Tuesday, February 2, 2016

Tindakan Ali Rustam songsang

ULAS ISU

Tindakan Ali Rustam yang marah kepada Pengarah Operasi Khas SPRM Bahri Mohd Zain yang mengatakan SPRM bercadang membuat rayu berhubung kes dana RM2.6 billion dan SRC International melibatkan Najib Razak jelas menunjukkan pembelaan buta oleh bekas Ketua Menteri Melaka itu dan suatu tindakan songsang.

Kenapa Ali perlu marah dan menyarankan SPRM mengambil tindakan displin kepada Bahri sedang pegawai itu menyatakan haknya untuk menegakkan keadilan yang diimpikan rakyat? Tentu apa dinyatakan pegawai itu berdasarkan kepada hujah dan bidang kuasa yang ada. Ali patut membuat kajian minat rakyat berkaitan perkara itu, menyokong langkah dicadangkan Bahri ataupun Peguam Negara, Apandi Mohamed.

Tidak mungkin Bahri bercakap kosong apa lagi dengan niat sengaja hendak memalukan Perdana Menteri. Seorang pegawai yang berwibawa tidak dilingkungi pengaruh politik akan bercakap berlandaskan fakta dan hujah demi kepentingan rakyat dan negara. Dalam apa situasi pun pegawai kerajaan yang bertanggungjawab mereka mengutamakan rakyat daripada kepentingan peribadi lain.

Tentu ada peruntukan bagi SPRM untuk membuat rayuan terhadap apa-apa kes yang ditolak atau ditutup sekiranya ia tidak memuaskan hati. Apakah apabila ia melibatkan vvip seperti Najib, perdana menteri maka peruntukan dan hak itu boleh diabaikan sahaja? Tindakan Peguam Negara mengarahkan SPRM agar tutup kes itu juga diragui akan sejauh mana haknya? Dalam undang-undang negara mana termasuk juga Malaysia sikap double standard tidak patut berlaku.

Seorang perdana menteri tidak mempunyai imuniti lebih daripada apa dimiliki Perlembagaan? Apakah Ali Rustam memahami hakikat ini? Atau beliau sememangnya jahil tukil. Najib tidak boleh dianggap maksum selagi proses mencucinya tidak dilakukan sepenuhnya. Jangan kerana kita mendapat habuan dari kuasa perdana menteri maka setiap apa dilakukan perdana menteri itu diterima tanpa soal? Beruk pun sebelum ia telan biji rambutan ia akan gonyen dahulu.

Bahri menjadi sasaran Ali hanya kerana Pengarah Operasi Khas SPRM itu mengeluarkan cadangan untuk merayu keputusan Peguan Negara menutup kes melibatkan Najib itu. Peguam Negara Apandi Ali yang baru dilantik menyimpulkan tidak ada kes membabitkan Najib dan mengarahkan SPRM menutup siasatan. Arahan Peguam Negara itu juga songsang, kerana apa yang baiknya beliau terus mengarahkan SPRM menyiasat sehingga semua pihak berpuas hati.

Apa yang berlaku dalam kes ini mengikut pengalaman Bahri ianya jelas. Ertinya ada kes boleh disabitkan.

Cadangan Bhari itu lalu disifatkan oleh Ali sebagai sengaja untuk mengaibkan perdana menteri, dalam konotasi lain seolah-olah Bahri tidak akur kepada "perintah" Pegauam Negara. Paling buruk lagi Bahri dituduh menjadi alat kepada DAP.

Ali tidak perlu takut dengan cadangan itu kalau perdana menteri berada dipihak yang benar. Buatlah rayuan dan beberapa kali siasatan kalau benar tetap benar? Atau pun Ali ada dendam tersendiri dengan SPRM terutamanya Bahri dalam kes yang sama? Apakah Ali juga pernah melarikan wang dana ke dalam akaun peribadinya selama menjadi Ketua Menteri Melaka? Begitukah?

Tindakan Ali mengherdik Bahri dan membela Najib itu merupakan satu sikap tidak wajar dilakukan oleh seorang bernama pemimpin sepertinya. Sebagai Senator Ali sepatutnya diharap sama-sama menegakkan kebenaran dan membenteras kemungkaran, tetapi terjadi sebaliknya cuba melindungi kemungkaran.

Cara Ali bertindak menyebabkan rakyat makin tidak percaya kepada pemimpin politik seperti Ali dan Ali sendiri hilang wibawa selaku pemimpin. Mungkin berdasarkan senario inilah menyebabkan Ali dilempar oleh pengundi Bukit Katil dalam pilihan raya umum lalu. Jadi tidak hairanlah...[wm.kl.3:57 pm 02/02/16]

No comments: