Monday, April 30, 2012

Celoteh Murai 10/12

Bila Kakak Tua Bersuara 
Sumbangnya Tuhan Saja Yang Tahu

Maka berkokoklah burung kakak tua yang sekali nyanyuk dan sekali betul mengenai Bersih. Menurutnya tujuan Bersih 3.0 diadakan untuk menumbangkan kerajaan. Lewat pemikiran sang kakak tua kali ini. Murai tahu sejak Bersih 1.0 lagi yang tujuannya untuk jatuhkan kerajaan. Beralasan buruk kakak tua hidung panjang itu, kununya ... pembangkang terpaksa berbuat begitu kerana tidak percaya kepada pilihan raya.


Memang Murai setuju kalau pembangkang tidak senang dengan pilihan raya. Sebabnya mudah, kerana pilihan raya tidak adil. Pilihan raya penuh dengan penipuan. Kalau tidak ada penipauan burung kakak tua juga tidak dapat jadi perdana menteri selama 22 tahun.


Bapa sekalian penipu ialah sang kakak tua kaki panjang telinga lebar itu. Dialah yang menghalalkan penipuan. Bukan saja dalam pilihan raya merebut kerusi tetapi dalam pilihan raya (pemilihan) juga dia turut merestui penipuan untuk mengekalkan kuasanya.


Tahun 1987 si burung raja udang telah bertanding merebut jawatan persiden parti bersama sang kakak tua ini. Pertandingan itu sungguh sengit sekali. Penentangan ahli parti guni buruk kepadanya memncak. Kalau pertandingan itu adil, telus sudah tentu ketika itu dia sudah tewas. Dia tidak akan jadi PM lagi.


Namun kerana ada penipuan undi di mana undi untuk burung Raja Udang dimasukkan ke dalam bakulnya menyebabkan burung Raja Udang kalah 43 undi. Inilah perbuatan paling jahat yang diketahui oleh semua orang parti guni buruk itu.


Jadi Murai tidak hairan kalau sang kakak tua berkata begitu, kununya pembangkang tidak percaya kepada pilihan raya. Hendak percaya macam mana sebab penipuan penyelewengan dan tektik kotor menjadi amalan parti guni buruk.


Itu pengerusi dan timbalan pengerusi SPR juga tidak ada moral langsung bila mereka berdua juga jadi ahli parti guni buruk. Dari sini orang sudah meragui dengan perjalanan pilihan raya. Dalam keadaan apa juga kedua kepala spr itu akan berpihak kepada parti guni buruk.


Kalau begitulah Murai yakin tidak ramai terpengaruh dengan kata-kata sang kakak tua. Pembelaannya kepada parti guni buruk itu adalah bukan atas fakta dan hujah rasional lagi melainkan menurut ego dan agahnya sahaja. Jenis orang yang tidak nampak kebaikan orang lain dan merasa dialah bijak, begitulah. Jenis kakak tua bila merasa terlalu bijak menyebabkan najisnya dikambus sendiri sebab merasakan orang lain tidak pandai.


Sesekali Murai berharap sang kakak tua cuba buka tempurung dan biar Salentia yang terlengkung di situ keluar melihat bulan dan roket. Dan sang kakak tua boleh ambil tempung kencing dan tilik mukanya apakah laku atau tidak... selepas itu barulah berkokok.


Murai: Sambil menulis bermain dengan cucu.

1 comment:

primehonda said...

salam,

inilah masanya media, blog, akhbar dan apa saja bentuk medium yang pakatan rakyat ada menghentam bn.dedahkan habis habisan kekejaman dan kepura-puraan mereka ini dlm menipu rakyat. usah risaukan tentang berita yg dibaca dlm utusan kerana rakyat sudah diberi maklum apa peranan utusan yg sebenar. 2 minggu lepas 2 orang besar utusan ditemuramah oleh bernama radio berkenaan penubuhan majlis media malaysia. mereka terang-terangan mengaku bahawa utusan adalah akhbar yang menyokong kerajaan semasa. jadi berita yang disiarkan mesti selalu memihak kpd kerajaan yg memerintah. amalan ini dikatakan dibuat juga di negara2 lain.hmm..ini suatu fakta yg sungguh meragukan saya.
apa yg saya faham dari temu bual itu ialah biarlah berita itu bohong @ benar, yg penting ianya memihak kpd pemerintah. maka kalau bersih 3.0 itu menggerunkan kerajaan, maka utusan harus menyediakan berita yg sebaliknya, iaitu bersih 3.0 adalah puak pelampau. ditambah pula dgn perang persepsi yg cuba dicipta antara melayu dgn dap, dan antara melayu dgn ambiga.
saya bila membelek utusan sering bertanya dlm hati siapakah lagi yg mereka hendak kelentong. org muda tidak lagi mempercayai utusan, walaupun ada juga membacanya kerana ia bacaan percuma di library. sejak utusan membela ptptn dan memaparkan kenyataan 2,3 kerat budak2 muda yg tiada pengaruh utk bercakap soal ptptn, lagilah org muda menyampah.
makanya saya meyakini berita utusan ini sekarang sekadar utk memastikan pengundi saluran 1 terus menyokong umno. dan mengelirukan lagi pengundi atas pagar. tapi barang diingat, utusan ini tidak dibaca oleh penyokong pas, pkr dan dap. cina juga tidak membacanya. kalau cina dan india sekali lagi memberi undi swing mereka, dlm keadaan mca n mic sudah lumpuh, saya percaya johor akan jatuh ke tangan pr. perak dirampas semula, selangor kekal, penang kekal, kelantan, kedah juga kekal. wilayah juga akan jatuh.
yg memeningkan najib ialah kerana beliau mengetahui keadaan ini. sebab itu beliau belum bubarkan dewan. beliau perlu menunggu laporan sb apa reaksi rakyat setelah bersih 3.0 berlaku. apakah rakyat marah kerana polis dipukul penyokong bersih atau rakyat percaya provokasi polis punca kekacauan berlaku. melihat kpd tahap keganasan, saya tidak percaya langsung ia kerja rakyat. hanya yg profesional n terlatih boleh berdiri atas kereta yg sedang bergerak sambil menendang2 cermin kereta itu.
seperti yg saya katakan tadi, sekarang tugas blogger n akhbar menyebarkan perkara ini. saya selalu mendoakan semoga semua yg terlibat dlm perjuangan ini diberikan semangat yg kental dan tabah. wallahu a'laam.