Wednesday, August 21, 2013

Raya PKINK dan Kritikan Ke Atas Mohd Amar

PERISTIWA                                                                                           

Semasa menghadiri majlis mesra anjuran Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) yang berlangsung di dataran Perdana Resort, Pantai Cahaya Bulan (PCB) petang semalam ramai kenalan di kalangan pegawai kerajaan khasnya kakitangan PKINK memberanikan diri bertanya saya mengenai beberapa tulisan saya dalam blog yang terkhusus mengenai Kelantan.

Dr Wan Zawawi memperkatakan sesuatu kepada MB.
Salah satu ialah tentang catatan kemungkinan sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri akan disaman kerana pelanggaran perjanjian. Selebihnya tentulah bertanya atau minta komen bertalu-talu terhadapTimbalan Menteri Besar Mohd Amar Nik Abdullah ke belakangan ini.

Sebelum saya nak respon kedua isu yang ditanya kepada saya itu, saya nak puji dulu tentang majlis ramah mesra aidifitri petang semalam.

Saya pulang ke KB semalam pun memang untuk menghadiri majlis aidifitri itu selepas sdr Dr Wan Zawawi Wan Ismail yang baru dilantik menjadi Pengurus H&R PKINK mempelawa saya datang. Kesebetulan saya bercating dengan beliau dan dipelawanya agar saya hadir.

Sekali lagi berkebetulan pula Dr Wan Suhaimi Wan Daud (Ketua PKR Cabang Pasir Mas) yang mendapat undangan mengajak balik. Jadi dua kebetulan itu menjadikan kebetulan ketiga buat saya bertemu kenalan (penjengok blog) serta beberapa rakan yang sudah bergelar wakil rakyat atau bekas wakil rakyat di majlis itu yang juga berminat dengan isu yang dibangkitkan itu.

Orang no 1 PKINK bersama bekas YB dan Dr Wan Suhaimi.
Majlis anjuran PKINK semalam saya mendapat tahu ianya jarang diadakan. Bukan setiap tahun tetapi sekali sekala. Namun majlis semalam bagi saya memberi signifiken kepada perbadanan korporat negeri itu sesuai dengan perubahan MB baru. Yang hadir semalam dari kalangan bos-bos anak syarikat kerajaan dan selebihnya 'pelanggang' PKINIK, pihak bank, pelabur dan sebagainya.

Sebahagian jemputan PKINIK yang hadir.
Menurut seorang pegawai kanan tujuannya merapatkan silaturahim dan saling kenali mengenali. Usaha sebegitu (re-treat) singkat cukup bagus dalam meletakkan PKINK sebagai penjana ekonomi dan kewangan terutamanya di Kelantan. Hampir semua pemimpin kerajaan negeri hadir termasuk tetamu istimewanya MB Ahmad Yakub. Saya percaya bekas MB Nik Aziz juga diundang, tetapi kerana beliau di hospital tidak dapat hadir.

Antara Exco yang hadir Hanifa Ahmad, Dr Ramli Mohamd, Mejar Mohd Anizam Abdul Rahman yang duduk semeja dengan saya. Turut hadir speaker Abdulah Yaakob, MP Pengkalan Chepa Dr Izani Hussin (harap tidak salah eja kali ini), Adun Pasir Tumbuh, Abdul Rahman Yunus, bekas Adun Limbongan Drs Zainuddin Awg Hamat dan lain-lain.

Bagaimana pun TMB Mohd Amar tidak kelihatan mungkin dia telah datang awal ataupun ada acara di tempat lain. Kalau dia hadir tentu saya akan bertanya direct mengenai komen dan serangan yang dilemparkan ke atasnya. Sedap juga dengar Mohd Amar memakah orang.

Berbalik kepada mauduk yang hendak saya perkatakan di sini tadi, iaitu mengenagi tulisan dalam blog berhubung kemungkinan anak syarikat milik negeri akan disaman itu, menurut salah seorang pegawai PKINK isu sudah selesai. Katanya sebaik saya mendedahkan dalam blog tindakan segera diambil. Hutang syarikat berkenaan telah diselesaikan. Fail mengenainya sudah ditutup. Ai... cepat... bisik hati saya. Syukurlah...

Mengenai serangan ke atas Mohd Amar saya tidak perlu menjelaskan di sini. Cukup kalau saya menasihat Mohd Amar agar jangan terlebih melayan dan memberi apa-apa kritikan dan teguran ke atasnya. Sebaiknya beliau mendiamkan diri dan menerima teguran sebagai cabaran untuk bermuhasabah diri.

Mohd Amar perlu mulai belajar menjadi orang nombor. Dalam apa-apa organisasi atau kerajaan orang nombor dua penting. Berjaya atau tidak orang nombor satu ia bergantung kepada orang nombor dua. Orang nombor juga benteng kepada orang nombor satu. Jadi dalam kedudukan hari ini kalau ada musuh hendak tembak dan bedil Ustaz Mat, orang akan hala dan sasaran kepada Mohd Amar. Mohd Amarlah kena tahan bodinya.

Kalau beliau tidak sedar hakikat ini beliau akan berdepan dengan masalah dan kepala akan makin panas. Bliau juga akan gagal menjadi pendiding Ustaz Mat. Kritikan kepada Mohd Amar bukan saja di sekitar kedirian dan keperibadiannya yang dilihat pongoh, suka melenting dan sebagainya, sebaliknya selepas orang akan korek apa-apa kesilapan dan kesalahan yang ada. Jadi beliau kena bersifat tasamuh dan bertawakal.

Mengenai ada tuduhan mengatakan beliau terlibat dalam penyingkiran Husam Musa, beliau harus diam mengenai perkara ini. Mohd Amar perlu memekakan telinganya seberapa yang boleh. Isu Husam tidak disenaraikan dalam barisan Exco sudah terjawab sebenarnya. Bagi mereka yang arif mengenai politik serta tahu mengenai tribulasinya faham dengan apa yang berlaku. Lagipun isu kenapa Husam tidak ada dalam kerajaan sudah dijelas dengan terang oleh Ustaz Mat dan Husam sendiri tidak membangkitkan apa yang berlaku dan redha.

Sebagai TMB yang membantu MB, apa yang paling penting Mohd Amar jaga integriti kerajaan Pas Kelantan. Beliau harus memastikan segala polisi dan dasar kerajaan yang digarapkan berjalan lancar. Begitu juga dengan janji-janji atau dasar dalam manifesto kena diusaha melaksanakannya.

Tanggapan kerajaan pimpinan Ustaz Mat bersama Mohd Amar ini gagal kerana dibuat perkiraan dalam tempoh 100 hari adalah kurang tepat. Ukuran itu tidak adil. Ustaz Mat, Mohd Amar dan exco lain perlu diberikan masa untuk mereka menunjukkan keupayaan mereka.

Manakala kalau ada kritikan dan ejekan mengenai kegagalan dalam tempoh 100 hari itu pihak kerajaan tidak perlu menjawab khasnya Ustaz Mat atau Mohd Amar tetapi biarlah pihak ketiga menjelas dan memberi penjelasan bagi mengelakkan berlaku konflit kepentingan di sini.

Mengenai Husam yang tercicir itu sekiranya dia mempunyai kelebihan dan keistimewaan tersendiri kenapa harus tinggalkan untuk ikut sama berpartisipasi dalam kerajaan hari ini. Perlantikan Husam untuk terus memegang dua GLC (sebagai pengerusi) adalah satu tindakan baik. Namun lebih baik kalau Husam juga dikekalkan untuk mengawal dan menjana ekonomi Kelantan di PMBK.

Ilmu, pengalaman atau kekereatifan Husam dalam apsek ekonomi jangan disia-siakan. Masalah yang menjadi riuh randah sekarang ini bagi saya akan selesai kalau Husam diterima sebagai salah seorang anggota pembangun Kelantan. Dalam masa sama ketepikan perasaan tidak enak yang tumbuh di pinggir kepala masing-masing.

Seperkara yang kerajaan dan Pas Kelantan perlu sedari perkembangan di dalam kerajaan Kelantan kini sedang dicerapi oleh Umno seserius mungkin. Umno kini seperti kucing bertaring yang sedang mengintip pergerakan sekawan anak tikus. Ia akan menerkam anak tikus itu sebaik saja ia merasakan sudah begitu lapar dan ketika anak tikus itu sudah begitu ralik dan syok (bergaduh sesama sendiri).

Pilihan raya ke-13 dan keputusan sudah pun diperolehi. Elok benarlah kalau Pas Kelantan membuat persiapan mengemaskan barisan dan mengatur strategi untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14. Pilihan raya umum akan datang sangat mencabar bagi Pas.  Kalau Umno Kelantan sudah bersiap sedia macam mana pula dengan Pas? [wm.kl.6:53 pm 21/08/13]

1 comment:

Ridzuans said...

Assalamualaikum w.b.t. Tuan MSO.

Sy kira isu peminggiran Husam dlm kabinet kerajaan Kelantan telah lama berlalu dan tiada isu yg dibangkitkan. Cuma kritikan ke atas pentadbiran Kelantan sekarang ini disebabkan tiada perkembangan yg sepatutnya. Dan jwpn dr TMB juga tidak berkesinambungan antara Exco yg tlibat..

Isu 100 hqri juga Tuan telah kupas sblm ni. Jd silalah nilai sndr. Mcm tuan kata, semua org menilai kerajaan baru ini.