Friday, May 18, 2018

Anwar tidak tergoda dengan panggilan syaitan

SESUDAH SUBUH

Anwar: Tidak tergesa-gesa untuk jadi PM.
SELEPAS Dr Mahathir Mohamad diterima menghadap Yang diPertua Agong, Sultan Muhammad ke V kemudian mengangkat sumpah menjadi PM ke -7, kita semua rakyat rasa cukup lega dan bahagia. Keresahan yang meladum diri lebih enam jam pada malam 9 Mei terubat dengan segera. Mulanya Dr Mahathir dijadwal menghadap YDP jam 3:30 petang tetapi ditunda hingga jam 10:00 malam.


Selepas selesai Dr Mahathir mengangkat sumpah, kita berfikir proses untuk mengganti kerajaan berjalan dengan mudah dan selamat mengikut lunas-lunas demokrasi sewajarnya. Itu yang kita terima dan fikirkan. Tetapi kita tidak tahu apa yang boleh berlaku di sebalik proses yang dilihat mudah dan berjaya itu. Ia sebenarnya sungguh abstrak dan agak kronik sekali.

Jika kita berfikir kembali kenapa SPR mengambil masa begitu lewat untuk mengumumkan PH mendapat majoriti mudah dengan menang 113 kerusi daripada 222 kerusi dan boleh bentuk kerajaan setelah jam 4:40 pagi, tentu ia ada sesuatu yang tidak kena? Tentu kita akan meralat balik penerimaan kita kepada SPR itu?

Kita boleh menyoal kenapa ia tidak dibuat awal-awal. SPR telah merendamkan begitu lama keputusan itu untuk diumumkan. Betapa tidak rakyat menanti pengumuman itu seakan menanti ibu yang bersalin dengan menghadapi risiko serius, seperti tali pusat anak berbelit dengan uri sang ibu.

Semua orang resah dan suspen menunggu di luar ward untuk mengetahui keadaan ibu dan anak itu. Nah, begitu juga apa yang berlaku kepada rakyat pada malam 10 Mei itu, resah dan marah menanti pengumuman daripada SPR. Walaupun PH sudah menang tetapi SPR masih belum mahu mengumumkannya.

Mungkin kita boleh menerima alasan diberikan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Mohd Hashim Abdullah yang pihaknya belum mendapat pengumuman rasmi, tetapi kita rakyat malam itu tertanya-tanya kenapa ia menjadi sulit? Memanglah SPR tidak boleh mengumumkan apa-apa keputusan yang belum rasmi. Kita faham dan akur.

Tetapi mengapa begitu payah SPR untuk mendapat keputusan rasmi dan semacam mahu mengelak? Apakah proses akhir yang perlu dilalui? Dalam dunia serba canggih maklumat hanya dihujung jari ia tidak sepatutnya berlaku keputusan lewat sampai atau diperolehi hingga hampir menjelang Subuh. Apa yang lebih mengsuspen dan memanaskan dada lagi apabila media eletronik dan portal  sudah menyiarkan keputusan-keputusan tidak rasmi yang dilaporkan oleh wakil mereka berada di pusat penjumlahan undi menunjukkan PH menang banyak kerusi.

Justeru kelewatan itu boleh disepakati dugaan ada permainan daripada SPR. Ada sesuatu yang tidak menyenangkan di pihak SPR yang berlaku. Situasi itu menyebabkan orang mempunyai tafsiran lebih huduh yang SPR ada agenda lain?

Tidak dinafikan kelewatan SPR membuat pengumuman iu menimbulkan resah gelisah  kepada rakyat. Tindakan SPR itu juga berbeza dengan keputusan-keputusan pilihan raya umum sebelum ini, ketika BN menang. Lantaran itu orang ramai berhak menuduh SPR sengaja berbuat begitu dengan ada niat serong.

Apa lagi keputusan tidak rasmi menunjukkan PH menang dan BN kalah sudah lama diperolehi. Hatta Pengerusi PH Dr Mahathir Mohamad sendiri membuat pengumuman yang partinya menang lebih awal daripada SPR umumkan.

Kebarangkalian tindakan SPR itu ada motif lain ditambah pula dengan kenyataan Najib Razak untuk mengaku kalah kira-kira pukul 11:00 pagi keesokkan harinya dengan memberi tahu tidak ada parti mendapat majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan dan terpulang kepada YDP Agung untuk memanggil sesiapa menghadap untuk angkat sumpah sebagai PM. Kenyataan Najib itu menguatkan lagi sangkaan SPR mempunyai niat buruk SPR.

Kenyataan dan pengakuan Najib itu menunjukkan beliau bukan sahaja lewat untuk menerima dan mengakui kekalahan tetapi juga berat untuk menerima kekalahan dan tidak ikhlas mengaku kalah. Kenyataan sebegitu menunjukkan beliau masih enggan mengakui apa yang berlaku.

Apabila dipadan kenyataan Najib itu dengan kelewatan SPR membuat pengumuman rasmi, di sinilah boleh difahami antara Najib dengan SPR ada sesuatu nawaitu yang tidak baik sedang dirancangkan sejak dari malam hingga sebelum majlis angkat sumpah oleh Dr Mahathir.

Dan kalau benar ada niat busuk Najib dan SPR rakyat dan kita semua tidak tahu apakan bentuk dan natijah permainan itu. Tetapi yang jelasnya permainan di balik tabir itu menarik dan mengsuspenkan. Rakyat yang jujur dan ikhlas dengan sistem demokrasi dan politik tetap beranggapan ia masih berjalan seperti biasa dan mengikut lunas-lunas demokrasi.

Namun apa yang berlaku di belakang tabir itu terjawab dan memberi tafsiran jelas kepada kita, apabila Anwar Ibrahim mendedahkan apa yang berlaku pada malam kekalahan Najib dan kejatuhan BN itu. Menurut Anwar pada malam itu dua kali Najib menghubunginya, kononnya untuk meminta nasihat. Untuk apa Najib jadi murah dan mudah berhubung dengan Anwar? Sampai dua kali pulak.

Perkara ini didedahkan Anwar malam tadi ketika berucap kepada rakan-rakan yang mengunjunginya untuk sama-sama berbuka puasa dan bersolat tarawih di rumahnya.

Menurut Anwar, Najib menghubungi untuk meminta nasihat dengan perkembangan berlaku. Ertinya Najib sudah mengetahui kekalahannya itu. Anwar tidak menyebut secara berterus terang apakah butiran nasihat yang dikehendaki oleh Najib itu. Tetapi kita boleh memahami, "nasihat" itu membawa maksud yang lain yang sangat buruk kalau dipersetujui Anwar.

Sebagai orang yang mengalami kekalahan dan Najib sangat tahu risiko kekalahan, apa dimaksudkan nasihat oleh Anwar itu tentulah Najib ingin melindungi dirinya. Kemungkinan yang ada boleh jadi Najib ingin memujuk Anwar akan berkolabarasi dengannya. Tegasnya mengajak parti Anwar (PKR) berpakat dengannya. PKR memengni 49 kerusi manakala BN 79 kerusi sudah cukup untuk membentuk kerajaan mudah. Apa lagi kalau Najib dan Anwar berjaya pula menarik Pas yang ada 18 kerusi, mereka akan mendapat majoriti mewah.

Ada kebenarannya kalau ini yang dimahui oleh Najib.

Alhamdulilah menurut Anwar beliau hanya memberi nasihat jujur kepada Najib selaku seorang sahabat tanpa mengambil kesempatan atas perhubungan -- percakapan pada malam itu. Menurut apa kata Anwar seperti dilaporkan, beliau  hanya menasihat Najib mengaku kekalahan secepat mungkin dan selamat menjalani kehidupan.

Boleh dibayangkan ketika Najib berhubung dengan Anwar saat itu kritikal dan cukup penting betapa "semak" dan terdesaknya Najib. Dan kesanggupan Najib menghubungi Anwar itu suatu ujian besar pula buat Anwar. Bayangkan kalau Anwar bersetuju dengan Najib untuk membentuk kerajaan bersama dan meninggalkan Dr Mahathir dan PH, apa yang berlaku hari ini mungkin berubah?

Dr Mahathir mungkin tidak akan mencatat sejarah menjadi PM kali kedua, Mohamad Sabu pula tidak mungkin menjadi Menteri Pertahanan dan Dr Wan Azizah Wan Ismail juga tidak akan diangkat menjadi TPM dari kalangan wanita pertama di negara ini.

Anwar telah berjaya meletakkan dirinya di tempat yang sangat tepat dan berwibawa.

Dalam hal ini, kita semua bersyukur sedalam-dalamnya kepada Allah kerana Anwar tidak mudah tergoda dengan panggilan "syaitan" yang beralasan hanya untuk meminta nasihat oleh Najib. Anwar utuh dan kekal serta yakin dengan pakatan PH yang berjuang untuk merubah Malaysia dan membebaskannya.

Anwar ada dua pilihan ketika itu, dia memiliki kunci emas, untuk bersama Najib atau Dr Mahathir. Kepada siapa beliau menyerahkan kunci emas itu beliau akan selamat dan berjaya. Beliau juga tahu betapa mahal dan berharga dirinya ketika itu. Dan apabila beliau menolak Najib dan tetap kekal bersama Dr Mahathir dan rakyat, di sinilah "kebisaan" dan kehebatan Anwar Ibrahim.

Sekali lagi walaupun beliau meringkuk dalam penjara, Anwar membuktikan beliau tetap sebagai seorang wira penyelamat dan memainkan peranannya yang diharapkan rakyat selama ini. Kita percaya kalau beliau sedia berkolaborasi dengan Najib, mungkin kini Anwar sudah pun bergelar PM, tetapi nampaknya dia tidak tergesa-gesa untuk menduduki takhta itu.

Benar dan jujurlah pengakuannya, beliau tidak tergesa-gesa untuk menjadi perdana menteri.
[wm.kl.6:40 am 18/05/18]

9 comments:

Unknown said...

cis pengerusi spr.. ciss..

giorgio said...

syabas kepada rakyat malaysia terutamanya yang sangat inginkan perubahan...syabas kepada yang tak mementing diri demi rakyat... titik permulaan Malaysia bergerak dari saat ni... Hidup malaysia

Unknown said...

Tuan...just nak tanya, mcm mana najib boleh berhubung dengan anuar?...masa tu anuar belum dibebaskan dan rasanya dia belum boleh mendapat akses kepada telefon dan sebagainya

mahligaiseni said...

Assalamualaikum.

Ada sedikit pembetulan tuan. Jumlah kerusi parlimen BN 79 (bukannya 97). Saya faham bahawa itu kesilapan menaip. Okey, teruskan menulis rencana yang hebat seperti yang selalu tuan lakukan.

Wassalam.

Banjo said...

Salam tuan,malam tu Anwar ada kat hospital cheras.Apa pun line boleh access.Dia tgk tv je,ramai je kaum dia kat ward tu.

awang kualaberang said...

Salam Tuan MSO,

kenapa Najib tak mintak nasihat dari ketua parti King Maker???

Lone ranger pomen said...

Salam. Masa tu anwar dlm spital la. Ape nak heran. Berapa banyak talipon Ada Kat spital. Ada Yg Atas meja, Ada Yg sangkut Kat dinding , ade yg dlm poket... Dlm ramai 2 Kat dlm spital tu, mesti la ade Yg berhubung dgn dato najib, atau Memang Dah planning Plan B. Org politik ni banyak Kaki la... Ape pun jika cerita ni benar, Memang saudara Anwar selayaknya dijulang sebagai wira Kepada rakyat Malaysia Yg nak kan perubahan . Salah satunya saya Dan isteri Yg beratur tengah panas pagi selama 2 jam...

aimanfalihin said...

Kingmaker tak jadi hanya mampu perolehi 18 kerusi, bukan 33, 34 atau 35 pada PRU-14 yang lalu. Syukur takdir Allah tidak membenarkan perkara yang merugikan rakyat berlaku. Akhirnya tembelang pihak yang mempergunakan agama bakal pecah. Wallahuaklam.

Unknown said...

Penulisan terbaik. Tahniah MSO. Teruskan pencerahan dlm penulisan...