Friday, March 7, 2014

Anwar akan dirihatkan dalam penjara kali kedua?

TERKINI                                                                                            

[kemaskini] Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lima tahu ke atas Anwar. Sementara pelaksanaan penjara ditetapkan Anwar dibenarkan ikat jaminan RM10,000. 7:02 malam.

Mahkamah Rayuan mendapati Anwar Ibrahim bersalah atas dakwaan meliwat pembacuh kopinya enam tahun lalu. Hukuman bagaimana pun belum diputuskan. Dengan perkembangan terbaru ini bermakna pelan transisi, Kajang Move sudah berkecai.

Anwar merenung jauh mengenang nasib politiknya.
Malam ini Anwar akan tampil di Kajang dipentas ceramahnya seperti biasa. Mungkin ada amanat penting yang beliau hendak sampaikan malam ini.

Seperti diduga senario politik Malaysia juga akan berubah 360 darjah. Mereka yang selama ini benci dan dendam kepada Anwar boleh bersorak dan melompat. Apa yang mereka hajati dan doakan telah termakabul.

Kepada Najib Razak tidak semestinya lautan politik beliau tenang apabila Anwar disumbat ke dalam penjara. Anwar mungkin hanya harimau di dataran kepada Najib, tetapi jerung dan pauh yang menanti Najib masih ada dalam lautan dalam.

Begitu juga kepada Abdul Khalid Ibrahim. Beliau boleh tersenyum dan melakar peta politik lebih luas lagi. Mungkin jawatan timbalan presiden yang diidamkan boleh ditukar kepada jawatan presiden. Khalid dan kuncu-kucunya boleh merancang pada malam ini juga ekoran keputusan mahkamah rayuan hari ini.

Untuk Pas bersiap sedia untuk mengharungi samudra politik secara bersendirian. Sekiranya Pas ingin selesa, tidak mahu bersakit-sakitan nah, ini masa untuk bersama Umno. Anwar tidak menjadi penghalang lagi. DAP boleh Pas palingkah menjadi musuhnya semula.

Kepada Anwar beliau kena terima suratan yang telah ditetapkan terhadapnya. Berani mencincang bahu hendaklah sanggup memikul. Cuma saya nak sebut kali ini, pemenjaraan Anwar tidak akan mencetus riak dan gelombang seperti tahun 1998 dulu. Rakyat sudah letih dan rakyat mahu kepada game yang berlainan pula. Cukup setakat ini dulu. [wm.kl.5:59 pm 07/03/14]

2 comments:

bat8 said...

Tuan

Episod sodomi 1 berulang lagi. Setelah membaca laporan hujah shafee pada hari pertama saya sudah dapat menjangkakan keputusan hari ini.Apatah lagi melihat tarikh perbicaraan ini ditetapkan begitu hampir dengan sidang parlimen dan penamaan calon PRK Kajang.

Juga apabila melihat senarai hakim yang bersidang terutamanya ketua, jika kita selalu ikuti kes yang m3nyenak perut UMNO yang dibawa k3pada mahkamah rayuan, kita sudah boleh agak keputusannya d3ngan m3lihat hujah yang dibawa oleh pihak peguam UMNO diperingkat awal lagi.

Sebenarnya senario politik selepas ini akan kembali kepada zaman 1998 dulu. Nampaknya Najib telah menempah kejatuhan yang tidak bol3h di3lak lagi. Tindakan Najib hari ini terlalu menjolok mata untuk menyelesaikan masaalah yang tidak besar. Ibarat bapak pergi tumbuh budak umur 7 tahun yang m3nimbul masaalah kepada anaknya yang juga berumur 7 tahun.

Percayalah PR akan tetap utuh. Kalau PAS cerdik PAS tidak akan meninggalkan PR kerana laba dalam keadaan ini terbukti lumayan.

PKR akan kelam kabut sedikit buat sementara waktu sebelum k3mbali dengan lebih stabil. Perlu diingat PKR mempunyai ramai tokoh muda yang hebat dan cerdik politik. Mungkin perbalahan dalaman kerana nak rebut ngupoh akan kendur. Yang pe4lu diperhatikan ialah tindakan Khalid Ibrahim selepas ini.ini akan memberi gambaran samada ada hubungan dengan UMNO atau tidak.

Kesan pertama dari keputusan mahkamah rayuan hari ini kepada Najib dan UMNO ialah k3putusan PRK Kajang nanti. Sendiwara kat mahkamah mudah difahami oleh pengundi-pengundi kajang. Kita tengok sambutan rakyat kepada ceramah PR selepas ini dan ia akan memberi sedikit panduan kepada keputusan nanti.

Unknown said...

Jerebu sepertimana 1998 kembali.