Sunday, November 11, 2012

Muktamar Pas Tumpu Pilihan Raya..

MAKALAH AHAD                                                                                                                

Parti Islam se Malaysia (Pas) akan mengadakan muktamar tahunan ke 58 bermula pada 16 hingga 17 November ini bertempat di Pusat Tarbiyah Pengkalan Chepa (Putik). Muktamar ini dianggap penting dan mustahak kerana ia merupakan muktamar akhir sebelum pilihan raya umum ke-13 yang bakal menjelang bla-bila masa saja.

Pastinya ahli, penyokong Pas serta pemerhati memberi tumpuan kepada muktamar ini. Pemerhati akan melihat berdasarkan muktaamr ini sejauh manakah kesediaan dan kemantapan ahli Pas untuk berhadapan dengan pilihan raya. Ia juga tidak terkecuali sedang diintip oleh pihak UBN untuk melihat dan mengambil apa-apa peluang yang boleh menguntungkan mereka dan dijadikan modal pilihan raya.

Sementara selain muktamar ini menjadi satu kewajiban mengikut perlembagaan, muktamar juga menjadi wadah mempertautan kasih sayang dan mengejatkan ikatan silaturahim sesama ahli dan penyokong parti. Sebab itu mukatamar bukan saja melaksana kehendak perlembagaan tetapi menghidupkan roh ukhwah sesama ahli parti. Dengan begini saja parti akan menjadi mantap dan perkasa kerana ia dijalin dengan kekuatan ukhwah Islamiyah.  Dan inilah keistimewaan dan keunikan Pas dan juga menjadi rahsia keutuhan parti itu.

Lantaran itu bagi ahli parti yang komited mereka akan merasa gembira dan tidak sabar untuk menanti kedatangan muktamar pada setiap tahun. Muktamar dijadikan gelanggang bukan saja untuk bertemu bagi membincang dan membahas hala tuju atau pemantapan parti, tetapi juga untuk pengukuhan jiwa dan pengentalan semangat jihad fi sabilillah dalam versi moden ini.

Segi formalitinya muktamar dijadikan saluran untuk ahli di peringkat bawahan menyampaikan apa-apa pandangan mereka atau membuat teguran untuk maslahat parti sebagai melaksanakan tanggungjawab dan amanah. Lantara itu berbagai isu akan dikemukakan dan dibangkit.

Sebenarnya paling mustahak dalam muktamar seperti itu ialah, Pas berbincang bagaimana untuk kematapan parti keseluruhan dan juga menjadikan parti sebuah wadah membela agama bangsa dan negara. Perbahasan secara terbuka sesetengah elemen perkara itu tidak wajar, sepatutnya diserahkan saja kepada jawatankuasa kerja Pas Pusat.

Tetapi ada juga kadang kala muktamar seperti itu tersasar dari membincang perkara sebenarnya dan ada kalanya ahli tidak dapat menahankan sabar turut membincang dan 'melembel' sesuatu dalam muktamar. Lebih kesal lagi ada yang menjadikan muktamar sebagai ruang melepaskan geram dan dendam. Ini menyebabkan muktamar menjadi kontroversi dan hangat dan sehingga ia memberi 'makan' percuma kepada musuh-musuh Pas.

Sukar untuk pihak pengurusan Pas memasatikan ia berjalan dengan lancar menempati kehendak perlembagaan sebenarnya. Apa lagi Pas kini bukan lagi parti kecil dan pinggiran, sebaliknya ia sudah menjadi parti arus perdana yang berpotensi besar di masa depan. Bayangan atau slogan Pas mengganti Umno adalah tepat dalam konteks politik Islam dan Melayu di negara ini. Hakikatnya Pas konsisten dalam melakanakan prinsip dan dasar-dasarnya kecuali dari pandangan mereka yang matanya sudah dipincingkan oleh Umno, yang disapu dengan serbu kebendaan dan pangkat.

Tidak ada masalahnya kalau ahli memanfaatlkan persidangan setahun sekali itu untuk menyampaikan apa yang terpendam didalam hati mereka. Itulah sebenarnya tanggungjawab dan tugas ahli. Namun dalam pada itu ahli juga harus melihat dan merasai keadaan semasa sebelum pandangan dan kritikan dilemparkan. Dalam hal ini perkara paling pokok ialah kesejahtraan organisasi Pas itu sendiri. Setiap ahli Pas perlu meletakkan parti di hadapan manakala kepentingan diri di belakang.

Yang perlu difahami Pas adalah sebuah parti politik yang turut sama terpaksa mengikut lunas-lunas dan rukun politik demokrasi sekular. Hendak tidak hendak ahli perlu fatanah didalam hal ini. Misalnya soal-soal berbentuk personal berupa peribadi Pas atau isu yang tidak mungkin dapat diterima masyarakat majmuk atas kepentingan-kepentingan tertentu harus dielak dari dibahas secara terbuka. Apa dinamakan tahalul syiasi hendaklah difahami dan dihayati betul-betul oleh semua ahli.

Lima isu penting perlu diawasi

Memandangkan Pas akan berhadapan dengan pilihan raya umum ke-13 ada beberapa isu yang dikira tidak perlu diketengahkan secara lantang dalam muktamar minggu depan. Isu-isu ini boleh menjadi hangat dan bakal menimbulkan kontroversi di mana bakal menyusahkan Pas jika ia dieksploikan oleh pihak musuh Pas. Kurang kebijaksanaan menagannya menyebabkan Pas akan keletihan dan membuang masa untuk memperbetulkannya bila ia dipusing belitkan oleh media PB. Tiada manfaatnya kita mendapat tepukan atau takbir gemuruh atas isu yang kita bahas atau kemukakan tetapi esok ianya disiarkan dimuka depan Utusan Malaysia? (Catatan: Setiap berita Pas yang disiarkan akhbar berkenaan adalah yang buruk dan menyusahkan Pas).

Justeru ahli-ahli yang kini sedang merangka ucapan untuk membahas isu-isu berkenaan sekiranya ia ditimbulkan patut berfikir panjang ataupun ...mancari kaedah bagaimana ianya tidak ditimbulkan atau kalau ditumbulkan biarkan dalam keadaan baik dan tidak menjadi masalah kepada parti. Sekiranya ahli Pas perlu melakukan istikharah untuk menilai apakah isu ini penting atau tidak, wajar ianya di istikharahkan dulu.

Isu-isu ialah:

1. Hukum hudud dan slogan negara berkebajikan.
2. Kerjasama dengan DAP dan PKR.
3. Isu jawatan perdana menteri dan pembahagian kerusi.
4. Perkara melibatkan pemimpin parti rakan, seperti kenyataan Nurul Izzah mengenai kebebasan beragama dan juga dakwaan musuh Pakatan Rakyat kononnya Anwar Ibrahim mengamalkan pluralisme dalam beragama.
5. Pemecatan Hasan Ali dan juga kedudukan bekas timbalan presiden Pas.

Inilah isu-isu penting yang kini sedang dinantikan oleh pihak musuh Pas. Wajar kalau ianya dielakkan dari dibincangkan secara mendalam dan melibatkan perbahasan perwakilan. Pihak pengurusan muktamar khasnya pengerusi tetap harus memandang berat perkara ini sebelum ianya dibenarkan untuk dibincangkan walaupun ia ada relevensinya bagi dibahas.

Misalnya isu hudud tidak wajar dipertikaikan kerana kedudukannya sudah jelas dalam agenda perjuangan Pas.  Hudud perkara yang tidak akan terubah dalam juzuk perjuangan Pas kerana ia antara perkara yang termaktub dalam kitab mutlak Pas (perlembagaan). Mereka yang bijaksana akan dapat melihat mauduk ini di celah mana ia terselit didalam perlembnagaan Pas.

Pas tidak pernah mengubah agenda perjuangannya apa lagi terpesong, kecualilah ia diterjemahkan oleh media massa PB yang tidak memahami Islam dan method perjuangan Pas dengan bersandarkan ahli Pas yang munafik sebagai suara autoriti. Di sinilah malangnya ahli Pas dan menyebabkan mereka terkeliru kerana mengambil media massa PB sebagai pewari dan sanad ke atas perkembangan dalam Pas.

Perlu difahami pihak musuh sengaja mencari jalan untuk ahli Pas membincangkan secara terbuka dengan mengharap akan ada konflit di antara sesama ahli Pas dengan cara itu memudahkan mereka hendak putar belit isu dan melaga-lagakan sesama ahli Pas. Hari ini media PB sudah memahami bahawa parti memerintah sudah tidak ada modal yang dapat menyakinkan rakyat, maka jalan lain perlu dicari bagi memastikan rakyat terus terpesona dengannya, caranya dengan memburuk-burukan parti pembangkang termasuk Pas. Mudahnya, parti UBN sudah tidak mahu berdepan secara gentlemen lagi kerana mereka menyedari kejujuran dan kebenaran tidak akan berpihak kepada mereka.

Dalam hal ini salah satu isu yang dinanti-nanti ahli Pas mengulasnya ialah berhubung kontroversi yang berlaku terhadap pandangan Nurul Izzah berhubung kebebasan beragama yang kini dijadika isu mentah oleh pihak lawan. Kalaulah ada ahli Pas ikut sama membangkitkan perkara itu dalam muktamar adalah sangat dangkal dan ini menggambarkan ahli Pas sendiri kabur mengenai ayat-ayat Quran berhubung subjek diperkatakan Nurul Izzah itu.

Media massa sangat berharap agar ada penentangan ahli Pas terhadap pandangan Nurul Izzah ini, biarlah tidak ramai kalau seorang pembahas mengungkitkannya, menentang pandangan itu sudah cukup untuk akhbar PB menjadikan ia sebagai lead di muka depan.

Makanya diharap benar mukatamar ini bijak mengelakkan dari isu-isu disebut di atas tadi dibangkitkan dan dibahas. Pesanan tertuju khusus untuk kalangan pemuda Pas yang dilihat begitu ambisi dengan Islam tradisi dan gaya kepimpinan ulamak pekat.

Di dalam muktamar ini apa yang penting dan diberikan penekanan ialah berhubung persiapan pilihan raya. Semua ahli perlu mengambil semangat dari muktamar itu untuk dijadikan bekalan berhadapan dengan pilihan raya. Cadangan dan pandangan konstruktif untuk menguatkan jentera pilihan raya sangat penting dan dialu-alukan. Bahkan dirasakan itulah harapan dan dapatan diperlukan oleh muktamar kali ini.

Muktamar juga perlu meletakkan cita-cita untuk ke Putrajaya sebagai subjek utama dan menjadi agenda mesyuarat paling teratas. Setiap ahli atau muktamirin yang hendak melangkah ke dewan muktamar harus memasangkan cita-cita itu - menawan Putrajaya. Sementara ahli yang datang dengan membusung suruhan dan cocokan daripada pihak musuh, seekoknya membatalkan niat mereka sebaik sampai di muka pintu Putik tempat berlangsung muktamar.

Ahli perlus membincangkan bagaimana mahu melurus dan melebarkan jalan menuju ke Putrajaya.  Jangan pula ada yang primif dengan menyempitkan jalan ke Putraja dengan menzahirkan kebimbangan ataupun konfius; DAP akan menyekat pelaksanaan Islam ataupun masih konfius apakah suci ataupun tidak Anwar Ibrahim untuk jadi perdana menteri? Perkara itu tidak perlu ditimbulkan dan yang penting gapai dulu Putrajaya kemudian baru bahaskan.

Demikian juga pembahagian kerusi dan desakan agar Pas bertanding lebih banyak dari PKR tidak wajar dibincangkan. Pas harus melihat kepada kekuatan sendiri dan rasional dalam menghitung kemenangan. Pas jangan tamak. Lebih baik Pas menang sedikit daripada menang besar kalau penyertaan itu memberi untung kepada Umno. Juga tidak ada gunanya Pas menang besar kalau kemenangan itu nanti digunakan untuk bergabung dengan Umno tanpa ada konsensus dari ahli? Penggabungan Pas dengan Umno baik sebelum atau selepas akan disumpah sebagai satu pengkhinatan yang tidak akan dimaaf.

Seperkara yang perlu disorotkan juga ialah mengenai kerjasama Pas dengan Umno atas spirit dan api jiwa agama dan bangsa. Walaupun perkara ini penting tetapi tidak elok kalau ditimbulkan dalam muktamar kerana ia boleh menyinggung rakan Pakatan yang lain. Saya percaya perkara ini sedang diintip oleh media massa dan isu ini menjadikan perkara utama untuk memecah belahkan Pas.

Begitu juga isu siapa yang akan jadi perdana menteri sekiranya Pakatan Rakyat dapat memerintah juga tidak perlu ditimbulkan. Walaupun kedudukan Anwar hari ini sebagai perdana menteri, tetapi yang nyata tidak ada apa-apa pleadings mengenai hal itu. Sebenarnya soal siapa perdana menteri masih terbuka. Kesediaan Abdul Hadi Awang untuk memberi laluan kepada Anwar tidak boleh dilihat ianya sudah muktamad. Namun sebagai ikon perjuangan dan bagi meletakkan fikrah Pakatan Rakyat bulat menghadapi Umno dan Najib terimalah bahawa Anwar adalah bakal perdana menteri. Ketepatannya kerana ternyata Anwar saja yang mampu menyatukan jasad Pas dengan DAP walaupun beliau tidak mungkin mampu memsebatikan jiwa di antara keduanya.

Mengenai apakah Pas kini sudah terpesong dari landasan asal jangan ada yang termakan dengan pancing pihak media dan orang tertentu hatta dari Pas sendiri yang kini sudah bercakap atas nada Umno. Mereka sudah jauh termasuk ke dalam perut Umno yang menjajah semula mereka dengan alasan demi agama dan bangsa. Yakin dan percayalah mereka yang 'mufarakah' dari saf Pas adalah mereka yang kehilangan kompas perjuangan dalam terang. Mereka juga merupakan golongan munafik yang tidak ikhlas dan jujur dengan perjuangan, yang kini menjadi tikus yang cuba membaiki labu.

Sekiranya mereka ikhlas, mereka akan mendiamkan diri jika tidak bersetuju dengan suara majoriti parti. Mereka boleh berusaha untuk kembali semula ke dalam parti dan memperbaikikan apa yang mereka lihat cacat. Dia berkokok di luar atas canggung musuh, maka jelaslah siapa dan apakah watak mereka. Jadi isu-isu mengenai mereka ini, cadangan dan lontaran idea yang diberikan menerusi surat beracun jangan dipedulikan.

Diharap semoga muktamar berjalan dengan lancar dan penuh keberkatan dari mula hingga akhirnya. Akhirnya diucapkan selamat bermuktamar dengan penuh prihatin, tanggungjawab dan rasa penuh beramanah kepada Allah s.w.t. [wm.kl.12:26 t/hari 11/11/12]

1 comment:

firdaus said...

mungkin didalam muktamar ini pihak PAS wajib ambil serius berkenaan perihal sistem pilhanraya yg semakin hari semakin bercelaru dan membahayakan Pakatan Rakyat..

Ada analisis yg mengatakan di Selangor pakatan akan tumbang berikutan pertambahan mendadak pengundi yang sudah pastinya pengundi hantu.. pengundi import seberang bangla nepal nyanmar..

musuh utama yang melanda pakatan kini bukan hanya semata-mata umno tapi bagaiman sistem yg sedia ada bakal menggugat pakatan..

pemburuan pakatan untuk kuasa dan kemenangan - bertujuan untuk membuat baik kemungkinan boleh tergugat