Friday, April 27, 2012

Malumat Petang

Perkembangan Terakhir Bersih: Tetap Di Dataran Merdeka

Pihak DBKL dengan kerjasama polis telah mengambil berbagai langkah untuk melindungi Dataran Merdeka dari dijadikan tempat duduk dan bantah dalam himpunan Bersih 3.0 esok. Sejak awal jam 3 pagi tadi DBKL bertindak memagar seluruh kawasan Dataran Merdeka, dan ia diistyharkan kawasan larangan.

Pagi ini pula polis mendapat perintah mahkamah mewartakan kawasan Dataran Merdeka sebagai kawasan larangan. Polis walaupun tidak menunjuk kekerasan mereka tetapi menerusi Polis Kuala Lumpur memberi amaran mana-mana pihak melanggar - memasuki Dataran Merdeka akan ditangkap. Sebenarnya perintah mahkamah itu tidak memberi apa-apa impak dan ia sama sekali tidak menakutkan para peserta.

Dalam pada itu pihak penganjur Bersih tetap bertekad akan memasuki dataran itu duduk dan bantah di situ seperti mana yang dirancangkan awal-awal. Sebelum mereka berarak ke Dataran Merdeka, para peserta dibahagikan kepada beberapa ketumbukan.

Ketumbukan itu akan terbentuk apabila penganjur menetapkan enam kawasan sebagai lokasi perhimpunan awal. Tempat itu ialah di Jalan Brickfield, Masjid Negara, Masjid Jamek, Sogo, Pasar Seni dan KLCC. Para peserta bebas untuk memilih ketumbukan mana dan setiap ketumbukan akan diketuai komandan.

Perhimpunan awal akan diadakan di kawasan berkenaan. Dijangka perhimpunan akan bermula jam 10:00 pagi dan sebaik ianya penuh ketumbukan dari semua arah itu akan bergerak ke Dataran Merdeka. Para peserta dijangka tidak menghadapi masalah untuk sampai ke lokasi awal tetapi akan berhadapan dengan halangan besar apabila mendekati Dataran Merdeka.

DBK bersama polis akan meletakkan kelengkapan perang mereka di situ seperti track water cannon dan ratusan anggota penembak gas pemedih mata di samping ratusan SB yang akan menyamar sebagai jurugambar untuk merakam gambar peserta.

Dikira sukar untuk para himpunan untuk memasuki ke kawasan berkenaan, namun sekiranya anggota himpunan di setiap lokasi itu mencecah 20,000 diyakini mereka akan berjaya menawan Dataran Merdeka. Perintah mahkamah diperolehi polis agar menutupi Dataran Merdeka tidak akan memberi apa-apa kesan sebaliknya ia akan menyebabkan peseran menjadi semakin bersemangat dan ghairah.

Sementara itu menuruk risik bebas, beberapa jalan utama menuju masuk ke Pusat Bandaraya dari semua arah Selatan, Timur dan Utara sudah pun disekat dan road block akan diadakan menjelang tengah malam ini. Apapun sehingga kini tidak ada apa-apa laporan sesuatu yang buruk berlaku.

Para peserta juga sudah mulai tiba di Pusat Bandar dan jumlahnya akan bertambah lewat malam ini. Satu ceramah besar sebagai penerangan dan suntikan semangat kepada peserta diadakan di Taman Melawar malam ini. 

Seorang teman yang rakannya pegawai DBKL memberi tahu anggota penguat kuasa DBKL sdendiri serba salah untuk mematuhi arahan ketua mereka. "AKu serba salah untuk ikut arahan, apa yang membimbangkan aku ayah aku dari Kedah juga sudah turun untuk berhimpun duduk dan bantah. [wm.kl.4:45 pm 27/04/12]

No comments: