Friday, August 5, 2016

MB Terengganu kurang komited?

JENGUK TERENGGANU

Menteri Besar Terengganu yang dalam keadaan "senak perut" kini, Ahmad Razif Abdul Rahman menegaskan yang beliau belum menanda-tangani sebarang dokumen penyerahan medan minyak Bertam kepada mana-mana pihak seperti didakwa.

Beliau juga membayangkan tidak berbangkit soal kawasan itu diserahkan kepada mana-mana pihak kerana ia dibawah bidang kuasa Petronas.

Penegasan itu dibuat ekoran dakwaan bekas MB Ahmad Said, kononnya medan minyak Bertam itu telah diserahkan kepada syarikat berkaitan 1MDB, di mana pertikaian mengenai hal itulah menyebabkan Ahmad Said dipecat sebagai MB Terengganu dan diganti dengan Ahmad Razif.


Bekas MB itu sebelum ini digambarkan cuba mempertahankan medan Bertam itu supaya kekal atau menjadi hak kerajaan Terengganu. Tindakan Ahmad Said itu bagaimana pun tidak disenangi oleh Najib Razak sehinggakan akhirnya beliau dipecat sebagai MB.

Dalam pada itu menurut Ahmad Razif pihaknya sedang berusaha membuat permohonan rasmi kepada kerajaan Persekutuan agar Terengganu memperolehi hasilnya demi kebajikan rakyat.

Jelas Razif lagi tidak ada isu soal telaga minyak berkenaan kerana ia bukan hak Terengganu alasannya kawasan itu berada di luar kawasan tiga batu nautika. Cara Razif menjelaskan itu menunjukkan kelemahannya sebagai MB yang sepatutnya mempertahankan hak rakyat Terengganu itu.

Apakah semasa hendak diantik menjadi MB Terengganu dulu, Razif sudah diberi kata dua dan berjanji dengan Najib agar tidak menyusahkan "urusan" menghak-milikkan medan Bertam itu kepada kerajaan persekutuan?

Apa pun cara Razif berpolitik tidak menggambarkan beliau komited untuk menjaga atau memperolehi hasil daripada medan Bertam yang dipertikaikan itu demi untuk rakyat Terengganu sebaliknya bersikap terbuka dengan kerajaan Persekutuan berhubung medan minyak itu.

Mungkin kerana sikap tidak bersungguh Razif itulah menyebabkan kedudukannya sebagai MB dipertikaikan terutamanya oleh Ahmad Said. Sebelum ini hubungan Razif dengan Sultan Terengganu juga dilihat tidak begitu mesra apabila semua darjah kebesaran yang dikurniakan kepadanya ditarik balik oleh Sultan Terengganu. [wm.kl.8:41 am 05/08/16]

No comments: