Friday, April 26, 2013

UBN Dakwa Dapat Lapan Kerusi Parlimen di Kelantan?

TEMUI ANALISA                                                                                                           

Pengerusi Umno Kelantan Mustapa Mohamed nampak semakin berani dan konfiden prestasi partinya terus meningkat dari sehari ke sehari. Semalam buat pertama kali semasa melancarkan jentera pilihan raya di Pasir Puteh beliau telah menyuarakan secara terus terang UBN Kelantan mensasaran lapan kerusi parlimen dan tidak mustahil kalau UBN akan menang di 30 kerusi Negeri.

Nik Abduh: InsyaAllah menang.
Mungkin beliau ada petanda dan fakta tersendiri apabila mengeluarkan spekualasi itu. Bagaimana pun apa yang diucapkan Mustapa itu agak kontras dengan keyakinan di pihak pekerja dan petugas core parti PAS di Kelantan. Pemerhati bawahan di Kelantan yang pro kepada PAS masih beranggap PAS berada dalam keadaan selesa setidak-tidaknya akan mengekalkan pemerintah selepas pilihan raya ini.

Fakta-fakta yang dikeluarkan oleh kedua pihak untuk dijadikan pentunjuk aras kemajuan masing-masing tidak dapat disahkanh oleh mana-mana pihak. Ia dibuat berdasarkana pemerhatian, kajian dalaman parti dan pendapat-pendapat bebas yang boleh jadi tepat dan boleh jadi meleset.

Satu laporan kajian dan perangkaan yang saya dapati mungkin boleh dijadikan bahan untuk melihat sejauh mana kebenaran dakwaan kedua-dua pihak. Kajian ini tampaknya agak bias, ada sedikit kecederongan kepada UBN. Tetapi dijelaskan kajian berupa laporan harian ini dilihat kemas dan boleh diambil kira sebagai petunjuk untuk dilakukan tindakan oleh PAS.

Dalam kajian ini berkebetulan meletekkan lapan kerusi parlimen yang tidak berapa sedap untuk PAS. Manakala enam kerusi diletakkan berada di tangan PAS. Kerusi-kerusi yang diletakkan sukar untuk ditawan oleh UBN ialah, Tumpat. Menurut kajian itu daripada 98,832 pengundi dianggarkan sebanyak 82% keluar mengundi PAS akan menang dengan majoriti 6,832 undi.

Majoriti dicapai PAS menerusi calonnya Kamaruddin Jaafar sebanyak 9,377 ini bermakna berkurangan sebanyak 2,545.

Selain kerusi Tumpat ialah kerusi Pengkalan Chepa. Menurut kajian itu daripada 64,532 pengundi dianggarkan sebanyak 85% keluar mengundi. Keadaan ini memberi kemenangan kepada PAS dengan majoriti 9,922 undi. Majoriti kemenangan ini berkurangan berbanding pilihan raya tahun lepas sebanyak 11,311 iaini berkurangan sebanyak 1,389.

Kerusi Kota Bharu juga diletakkan dalam tangan PAS. Daripada 81,425 pengundi dianggarkan 87% yang keluar mengundi calon PAS akan menang dengan majoriti 7,186 undi. Pilihan raya lalu majoriti di Kota Bharu 11,288. Ini juga berkurangan sebanyak 4,102.

Kerusi Rantau Panjang juga diletakkan dalam tangan PAS. Daripada 53,000 pengundi dianggarkan 83%, keluar mengundi PAS dijangka menang sebanyak 3,401. Pilihan raya lalu PAS menang menerusi Siti Zailah Yusof dengan majoriti 4,486. Majoriti kali ini berkurangan sebanyak 1,085.

Kerusi Kubang Kerian juga diletakkan ditangan PAS. Daripada 65,502 dianggarkan 85% pengundi yang keluar PAS akan menang dengan majoriti 7,834. Ini berkurangan sebanyak 2,808. Majoiri lalu 10,642 yang dimenangi PAS menerusi Salahuddin Ayub.

Kerusi terakhir diletakkan ditangan PAS ialah Pasir Mas. Daripada 72,122 pengundi dianggarkan 82% yang keluar PAS dijangka mempertahankan kerusi ini dengan majoriri 2,590 berbanding dengan pilihan raya yang dimenang calon menggunakan simbol PAS sebanyak 8,991. Ini bermakna berkurangan 6,401.

Manakala lapan kerusi yang menjadi sasaran UBN yang diletakan dibawah warna Kelabu Hitam. Kerusi itu ialah; Bachok yang dijangka akan menangi dengan kelebihan undi 1,189. Dari 81,733 pengundi kajian itu menganggarkan 86% akan keluar mengundi. Dalam pilihan raya lalu PAS menang dengan majoriti 2,896 ini bererti undi PAS berkurangan 1,707 undi.

Kerusi Ketereh juga dinilai akan menjadi milik UBN. UBN akan menang dengan 1,045. Dari 62,341 pengundi dianggarkan sebanyak 86% yang akan keluar mengundi. Dalam pilihan raya lalu calon PKR Abdul Aziz Kadir menang dengan majoriti 400 undi saja mengalahkan Annuar Musa. Ini bereti undi majoriti PKR hilang lebih separuh.

Dikerusi Tanah Merah kajian itu juga menunjukkan UBN akan merampas kerusi milik PKR itu dengan majoriti 1,400. Anggaran keluar mengundi sebanyak 93% daripada 58,356.  Dalam pilihan raya lalu kerusi Tanah Merah dimenangi PKR menerusi Amran Abdul Ghani dengan majoriti 1,584 undi. Ini bermakna kekurangan undi PKR 148 sahaja. 

Parlimen Pasir Puteh juga dijadikan sasaran. UBN akan menang 2,709 undi. Daripada 76,417 dijangka 87% yang keluar mengundi. Kerusi ini menjadi milik PAS dalam pilihan raya lalu dengan majoriti 3,968.

Sebuah lagi kerusi yang diperkirakan milik UBN ialah kerusi Machang. Kerusi ini dijangka dimenangi UBN dengan majoriti 1,196 dengan anggaran pengundi 84% yang keluar daripada 59,344 pengundi keseluruhannya. Dalam pilihan raya lalu PKR menang dengan majoriti 1,820.

Kuala Krai juga kerusi yang diletakkan berpihak kepada UBN. Di kerusi ini UBN menjangka akan menang 451 undi sahaja dengan anggaran 84% keluar mengundi daripada 63,221 pengundi kesemuanya. Dalam pilihan raya lalu PAS menang kerusi ini menerusi Dr Mohd Hatta Ramli dengan majoriti 4,984. Perangkaan ini dilihat terbesar kesusutan kepada PAS.

Manakala dua kerusi yang ditanda dengan 'putih' ialah parlimen Jeli dan Gua Musang. Di Jeli UBN dijangka menang dengan majoriti bertambah 6,263. Jumlah pengundi keluar sebanyak 85% daripada 43,430. Majoriti dulu 4,436. Pertambahan sebanyak 1,827.

Di Gua Musang pula kajian ini memberi mata kepada UBN akan menang dengan majoriti 6,521 dengan angaran keluar mengundi 83.55% daripada pengundi keseluruhan 40,271. Dalam pilihan raya lalu kerusi ini dimenangi sebanyak 4,394, pertambahan majoriti sebanyak 2,127. 

Kalau diperhatikan peningkatan undi untuk UBN agak tinggi juga di mana majoritinya di antara 279 hingga 6,521.

Semoga kajian yang bersifat psikologis ini dapat dijadikan iktibar oleh PAS. Ia walaupun sebuah kajian bersifat secara umum dan ada bias, tetapi ia boleh dijadikan panduan dalam memastikan kerusi-kerusi milik PAS tidak akan terjatuh ke tangan UBN. Perangkaan yang diberikan boleh dijadikan panduan dan congakan oleh bilik gerakan atau para penganalisa di bilik gerakan PAS.

Adalah adil kalau PAS dapat mengeluarkan kajian rambangnya untuk menunjukkan prestasi mereka sebaik selepas penamaan calon. [wm.kl.7:01 pm 26/04/13]

2 comments:

Unknown said...

saya harap jentera pas/pr tidak boleh berasa dalam zon selesa..ikut keputusan pru tahun tahun sebelumnya ada semacam teori pendulum dan pas menang besar pru lalu..kali ini tiada persempadan semula...sasaran ubn hanyalah kerusi dun dan parlimen tertentu shj..hubaya-hubayalah jentera pas/pr berdepan dgn "syaitan" yg tak dikenali ini...

Unknown said...

tuan,

walaupun saya bukan penyokong ubn tetapi bagi saya kajian ubn tersebut ada logiknya jika dilihat dari kesungguhan jentera ubn kelantan dan kesilapan percaturan dengan meletakkan beberapa calon yang tidak winnable bagi pihak pakatan. selain itu masalah dalaman khususnya sikap berpuak-puak semakin menular dan makin dapat dibaca oleh akar umbi.
jangkaan saya di kelantan ubn mampu menambahkan kerusi walaupun di peringkat nasional kerusi pakatan semakin bertambah kalau pun tidak dapat membentuk kerajaan baru.