Friday, August 11, 2017

Pengerusi SPRM jangan bazirkan air liur

NOTA SENJA

Kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Dzulkifli Ahmad suruhanjaya itu boleh menyiasat Zahid Hamidi yang didakwa memiliki kekayaan melampau, RM230 juta sekiranya ada asas. Asas itu dijadikan syarat untuk SPRM menyiasat, tegasnya.

Sebenarnya kalau Dzulkifli tidak bercakap lagi bagus mengenai hal ini kerana orang sudah tahu apakah tindakan dan sikap SPRM terhadap Zahid sebagai seorang penjawat jawatan kedua negara ini. Suruhanjaya itu sama sekali tidak berani untuk menyiasat mana-mana individu berkedudukan setinggi Zahid itu.

Bila beliau bercakap menyebabkan orang ramai naik darah kerana sudah maklum macam mana sikap badan-badan penguasat kuasa yang dibawah kawalan pihak berkuasa, seperti SPRM, Polis Di Raja, Kehakiman, SPR dan lain-lain.


Contoh sudah ada bagaimana Najib Razak boleh tidur lena dan pagar rumahnya tanpa perlu dikunci daripada dimasuki pegawai SPRM walaupun orang sudah kalut seantero dunia mengatakan dia melakukan salah guna kuasa dalam skandal 1MDB. Perjalanan 1MDB dan skandalnya tidak dapat dielakkan daripada dibabitkan dengan Najib.

Kemasukan dana RM2.6 billion ke dalam akaunnya terus menjadi perkara misteri dan SPRM tidak pun mengambil perkara itu sebagai asas. Sebab apa, sebab Najib adalah perdana menteri orang yang bertanggungjawab menunjukkan individu (Dzulkifli) untuk berada di kemuncak suruhanjaya itu.

Lainlah kalau Zahid sudah turun dari kerusinya itu dan dia pula berpaling tadah menyerang Najib, untuk bersama pembangkang, baharulah SPRM berani dan mungkin tidak memerlukan apa-apa asas untuk menyiasat Zahid.

Hal ini sudah pun dilalui Zahid semasa dia menjadi ketua pemuda Umno dan menyokong Anwar Ibrahim dahulu di mana ketika itu Dr Mahathir adalah perdana menteri. Zahid yang kedudukannya jauh lebih rendah dari kedudukan hari ini tidak dilindungi oleh kuasa politik partinya.

Apa yang menimpa anak-anak Dr Mahathir Mohamad kini yang sedang diburu oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri, ialah kerana bapanya sudah tidak lagi menjadi perdana menteri. Kalau Dr Mahathir menjadi perdana menteri, usahkan siasat nak buka mulut mengenai hal itu pun tiada siapa berani.

Di negara ini perdana menteri boleh memberi sufaat kepada sesiapa sahaja yang diingini dan darjatnya lebih tinggi dari Perlembagaan.

Apakah seorang perdana menteri itu boleh melindungi kesalahan orang lain, kronisme atau tidak ia boleh ditafsirkan sendiri? Tidak perlu diberi jawaban kerana jawaban itu sudah lama terhening dalam kepala kita semua.

Jadi ulasan Dzulkifli itu hanya membazirkan air liur sahaja sedangkan hakikatnya tidak akan berlaku kalau pun asasnya ada, kerana selagi Zahid tetap di kerusi TPM. Kecuali seperti dikatakan tadi Zahid sudah berpaling tadah, baharulah SPRM akan mendapat banyak asas untuk menyiasat Zahid.

Atau pun SPRM boleh menyiasat Zahid bukan hendak mencari kesalahan sehingga boleh dibawa ke muka pengadilan tetapi siasat untuk mensucikan Zahid dari tuduhan rasuah.  [wm.kl.6:31 pm 11/08/17]

5 comments:

Mali Muyung said...

Setuju dgn tulisan sdr.Entah apa etika sprm ni.
Nak dakwa org pun kena tengok kiblat yg d dakwa. Kalau pmbangkang laju mcm Ferari tapi kalau sebaliknya slow mcm kereta Kancil saya.
Mcm d Sabah, tak kan politikus BN semuanya bersih. Ada yg d beritakan sdah ada harta berjuta dan berbillion. Senyap saja.
Ada yg boleh pakai Rolls Royce.
Govt servant pakai RR?
Mana sprm?

lelaki dicermin said...

Seandai pertukaran kerajaan BN ke PH.. apakah kakitangan kerajaan yg tertinggi di sesuatu jabatan contoh.. ń∑etua polis.. peguam negara dan SPRM boleh di ambik tindakkan.. setelah gagal menyiasat sesuatu kes yg rakyat sedar kes itu.. di lindungi oleh kakitangan tertinggi itu.. seandainya di adakan pertuduhan.. kakitangan tertinggi itu bg jawapan.. siasatan belum selesai..masih ada aktakah yg boleh di jadi pertuduhan bila melewat2
Sesuatu siasatan..sebagai contoh kes 1MDB..negara2 lain telah ada yg di hukum.. ada pd peringkat akhir siasatan.. sedangkan di malaysia..asas siasatan entah kemana.. yg rakyat hendak tahu... kedudukan k/tangan tertinggi itu seandai pertukaran kerajaan di izinkan AlLah berlaku..

Non-government servant said...

Kedudukan tertinggi ini MESTI ditukar kerana mereka-mereka inilah pengkianat negara dan duri dalam daging.

The Sh said...

Tukaarrrr dan dakwa semua terlibat sama ada yang bersenang dgn wang MDB atau pelindung2-nya.

ali along said...

Mereka mesti didakwa bkn ditukar kerana kianat pd tanggung jawab.