Monday, January 12, 2015

Tidak wajar Zainuddin marah marah The Star

SENANDUNG MALAM                                                                                   

Zainuddin marahkan The Star.
Bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu, Zainuddin Maidin mengecam sebuah akhbar kerabat Umno, The Star kerana dianggap menjalankan kempen secara halus dan jahat untuk melaga-lagakan orang Islam dan menanamkan semangat bencikan Islam dan Melayu di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.

Menurutnya kempen itu berselindung di sebalik bahasa Inggeris dan keharmonian agama.

Sehubungan itu Zainuddin menggesa orang Melayu sedar peranan akhbar berkenaan. Beliau juga menyamakan akhbar itu seperti sikap parti DAP dan MCA dan orang bernama Wong Chun Wai.


Dalam laporan yang dipetik daripada entri terbaru dalam blognya,  Zainuddin menyatakan kekesalan terhadap akhbar berkenaan yang langsung tidak menyiarkan isu berkaitan tuduhan liar peguam Eric Paulsen terhadap khutbah Jumaat dikeluarkan Jakim. Dilaporkan peguam itu sebagai menganjurkan ekstrimisme menerusi khutbahnya.

Marah marah sungguh bekas Ketua Pengarang akhbar Utusan Melayu itu sehingga meminta seluruh orang Islam di negara ini sedar (menolak -P) dan mendedahkan akhbar The Star yang disokong anasir-anasir perkauman dalam MCA dan juga anasir pelampau Kristian. Kalau hendak dikira kenyataan Zainuddin itu boleh dianggap berunsur menghasut?

Saya tersenyum membaca marah marah Zainuddin yang juga bekas Menteri Penerangan yang kalah teruk di parlimen Sungai Petani itu. Sebagai seorang Melayu Islam, saya sangat memahami akan kemarahannya itu. Bagaimana pun jadi nak "ssuka" pula bila mengenangkan apa dilakukan Zainuddin semasa berkuasa sebelum ini kontradik dengan sikapnya yang cuba ditonjolkan kini.

Untuk pengetahuan Zainuddin, apa yang beliau lakukan sebelum ini semasa menguasai akhbar kumpulan Utusan Melayu Berhad, kini berulang dilakukan The Star dengan tujuan sebagai "kifarah" terhadapnya.

Apakah Zainuddin terlupa apa yang beliau lakukan semasa menjadi Ketua Pengarang Kumpulan akhbar itu dahulu. Bukankah Zainuddin menggunakan akhbar berkenaan sewenang-wenangnya untuk kepentingan Umno sehingga sanggup menodai etika kewartawanan.

Tidakkah Zainddin lupa bagaimana dia mencerca dan memfitnah Pas dan menyembunyikan fakta sebenar apa yang patut diketahui rakyat tentang Pas dan perjuangannya? Menerusi kolom "Awang Selamat" juga Zainuddin pernah disaman kerana menganggap Abdul Hadi Awang sebagai Nabi.

Apa yang Zainuddin tidak lakukan menerusi akhbar itu kepada Pas. Tanyalah orang-orang Pas 20 atau 30 tahun lalu mereka sangat sedih dan kesal dengan akhbar Utusan yang ditangani Zainuddin. Zainuddin tidak pernah memberi laporan benar mengenai Pas melainkan mengkeronyok Pas sehabis-habisnya. Peluang dan kesempatan yang Tuhan berikan kepada beliau yang seharus digunakan untuk menguatkan Islam dan Melayu terlepas begitu sahaja kerana Zainuddin syok dengan doktron politik Umno.

Sejarah beberapa kali Pas melancarkan pemulauan daripada membeli akhbar berkenaan serta pembakaran akhbar Utusan Malaysia menujukkan sadisnya layanan akhbar berkenaan kepada Pas semasa ditangan Zainuddin dan kemarahan itu tidak dapat ditahan oleh orang-orang Pas. Lantaran itu ada orang Pas akan muntah darah kalau terbaca atau terbeli Utusan.

Kebencian dan ketidakpercayaan orang-orang Pas kepada laporan akhbar berkenaan juga adalah bermula dari tangan Zainuddin.

Jadi kalau The Star hari ini tidak peka dan prihatin kepada masalah Melayu dan Islam atau menjadi alat kepada anasir jahat, yang dikesalkan Zainuddin itu, Zainuddin tidak perlu menyesalinya kerana apa dilakukan The Star itu ia meniru apa yang dilakukan Zainuddin. Zainuddinlah mengacuankan akhbar menjadi alat perpecahan, menanamkam semangat benci membenci sesama sendiri.

Jadi tidak payahlah Zaiunuddin marah-marah dengan The Star atau sikap chauvenis DAP dan juga MCA.  Marah pun tidak ada guna, ia hanya boleh menaikkan suhu darah sahaja yang boleh membahayakan kesihatan. Sepatutnya Zainuddin marahkan dirinya 30 tahun lalu lagi untuk menjadi adil kalau dia marahkan The Star hari ini.

Hari ini Sazali sudah besar, sudah punya wang dan kuasa, bapa hanya asyik anakku Sazali, anakku Sazali. Hehe..I am sorry.  [wm.kl. 7:29 pm 12/01/15]

No comments: