Wednesday, February 22, 2012

Laporan Malam

Penduduk Setapak Putus Bekalan Air

Puluhan ribu penduduk di beberapa kawasan perumahan di sekitar Setapak termasuk Wangsa Maju, Taman Seri Rampai dan sebahagian Taman Permata putus bekalan air sejak pagi. Ekoran itu para penduduk menghadapi kesulitan untuk memasak, mandi dan keperluan lain.

Difahamkan bekalan air ke kawasan berkenaan terputus apabila paip besar yang menyalur bekana air ke kawasan berkenaan mengalami kerosakan di Danu Kota.

Kelambatan pemakluman oleh pihak pembekal dan mengurus bekalan air Syabas yang menyulitkan lagi keadaan.

Seharusnya Syabas memaklumkan apa yang berlaku dengan segera untuk mengelakkan dari timbul masalah. Sekiranya pemakluman dibuat orang ramai boleh memikirkan plan tindak mengatasinya seperti mendapatkan air di rumah jiran atau mendapatkan dari sumber lain.

Ekoran ketiadaan bekalan air menyebabkan para suri rumah terpaksa membeli air mineral untuk keperluan memasak. Di fahamkan beberapa buah kedai runcit di Setapak kehabisan bekalan air mineral kerana pemintaan yang mendadak tinggi.

Manalaka pembaiki paip yang pecah itu telah pun selesai lewat petang tadi. Menurut pekerja syarikat yang membekal air bekalan dijangka akan pulih seperti sedia kala menjelang esok.

Bagi meringankan orang ramai catuan air bersih terpaksa dilakukan ke kawasan berkenaan. Kawasan Wangsa Melawati khasnya di kelompok Wangsa Siaga baru menerima bekalan air lewat tengah malam ini.

Kelewatan menyediakan bekalan air bersih ini dikesali dan ini menunjukkan kelemahan Syabas sebagai pembekal air utama di Kuala Lumpur.

Dua buah lori tangki kelihatan memasuki ke Wangsa Melawati dan mengagihkan air kepada orang ramai. Bagaimana pun tidak ramai yang keluar mendapatkan belakan kerana tidak mengetahui manakala sebahagian penduduk sudah tidur atau pun keluar untuk mandi manda di tempat lain.

Lain kali pihak Syabas perlu peka bila berdepan dengan masalah yang tidak terduga ini misalnya menyegerakan memaklumkan kepada orang ramai. Dan sekiranya bekalan air hendak diagihkan buatlah waktu siang dan bukannya di malam buta saat penduduk sudah mahu tidur. Kecekapan Syabas dalam menangani masalah ini seharusnya sama cekap dengan bacaan meter yang dibuat pada setiap bulan.

Syabas jangan pantas mengaut duit tetapi lambat mengatasi kesulitan pengguna. [wm.kl.12:15 t/malam 22/02/12]

No comments: