profesional dan membelakangkan hak asasi dalam sebuah negara demokrasi bukan saja datang dari tokoh pembangkang yang selamanya skeptikal dengan tindakan pemerintah dan juga institusi di bawah kawalannya, sebalinya suara kekesalan itu juga dilahirkan dari kalangan kerajaan sendiri.

Misalnya, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin Abdullah melahirkan rasa sedih atas tindakan penggantungan Aziz itu. "Saya sedih dan merasa terganggu atas apa yang berlaku," begitu kata Saifuddin dalam sebuah laporan yang memetik intri dalam Facebooknya.

Perasaan yang sama dan kemarahan kepada tindakan itu juga dari mahasiswa universiti berkenaan sendiri. Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UIA dalam satu kenyataan mengecam tindakan pengurusan pusat pengajian itu.

Ekoran itu majlis yang menjadi badan rasmi mahasiswa menggesa tindakan itu ditarik balik segera sambil mencadangkan supaya pengurus UIA mengadakan pengadilan atau inkuiri terbuka bagi menyiasat kes itu demi mendapatkan penjelasan kedua-dua pihak.

“Kami melahirkan rasa dukacita terhadap tindakan penggantungan yang dikenakan terhadap seorang pakar perlembagaan di Malaysia. Apatah lagi, beliau telah menyumbang bakti di bumi UIA digantung tanpa diadili terlebih dahulu,” kata Presiden MPP UIA Mohamad Iqbal Ab Wahab (foto) dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya Mohamad Iqbal, perkara itu jelas bertentangan dengan Fasal 10 Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh berkenaan kebebasan bersuara.

“Yang lebih menyedihkan, kebebasan akademik secara jelas telah dicabul. Jenayah akademik dan intelektual sebegini tidak dapat diterima oleh seluruh rakyat Malaysia secara amnya dan warga UIA khususnya,” kata beliau lagi.

Dalam pada itu ujar Mohamad Iqbal Tindakan penggantungan sebegitu serta layanan terhadap Prof (Aziz) sedikit sebanyak telah menjejaskan imej UIA di mata dunia.

Mohamad Iqbal juga menegaskan pihaknya menolak sebarang campur tangan pihak luar terutama bagi mereka yang mempunyai kepentingan politik dan peribadi dalam menyelesaikan isu membabitkan Aziz Bari itu. [wm.kl. 2:00 pm 21/10/11

No comments: