Friday, November 6, 2015

Hadi Awang tidak boleh jadi syaitan bisu

SENJAH MALAM

Selepas hampir 20 jam Husam Musa mendedahkan presiden Pas Abdul Hadi Awang ada niat dan merancang untuk menubuhkan kerajaan Selangor gabungan Pas bersama Umno serta menjmput sama PKR, Abdul Hadi masih diam membisu.

Hadi perlu jawab kenyataan Husam.
Sehingga ini tidak ada apa-apa kenyataan balas daripada Abdul Hadi atau wakilnya. Mungkin beliau tidak ada dalam negara atau pun belum mendengar ceramah Husam malam tadi?

Husam malam tadi menerusi ceramahnya di Kedai Mulong, Kota Bharu mencabar Abdul Hadi supaya menafikan apa yang didedahkan itu. Apakah apabila Hadi membisu dakwaan Husam itu benar?

Bagaimana pun Pesuruhjaya Pas Selangor menafikan wujud pakatan Pas bersama Umno untuk menubuhkan kerajan di Selangor. Pesuruhjaya Pas itu menafikan dakwaan Husam sambil berkata tidak ada keperluan bagi Pas berbuat begitu, berpakat dengan Umno. Sebalik katanya kalau ada dia tidak bersetuju.


Mungkin Pesuruhjaya Pas Selangor itu tidak tahu menahu kerana perkara itu di luar pengetahuannya. Husam dakwa Abdul Hadi mengakui sendiri rancangan berkenaan dan pengakuan Hadi itu didengari sama oleh beberapa pemimpin lain.

Dalam pada itu MB Selangor Mohamed Azmin Ali mengakui tidak tahu menahu hal itu dan minta wartawan bertanyakan kepada Husam atas alasan Husam yang membangkitkan perkara itu. "Saya tidak mahu campur itu urusan Pas," kata Azmin dipetik.

Sama ada Pesuruhjaya Pas Selangor atau pun Azmin tidak wajar untuk mereka mengulas perkara itu apa lagi menafikan apa yang didedahkan Husam. Orang yang berhak dan bertanggungjawab menjawab kenyataan Husam ialah Abdul Hadi Awang. Husam semasa membuat pendedahan itu tidak hirau apakah ia akan dimarahi ataupun tidak.

Penjelasan atau penafian daripada orang lain termasuk Setiausaha Agung maupun Pengarah Pilihan raya Pas, ia tidak sama dengan jawaban dari Abdul Hadi sendiri. Pendeaahan Husam itu juga perlu diselesaikan kerana kalau ia benar atau tidak ia menjejaskan imej presiden yang juga menjadi timbalan presiden Ulama dunia. Seorang bertaraf ulama dunia tidak boleh berbohong.

Apakah akan ada kluk klik macam ikan keli dalam besen lagi mengenai hal ini? Kita tunggu. Tanpa menjawab dakwaan Husam orang akan menuduh Abdul Hadi sebagai syaitan bisu.
 [wm.kl.8:38 pm 06/11/15]

No comments: