Wednesday, March 16, 2016

Menanti pengumuman kuasa ketiga politik Malaysia

NOTA PAGI

Hari ini seperti mana diuar-uarkan parti agama (Pas) akan mengumumkan bentuk blok ketiga politik negara yang juga akan menjadi kuasa ketiga politik Malaysia. Sejak ia diumumkan cadangan pembentukan itu, ramai yang tertunggu-tunggu apakah bentuk dan rupa kuasa ketiga berkenaan.

Ada yang konfius dan ada yang bingung dengan tindakan Pas. Cadangan parti itu dilihat tidak relevan dan membantu kepada pembangunan politik di negara ini terutamanya dalam usaha untuk menumbangkan kerajaan BN yang dianggap korupsi, melakukan pelbagai kemungkaran serta sikap pemimpinnya yang tidak berair muka.

Mereka yang yakin politik Malaysia boleh berubah daripada tgerus dibajaki kuasa oleh Umno dengan sistem dua parti, tidak berkenaan dengan tindakan Pas itu, dan menganggap parti berkenaan tidak mursyid berpolitik.


Blok ketiga parti itu juga dikatakan akan memberi keuntungan kepada Umno dan pemimpinnya Najib Razak. Ia tidak menyumbang kepada kejatuhan Najib seperti mana diharapkan tetapi menjadi sebaliknya, pemangking kepada Najib dan UBN. Apakah pembentuk dengan niat sedemikian sebagai satu taubat nasuha Pas kepada Umno?

Pembentukan blok yang belum pasti apa benda itu juga seolah menentang arus dengan aspirasi oposisi sekarang ini yang mendapat sokongan atau bonos daripada tindakan Dr Mahathir Mohamad dan beberepa orang Umno yang lain. Sepatutnya Pas mengalu-alukan langkah Mahathir yang memberi markah kepada oposisi, tetapi tidak begitu nampaknya.

Walaupun Dr Mahathir pernah dilihat sebagai orang paling jahat dan tidak berhati perut terhadap pembangkang, tetapi tindakan terkini beliau yang membuang sokongan kepada Najib sepatutnya diambil kesempatan. Setengah yang tidak suka dengan Dr Mahathir beranggapan bekas PM itu mahu mencuri kesempatan. Dari prinsip Islam islaah yang berlaku ke atas diri Mahathir adalah juga kehendak dan gerak geri Tuhan, apakah parti agama tidak membaca keadaan ini.

Penolakan terhadap kerjasama dihulurkan Mahathir untuk jatuhkan Najib dianggap menguntungkan Mahathir dan satu lagi tipu dayanya. Soalnya kenapa meletakkan hanya Mahathir ingin mencuri kesempatan tetapi kenapa tidak dengan kita? Politik ialah sebuah permainan yang tidak terikat dengan rukun-rukun agama. Dalam sesebuah permainan atau game sesiapa bijak ia akan berjaya.

Oleh kerana parti agama itu berasakan mereka adalah parti perfects dari segi agama, maka kita berharap pengumuman blok atau kuasa ketiga nanti menegaskan yang Pas akan menjadi parti bersendirian yang berorentasi agama sepenuhnya di mana perjuangan Pas bukan untuk mendapakan kuasa melainkan mengharap keredahaan Allah.

Bagi Pas kalah dalam pilihan raya bukan satu dosa, gagalan mendapat keredahaan Allah itu adalah satu kesalahan. Dalam konteks hari ini Umno adalah parti yang berjuang untuk menang dan menerusi kemenangannya akan dilaksanakan Islam, maka wajar Pas menyokong dan bekerjasama dengan Umno. Dengan kefahaman itu adalah salah kalau Pas menentang Umno.

Apakah blok baharu bakal diumumkan nanti, Pas menjadi pemangking kepada keutuhan kerajaan Umno dan kesenimbungan Najib sebagai perdana menteri. Kita tunggu pengummannya nanti dan bersama kita menganalisanya. [wm.kl.9:17 am 16/03/16]

No comments: