Tuesday, October 8, 2013

Hutan simpan yang diluluskan hanya 3,500 ekar

FOLLOW UP                                                                                        

Adun Salor, Husam Musa baru sekejap tadi menyebut perihal hutan simpan di Chabang Tongkat Hulu Set Machang yang diluluskan kepada seseorang di Dewan Undangan Negeri Kelantan ketika beliau membahas belanjawan Kelantan 2014.

Beliau menyebut kelulusan hutan simpan itu berdasarkan kepada surat permohonan kepada Menteri Besar bertarikh 6 Ogos 2013. Surat permohonan itu di atas dua keping kertas sahaja dan ia diluluskan kepada seorang pemohon.

Beliau menyesali atas apa yang berlaku dimana tidak sepatutnya ia diberi begitu sahaja kerana dalam mesyuarat MKK sebelum ini semua tanah hendaklah ditander.

Bagaimana pun jumlah yang disebut Husam Musa tanah itu seluas 3,500 ekar bukan seperti mana yang saya difahamkan seluas 35,000 ekar seperti mana dicatat sebelum ini.

Menurutnya juga Pejabat Perhutan Negeri telah diarah menyiapkan penandaan kawasan berkenaan dalam tempoh terdekat pastinya untuk tujuan penebangan balak.

Jadi jelas maklumat yang saya terima adalah benar cuba tersilap mengenai jumlah ekarnya sahaja. Atas kekhilafan yang tidak disengajakan itu dipohon kemaafan. [wm.kl.3:48 pm 08/10/13]

3 comments:

Al-Khattab said...

oooooo.....bagi ambo...biar abe MSO tersilap angka daripada kerajaan negeri tersilap langkah....tersilap abe MSO hanyalah diatas kertas, di paparan maya.......tapi, jika kerajaan negeri tersilap langkah, buruk padahnya.....

bat8 said...

Tuan,

Ambo sedih mendengar berita ni. Apatah lagi kelulusan yang begitu mudah dibuat oleh sebuah kerajaan yang menjadikan Islam sebagai dasar pentadbirannya.

Walaupun ambo sedih tetapi ambo tidak terkejut kerana ambo sudah lama menjangka sesuatu yang seperti ini akan berlaku apabila melihat senarai exco-exco baru yang dilantik oleh MB baru.
Sepatutnya barisan baru nih lebih tinggi standard integriti dan daya urus tadbirnya kerana MB & TMB adalah golongan ulamak yang faqih dalam bidang ugama sebagaimana yang diinginkan oleh puak-puak UG didalam Dewan Ulamak PAS Pusat. Tapi napoknya macam kacau" suro",pakai ikut sedap nak buat lagu manow....takdok bezo dengan puok Umno hok dok kacau suro sokmo-sokmo.

Inilah tanda-tanda awal dari tanda-tanda yang lagi banyak yang akan kita dapat tengok yang kerajaan PAS Kelantan akan tumbang dalam PRU14. Tumbang bukan keranq Umno kuat tapi puok p3mimpin PAS berperangai Umno.

bat8

imah said...

Dalam tahun 1987, saya serta beberapa ahli JKKK beberapa kampung sekitar Telekong telah mneyediakan satu kertas kerja memohon "sedikit" tanah kerajaan di sekitar kawasan Berangan Mek Nab bagi tujuan tapak rumah untuk menampung jumlah penduduk beberapa kampung sekitar yang telah penuh sesak.

Walau pun mendapat sokngan daripada ADUN Temangan dan MP Kuala Krai tetapi atas alasan kawasan berkenaan adalah kawasan tadahan hujan, permohonan kami ditolak.

Tetapi sekarang boleh pulak diluluskan permohonan daripada seorang sahaja.

Sungguh wow...!!!! individu tersebut dapat limpah kurnia 3,500 ekar.